Monday, October 3, 2011

Sedap mulut dia jer..

Masa aku merewang tempoh hari, ramai jiran jiran menegur aku..

Zah....lama sangat tak nampak kamu..mana pergi...

Laa nak pergi mana..anak anak saya sekolah lah kak..

mesti lah ada  kat rumah...

Tu aku nampak rumah kamu asyik tutup jer..

Laaa...memang saya tak bukak sliding door tu..

sebab banyak sangat kucing kucing masuk menyinggah...

ko sihat ke..tanya mereka..

sihat lah kak...tak nampak ke badan saya ni...hehehe

Ada sorang kakak ni..maaf lah aku cakap..dia ni dah pergi haji,
mengajar orang mengaji lagi..
tapi tak sayang  mulut..

Zah..ko tu gemuk..pergi angkat kuali tu..
pastu dia tergelak mengekek bila aku mula bangun..
pastu dia kata..ko masak lah zah..nanti kurang lah gemok ko tu..

Masa ni aku dah terbakar hati dah...
Kak..saya tahu saya gemok  kak..tak payah nak gelak gelak kan saya ni..
saya ni gemok tapi  tak menyusah kan orang ..tak menyakit kan hati orang..

Akak tu kurus, tapi asyik keluar  masuk sepital jer..
kalau bercakap asyik nak menyakit kan hati jer...

Eh Zah..ko marah ke, akak ni gurau jer..

memang saya marah kak...
apa gurau gurau,
saya tak suka tau...

Dia senyap, aku pun senyap..
yang lain pun senyap..

masa aku start menumis, ada sorang jiran ni bisik kat aku..
elok lah ko cakap macam tu, biar padan muka dia..
selama ni dia cakap sesuka hati  dia jer..
kami pun tak tahan..
Aku senyum jer..
malas nak panjang panjang kan cerita..

lagi pun hati aku dah sejuk bila minum air sirap bergelas gelas...

image from google

8 comments:

  1. Sesetengah mulut orang ni macam tak de insuran, kan? "If you don't have anything good to say, don't say anything."

    ReplyDelete
  2. Wah lain kali saya kena sediakan air syrup sejuk banyak2 bila nak berbual ye? ;)

    ReplyDelete
  3. Ada orang bercakap ikut sedap mulut sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tak baik betul, kan?

    ReplyDelete
  4. Salams,
    Kesian kak,berjiran orang2 saperti ini.Elok ler kak beri peringatan n
    pengajaran kpd yg mulut2 Laser tuh. Sronok baca blog kak.Teruskan memblog.TQ.

    wawa

    ReplyDelete
  5. Aunty Ezza,
    Whoa! Yelah, kena sediakan air syrup sejuk banyak-banyak ni. Ais bandung boleh? purrr...meow!

    ReplyDelete
  6. saya pun sangat tak suka kalau orang komen,buat lawak tentang anggota tubuh badan ...hish benci.

    ReplyDelete
  7. Ezzah...memang sakit hati bila orang mempersendakan kita mcm tu... anak akak Ude pun tak suka... kalau berat badan dia jadi bahan lawak...

    Takpelah ezzah... janji kita sihat...

    ReplyDelete
  8. gurau? mempersendakan orang lain is not funny. cuba dia, boleh terima ke orang gunakan dia sebagai gurauan. orang2 kurus ni ingat org gemuk takde perasaan. selalu digunakan sebagai bahan lawak. orang selalu ingat orang gemuk ni malas, tak jaga makan. tapi tak semua yg gitu. saya tahu mereka yg tak makan banyak pun tapi dah gene nya gemuk. macam saya ni. banyak juga orang kurus yg malas dan tak jaga makan. bagus kak jawab gitu. jadi tak berani buat lagi. cuma ramai yg tak seberani akak dan menangis dalam hati.

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger