Friday, October 7, 2011

Kencing Manis.....

Tengahari tadi aku mendapat berita dari abah yang salah seorang dari sepupu ku sedang koma di hospital Sg Buluh.

Aku mengeluh sendirian.. Keluarga sepupu ku ni pengidap penyakit kencing manis tegar.

Pakcik aku dan isteri nya mati akibat komplikasi ini...malah semua adik beradik nya berpenyakit yang sama.

Semua nya berbadan size besar..sejak dari kecil lagi mereka memang besar..

Semasa kecil, aku pernah bercuti di rumah mereka, masa tu mereka tinggal di kuarters jabatan hutan di kawasan air terjun Pangsung di Ulu Langat. Kawasan tersebut memang cantik sekali..di kelilingi hutan dan di belakang rumah terdapat sungai yang jernih sejuk air nya  dan bersih.

Cara permakanan mereka sekeluarga yang aku ingat...alahai..lemak lemak lemak..
aku masih ingat  lagi makcik ku itu suka masak lemak cili api pekat pekat.
Satu hari dia memasak batang keladi bersama daging cincang...
Begitu berselera sekali mereka makan..aku pandang jer sebab tekak ku tak mampu menelan lemak daging tersebut..mak aku tak pernah masak sebegitu!

Lepas makan, dengan pinggan mangkuk yang tidak berbasuh lagi, semua nya tidor!

Petang baru bangun dan baru mula mencuci mana yang patut..berkemas rumah sambil menunggu pakcik aku balik dari kerja. Pakcik aku pulang dengan membawa kueh mueh yang manis manis sebagai juadah petang...

Begitu lah saban hari. Aku rasa aku tak lama di situ. Mungkin sebab homesick dan sering kelaparan..

Mula mula makcik aku meninggal..Akibat Kencing manis, dia terlantar di katil(bed ridden)..lama gak...masa tu mereka dah berpindah ke Port Klang...

Tak lama lepas tu, Pakcik aku kawin lagi...

Mak aku meninggal dunia di sebab kan kecing manis...dia pergi selepas setahun dia balik dari Haji..

Selepas mak pergi..pakcik aku mengikut sama...sama jer penyakit dia..

Lepas tu..anak sulung nya. yang juga pengidap KM pun meninggal..bukan sebab KM tapi kemalangan jalan raya...meninggal kan anak anak yang masih kecil lagi..

Tahun lepas, adik nya..seorang penolong kanan sekolah meninggal akibat terjatuh ke dalam lubang tandas yang tidak di guna kan lagi..

Dia bukan saja ada KM malah darah tinggi yang melampau..malah pernah dapat stroke yang membuat kan wajah dia herot sikit.


Sepupu2 tu tu semua cerdik cerdik. Semua nya lepasan Universiti...Kebanyakan nya jadi guru . Sepupu ku yang koma ni berkekerja di Lembaga Peperiksaan sebagai Penolong Pengarah. Tapi di sebab kan kurang disiplin dalam permakanan, dia hampir di potong kaki 3 tahun lepas.

Semalam dia ke hospital kerana demam dan sampai saja di sana dia terus koma...menurut doktor ada kuman dalam darah nya.

Ahh....sadis nya penyakit ni....
Aku berharap dan berdoa agar dia kembali sedar dan sihat..
Berpantang makan lah Azwar....
Jangan ko bedal jer apa saja yang di depan mata...Kontrol lah sikit..
Jangan ingat ko ada ubat yang baik, ko boleh bedal semua.
duit banyak dah tak bermakna kalau asyik sakit saja.......

Ingat ni..Health is Wealth!

Esok..aku akan ke hospital melawat dia..

Semuga di permudah kan perjalanan kami nanti....

8 comments:

  1. So, kesimpulannya kita kena jaga makanan, kan. BTW, KC first time here. Salam kenal, tuan rumah.

    ReplyDelete
  2. Ezza,
    Kadang pelik tau.Kita nak makan pun tak tergamak kerana manis melecaih...tapi bagi orang ada Km masih tawaq hebiaq....situasi biasa dirumah mamason...entah bilalah nak tobat!

    ReplyDelete
  3. Kak Ezza..
    semuga sepupu kak ezza akan segera sembuh..
    mengenai makan makanan yg sedap2.. saya memang tak berani nak komen sebab saya ni bekas Ketua Kumpulan Kuat Makan...

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah semuanya akan baik2 sahaja.

    ReplyDelete
  5. Mencegah itu lebih baik dari mengubati, kan?
    Puan Ezza... sila ke laman saya, kalau2 boleh menyahut cabaran untuk perkongsian cerita. Ada award The Versatile Blogger untuk anda.... Tk.

    ReplyDelete
  6. betul tu zah. KM ni buruk sangat padahnya. malang sekali, kami orang pantai timur kuat manis, gulai pun taruk gula sket. kuih2 kami boleh katakan manis2 belaka... syukur saya dah lama go slow dengan gula..

    ReplyDelete
  7. SALAM,
    TURUT MENDOAKAN DIA KEMBALI SIHAT

    ReplyDelete
  8. lagi info tentang kencing manis di SIHAT SELALU - Penawar Kencing Manis Mujarab

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails