Monday, February 28, 2011

Keluhan....

Awak ni kenapa.....

Tak da apa apa...

Dah tu..diam jer...

saya tenguk lain macam jer.......

Tak da apa apa..saya penat jer..kurang tidur...

Jangan lah macam ni..saya risau tengok awak ni....macam orang sakit..

(sambil batuk batuk....)
.
badan saya sakit sakit ....malam tak boleh tidur.....saya penat...

Jom lah pergi hospital....

Tak pa lah....saya nak tidur jer....

......................................

ini lah perbualan antara dua suami isteri sejak kebelakangan ini..

sorang tersangat lah aktif....sorang lagi asyik nak tidur saja...

kesihatan nya merosot...memang ketara sangat...

dah sebulan tidur  malam nya tak lena....

pasangan nya pulak pantang letak...terus berkeruh...

Ini bukan suami ku yang dulu....

Ku lihat wajah tua nya kian menyerlah...aku takut...

Aku tahu..yang muda pasti tua..yang sihat..ada masa nya sakit...dan aku takut...

Doa ku tak putus putus ..Ya Alah..sihat kan lah suami ku...

buka kan hati nya untuk ke hospital...

Hmmmmm......

Bantal bertungku/Panas

Ini yang dah saya cuba kalau sakit pinggang dan dan sejuk sejuk...ok laa...
Cuba lah...

Bantal panas kesihatan batu bertenaga Gunung Berapi Multi Fungsi Kang Bao ini di perbuat daripada teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan di pasaran.
Ianya di perbuat daripada biji batu bertenaga gunung berapi yang terpilih dan dari bahan fabrik antikuman/ bakteria.Tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat tradisional yang bersih.
Fungsi Bantal Kesihatan ini :
Memanaskan badan ketika suhu atau cuaca sejuk.
Bagus untuk mata untuk mengelakkan arthritis.
Gangguan saraf
Tekanan darah tinggi.
Sakit pinggang, perut (senggugut), sakit kaki
Lenguh-lenguh lutut.
Tergeliat, sakit tulang belakang / otot reumatisme.
membantu mengurangkan berat badan.


Siapa yang memerlukan?
Ibu-ibu yang baru lepas bersalin (boleh diletakkan dikaki atau belakang badan ketika baring)
Warga tua ( Lenguh lutut @ sakit belakang )
Golongan bekerja ( untuk melegakan sakit bahu)
Remaja & kanak-kanak ( tergeliat )

Harga:RM 45.00 termasuk harga pos

PESANAN
Jika berminat sila hubungi  email saya di..... az_iz82@yahoo.com

Setelah pesanan dibuat, pembayaran daripada pelanggan perlu dibuat sebelum barang yang di pesan di hantar. Ini adalah untuk mengelakkan penipuan.
Jika pembayaran tidak dibuat dalam 3 hari dari setelah pesanan disahkan oleh saya maka pesanan anda terbatal secara automatik dan pihak saya akan menjual produk tersebut jika ada permintaan.




Kesemua produk ini bergantung kepada stok. Jika stok ada, penghantaran akan dibuat dengan kadar segera dan jika tiada stok, saya akan maklumkan anda.
Setelah pesanan anda disahkan sila hubungi saya untuk proses pembayaran dan penghantaran.

PEMBAYARAN

1.Melalui online transfer/cash deposit-   Akaun Maybank: 162870026783(Umi Hamira Abd Aziz)
2.Sebelum membuat pembayaran, sila sms/email untuk mendapatkan nombor akaun atau PM ke inbox FB saya.
3.Setelah selesai pembayaran, sila sertakan bukti pembayaran dan sms/emel butiran pembayaran seperti berikut:
Nama :
Jumlah:
Cara pembayaran :
Tarikh/Masa/Tempat :
Jumlah Barangan:
Alamat penerima :




PENGHANTARAN
Penghantaran melalui Pos Malaysia ( pos laju berdasarkan permintaan)
Tiada kos penghantaran yang akan dikenakan!!!..... Stok terhad.





Thursday, February 24, 2011

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..
 
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

 Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak de masa nak buat yang baik.
 
 Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
 
 *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
 
 Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
 
 Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
 Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
 Membaca quran sehingga menitis air mata.
 Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
 
 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
 Anak.
 Ibu.
 Suami.
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J
 
 Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.
 
 Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.
 
 Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.
 
 Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.
 
 *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.
 
 Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
 “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
 *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

 
 Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
 
 Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
 “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
 “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
 
 *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
 
 Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.
 
 *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
 Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa, saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata, luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
 
 Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakalah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd mereka.
 
 Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
 
 Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
 
q Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.
 
q *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
 
 Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
 
 *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
 
 Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi Dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
 
 
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
Symptom terkena saka

Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang
lena.
 Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang gugur.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka, 
Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
 
 Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
 
 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.
 
 Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
 
 Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.
 
 
Anak Lari Dari Rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
 
 Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.
 
 
Anak Degil

*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.
Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
 
 
So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....
sampaikan ilmu ini kpd yg lain wlupun satu ayat

Pasar Malam....

Petang semalam, ajak zira beli ikan kat pasar malam...Selesai semua..aku pun menebeng lah kat gerai2 berhampiran..antara yang aku sempat beli....
......
.......

........


Aku beli char kuey ni sebab kesian gerai dia tak ada orang singgah...
Aku mintak 3 ringgit....sampai rumah rupa nya ada 6 ketul saja, so seketul 50 sen!
Patut lah gerai dia tak da orang..betul2 mencekik darah....


Kuih Penderam aka kuih telinga keling....sapa lah bagi nama glamer ni ...
feberet aku dan family...peniaga ni goreng kat situ gak...panas panas...masuk mulut cair dengan sendiri nya..Sedap dan nikmat..aku kalau makan ni sorang sorang pun boleh...satu bekas 5 ringgit...

yang lain tak sempat nak ambik gambar...licinnnn



Wednesday, February 23, 2011

Jiran

Kebanyakan kengkawan di FB dah tau masaalah saya dengan jiran sebelah ni...

Dia sebenar nya telah berpindah ke kawasan yang agak mewah sikit 3 tahun lepas....tak jauh dari sini pun...so rumah nya dia sewa  kan pada sepasang suami isteri yang pernah saya cerita kan masaalah nya dulu...

Masa dia berpindah dulu pun, dia tak cakap apa apa pun.,..tercangak2 aku melihat kenapa barang2 rumah dia angkut ke dalam lori..bukan aku saja malah jiran belakang pun hairan,..bila dia pindah..apa sal dia tak cakap kat kita...

Aku macam biasa..entah lah kak....

Penyewa muda dan kedua nya baik hati walau pun pun berperang dengan masaalah peribadi yang membawa kepada perceraian.

Jiran ini sebelum ini telah memberi notis kepada penyewa tersebut supaya berpindah, alasan nya nak duduk balik....
Satu alasan yang pelik..bila di tanya kenapa...dia kata masjid dekat...hhahahaha...

Aku mengenali dia pun bila kami mula berpindah ke sini 22  tahun lepas.

Ada beberapa perkara yang aku selalu tak puas hati dengan jiran ini...tapi selalu nya PA menghalang aku dari bersuara...so selama ini kami diam kan saja apa apa perkara yang berlaku...malas lah  nak masam mula...hari2 nak pandang muka dia gak..so..diam je lah..

Banyak perkara yang meluka kan hati berlaku..antara nya..
kenduri tapi kami tak di jemput..pelik kan...

memilih kawan...kami pun tak tau kenapa PA menegur dia dulu, dia buat tak tau saja,...
berkata dalam hati..aku ada buat salah ke..

Sekarang dia sedang reno rumah yang ada ni...habis semua bilik dan dinding dalam rumah dia pecah kan...pecah sana sini buat baru...atap semua dia ganti ke genting baru memang cantik laa...

Tapi yang buat aku teperanjat sekali bila dia naik kan batu di  pembahagi tembok antara rumah dia dan aku...apa hal pulak ni...at least tanya lah pendapat kami dulu...



Aku tak tau apa motif dia buat begitu...tapi hati aku calar balar dengan perbuatan dia.

Namun..PA tetap dengan pendapat dia...biar lah Zah..elok gak macam ni..
kita pun tak payah nak ambik tau apa dia buat ke apa pun..boleh kita minum pagi dan petang kat depan ni...
Setiap yang berlaku ada hikmah nya..ini lah hikmah yang kita dapat..terang PA...
(kenapa lah laki aku ni jenis penyabar sangat,...adoii..)

dah dekat sebulan reno ni berjalan...tapi kerja mengetuk, pecah memecah dan drill men-drill sedang rancak berjalan...
Aku dah tak tahan dah...setiap hari, 7 days a week tak henti2...

nak sembahyang pun tak kyusuk..pernah sekali baru jer aku nak bertakbir,,,melompat aku  sebab terperanjat sebab bunyi drill yang betul sebelah dinding rumah aku ni...
Baru nak berehat..drill sana sini dari pagi hg petang...

Dia lupa agak nya..ada manusia di sebelah rumah nya..yang menunggu masa nak meletop!!

Sampai bila lah sabar aku akan bertahan......

Nmapak nya kena spare kan panadol banyak sikit.....

Tuesday, February 22, 2011

Misteri...

Sabtu  pagi..kecoh kejap kat rumah ni..

Apa tak nya...mencari hp PA yang tiba tiba lesap...

Tiba tiba Mira pun heran...mana pergi nya HP dia...

maka sesi mencari di mula kan..memamg tak jumpa..

Siapa pulak nak ambik hp PA..jenis Nokia yang dah habis pesen...dah tak ada lagi orang Malaysia pakai...
dan dah tak ada dalam pasaran lagi...
Cuma hp dia ni pakai bil...itu saja..

Hp Mira baru lagi......mana hilang nya...

Mira cakap..sebelum dia tidur ..kira2 jam 3 pagi...dia dengar sesuatu di luar...dia jenguk sekejap..tak da apa apa..

lepas tu dia rasa lain macam.....di angkut nya laptop masuk bilik...HP dia dan PA ada kat pc luar ni..baru lepas charge kata nya..lepas tu dia tidor...

Yang aku pulak..masa malam tu..kemain mengantuk masa jam 1130 malam..awal2 lagi aku dah masuk bilik...lepas tu aku tengok PA pulak masuk...cepat nya orang tua ni tidor  sebab selalu nya PA tidor lewat.....dan malam tu rasa nya lena betul kami tidor...subuh baru terjaga....

Kalau ada orang masuk, aku musyhkil gak..dia masuk ikut mana..semua nya berkunci...

Buat apa dia ambik hp saja..beg duit aku ada atas meja depan tu. kunci motor, kunci kereta dan van  semua ada kat meja depan ni.....maybe dia tak nampak sebab gelap kat situ kot...

Apa apa pun..aku bukan kisah sangat pasal hp hilang ni...benda tu boleh di beli balik..tapi aku nak tau siapa punya kerja ni dan bagaimana dia masuk..itu saja..

Yang penting sekali..anak anak aku semua nya selamat...pada hal malam tu ada yang tidur depan TV kat ruang tamu...

Dan yang paling aku marah....ada  macam najis manusia dekat tong sampah depan rumah...sapa punya kerja ni....

Ya Allah..lindungi kan  lah keluarga kami ni....

Sunday, February 20, 2011

20 Febuari 2011

Pagi Ahad yang indah....

Aku masih di baluti selimut bila PA memanggil...

Zah, surat nikah kita mana ya...sapa ada ambik...

Ya Allah..apa hal nya pagi2 buta mencari sijil nikah ni...aku merungut sendiri...

Bangun laa...jerit nya....

Aku yang keuzuran, mana mungkin  aku terus mendapat kan dia dengan segera...

panggilan diri membuat kan aku meluru ke bilik air dulu...

selesai semua, baru aku  mendapat kan dia.........

kenapa......

saya cari sijil nikah kita  ......tak da dalam envelove ni...sapa ada ambik..

dah cari ke kat rak buku dalam bilik anak tu...

dah......pergi awak cari pulak....dan dia pun terus bersungut2,,,

MasyaAllah...habis tunggang terbalik bilik ni....ni mencari ke menggelidah!

memang tak da kat situ...

Aku pun mencari dalam laci depan ruang tamu..kosong...

Lantas aku nampak fail yang PA isi segala maklumat keluarga..

Aku belek satu satu...

Saya dah cari banyak kali kat situ...tak da ....ku lihat wajah tua nya berkerut!

Aku terus mencari..dan cari...

Tiba tiba,

Ni apa bang...bukan sijil nikah kita ke...

mana..

aku keluar kan kedua dua kertas..salinan dari JAWI...

Hmmm, dia diam dan terus mengepil kan di borang yang telah siap di isi...

Borang apa ya,,,

Borang izin kawin si apis laa...nak bagi kat juru nikah kat kampung ni...nak dapat kan pengesahan dia bujang lagi...

Susah nak melayan suami ku yang amat perfectionist ni...dan sangat cerewet...

Dah..awak pergi mandi...

nak kemana pulak..tanya ku

pergi fotostet laa

nanti lah..mana ada.. kedai bukak pagi2 buta ni...

Adoiiii.................Tahan je laa.....

Lunch today...

Ikan goreng


Tauge goreng bodo

Masak cili api ikan tenggiri

speggeti

Wednesday, February 16, 2011

Cerita lama ....

Aku masih ingat kisah ni...

dah lama sangat dah..tapi sakit hati ini belum hilang...

masa tu aku teringin nak buat kabinet dapur..sinki biasa yang ada asyik bocor saja nak membuat dapor asik basah ...

Ada sorang tukang melayu ni..dia ada merepair siling rumah jiran,..aku tanya kan..boleh tak buat kabinet dapur.

Boleh kata nya..dan setelah mengukur berapa panjang aku mau..dia pun mula mengira ngira berapa kos nya...dalam RM2 ribu

Dapor rumah kami masa tu bukan macam hari ni..baru di sambung sikit kerana dulu bilik air nya di luar..kosong jer..

Dia memerlu kan deposit untuk membeli barang..ok..PA memberi nya RM1000 dulu..pembinaan nya dalam 3 atau 4 hari saja..dia juga pesan..jangan ke mana mana dalam 2 tiga hari..sebab lori barang akan datang menghantar pasir batu dan segala nya..

Aku menunggu bagai buah yang tak jatuh...senyap saja..tak da apa apa pun datang..dia pun lesap!

Satu hari dia datang ke rumah...kata nya tak cukup duit..minta tambah...PA beri RM500 lagi...dalam hati dah was was dah...

lepas tu..jangan kan pasir, sebatang paku pun tak ada...Sah lah..kami dah kena tipu!

Aku tau yang isteri nya bekerja di sebuah syarikat kontena di PK ni..

Aku dail nombor nya(cari dalam yellow pages), tanya nama nya dan operator tu terus sambung kan kepada wanita tu...

Aku kenal kan diri..dan terus bagitau dia cerita sebenar. Siap dengan pesanan untuk suami nya, kalau tak mau buat,pulang kan duit kami kembali.

Dua tiga hari aku tunggu..tak da jugak datang, aku call kembali isteri dia..Isteri dia cakap dia tak  nak campur hal suami nya..aku cakap lah..kamu tau tak, kalau dia bagi kamu makan duit saya tu, haram tau masuk dalam perut awak dan anak anak..awak pun tau, suami tu tak berkerja..cuma bertukang saja...awak pun tau siapa suami awak , kan...

Rasa nya dah dekat 6 bulan kepas tu, PA pergi kerumah dia...nak tanya kan hal duit kami..

amboi mak garang nya......belum lagi PA bukak mulut, terus dia serang PA dengan kata kata kasar..

hei..ingat besar sangat ke duit kau tu..!!!

PA jawap..pada saya memang besar..tak tau lah pada awak kecik atau sikit...saya ni bukan orang senang..awak kata awak boleh buat, dah ambik duit saya..saya harap kan awak buat lah...

Macam ni lah..saya rasa baik awak pulang kan duit saya..senang kira...

Bini kau pandai2 jer talipon bini aku...bagi tau aku penipu lah...bini kau kata tak payah buat..so engkau lah langgar perjanjian..

Jangan cakap macam tu..kata PA...kamu cakap kamu boleh buat kabinet dapur rumah saya..kamu nak duit..saya bagi..tapi barang tak datang jugak..pada hal beriya2 kamu cakap tunggu lori datang...satu bende pun tak ada...makna nya ko memang tipu aku...

pastu ko cakap tak cukup..aku bagi lagi...

ko nak suruh aku tunggu berapa lama lagi.....memang lah bini aku marah..dia pinjam duit adik dia masa nak buat kabinet ni...ko yang tipu lami..ko tu yang tak betul...

Lama lama dia diam...cakap pun dah pelan...

macam ni lah..kalau kau tak dapat bayar sekali gus, ko bayar lah sikit2...

Sampai lah ke hari ni, sesen haram aku tak dapat...

Dia....aku dengar kena serangan jantung....dan menjual rumah nya...duduk lah dia di kampung ayah nya...

PA  nasihat kan aku...duit boleh di cari..halal kan je lah perbuatan dia tu..selama ni kita bukan nya miskin sangat sampai tak makan...banyak rezeki lain yang Allah beri kan pada kita...tak terbilang dek jari..

Aku akur..tapi yang buat aku marah sangat ni..langsung tak minta maaf...dah tu sombong pulak tu...
apa punya orang daa!!!

BooksBukuBooksBuku......


Selepas menjamu selera di sebuah kedai di JJ...anak anak hendak ke kedai buku di tingkat atas...

nak tengok tengok buku  jer..kata Mimi...

ok lah..mak nak cuci mata kat bahagian pinggan mangkuk pyrex ni...

dah lama berkenan kat baking dish jenis pyrex...


tapi bila terpandang harga nya...

pelan pelan aku  letak balik...

amboi mahal nya..

dalam hati aku berazam..hujung tahun ni aku nak ajak PA gi Langkawi...hahahaha

Tiba tiba , aku lihat Mimi datang mencari aku....

Mak...boleh tak mimi beli buku ni....



Aku lihat wajah dia bersungguh sungguh minta simpati..

boleh la mak...

Aku pandang PA...

dia pun pandang aku...

berapa harga nya..

RM74.90

hah!nak terkeluar bijik mata  kami...

mak ..boleh la mak...

bila tengok dia beria iya...

tak sanggup aku kata No...PA lagi lah..

awal awal lagi dia dah cakap..ok...



Bila masa nak bayar ,datang lah sorang anak..bawak buku buku ni pulak...Si Hani pulak...







Aku pun tertarik dengan buku ni...






dan yang ni...



tapi yang ni kena tunggu bulan depan lah ya cik Rohaizah...

Hmmmm.....

Tuesday, February 15, 2011

Yaya lagi......




Tengah bengang ni.......

Yaya tak mau sekolah esuk..

sebab....

kerja sekolah tak siap sebab buku math hilang..

Hari tu aku nampak buku tu tergolek2 kat kain yang belum di lipat..atas sofa ruang tamu ni...

aku dah suruh dia simpan.....dia kata nanti kejap nanti kejap....

lepas tu aku dah lupa pasal buku tu.....

dia pun ada aktiviti sekolah...tak bawa ke  beg ke sekolah...

Isnin lepas aku nampak dia buat kerja sekolah, dia ....pinjam buku kawan kata nya..

tahun lepas, 3 buah buku teks aku kena ganti...entah mana dia letak...

Ni baru bulan Feb...dah mula hilang ke...

cuai,tak ambil kesah..memang perangai dia...

Nampak nya budak ni kena di ubah sikap nya....

sikap yang tak kisah,....tak apa....nanti kejap....

Memang kena ubah 360 degree..

Dah tak boleh ingat dia ni budak kecik lagi...

makin di manja..makin ambil kesempatan...

Apa yang dia nak semua dapat...

Dia tau dia ada kakak yang ramai so selalu nya dia take for granted dengan kami...

pakaian,beg sekolah,pencil box,kaler pencil,..semua nya kakak dia yang urus kan..

ini lah jadi nya..

beg hilang..kakak yang tolong cari kan...

baju sekolah dan baju berjalan, semua nya kakak dan mak yang siap kan..

dia cuma tau..pakai...duit sekolah pun kita kena ingat kan ..kalau tak...tak belanja lah dia waktu rehat...

Lepas ni....tau aku nak buat apa...





Macam mana aku didik kakak2 nya,,,macam tu lah aku akan buat kat dia...siap lah kamu....

Hmmm.......Yaya yaya....

Monday, February 14, 2011

Rodzie Rodziah terima menantu......

Hari Ahad yang lalu, aku di jemput ke majlis akad nikah anak teman lama aka kawan sekolah Rodzie Rodziah


bertempat di Majid Wilayah Jalan Duta.

Aku pergi dengan Yasmin,teman sekolah dulu yang kini tinggal di Klang...


Yasmin

PA cuma menghantar aku ke rumah dia.

Maka bertolak lah kedua wanita ini ke KL...jalan lancar...

Yasmin yang tidak berapa faham jalan ke Masjid Wilayah ni..so aku lah kena navigate dia...itu pun terlajak jalan..pasal dah lama tak ikut tol jalan duta ni..banyak perubahan terutama nya bertambah jalan baru...

Tak pa Min..KL ni bukan besar sangat...salah jalan kita cari jalan lain...hahahha


Acara akad nikah di jalan kan dalam bahasa Ingeris kerana pengantin lelaki nya ada lah Australian Muslim






Datin Sri Azizah..sepupu Rodzie rupa nya....




Rupa nya ada lagi kawan kawan lama yang datang...
dari kiri, Rokiah, Dr Zurinah Suradi,,Rozana Hamdan,Shidah(baju merah)yours truly n Yasmin...alamak..rasa macam reunion pulak....

Hari sabtu ni ada reception kat Bukit Kiara Club...

Min, yang ni aku tak tau kat mana...bab ni aku belum khatam lagi....

berkelah...

Cuti perayaan Tahun baru cina aku tak kemana mana ...

tapi di hari ahad..aku dah plan nak merayap ke Teluk Intan...nak cuci mata...

Call adik ipar ajak pergi sama...ok kata nya...

tapi tak lama kemudian dia call balik..apa kata kita pergi Hotspring Sg Kelah kak...

bincang ngan PA...ok..dan masing2 bincang pasal apa nak bawak..

apa lagi pasal bekalan laaa....

PA cakap..pukul 7 pagi kita keluar rumah..

Tapi aku lagi awal bangun..sebab nak prepare bekalan yang simple simple...

singgah kejap kat hentian sebelah...perut dah lapar....

dah sampai...nasib baik orang belum ramai...

pasangan Aziz dan Norazam(adik PA)


ni kolam air panas..tahap sini masih boleh redam kaki dalam air nya...kolam lain mak oi...panas....

yang kat sini yang boleh di rendam cuma telur...kemain ramai orang cina rendam telur...

kolam ni kata nya  air nya dari gunung..gunung mana entah laa tapi air nya sejuk..best mandi kat sini...

yaya dengan adik sepupu Ezyan Maisara...

yang ni selalu nya pergi mana mana tak pernah nak mandi..kali ni dia pulak yang terjun dulu..

hehehe.....


Izham....si tukang ambik gambar...

Zakuan...badan kecik tapi aktif sangat...


mimi...melantak dia mandi


Azam...adik beradik sama jer style kepala...


makcik ni lena jaga bekalan.....


hmmmmm


makan time...tapi budak2 keluar kolam sambung makan..lapar saja


sambal tumis  aku yang buat....ramai yang minat ni...terutama adik ipar...


yang ni Hani...tak paham aku kenapa tak mandi..tak da geng kata nya...


Nak masuk sini  di kena kan bayaran kalau tak menginap di resort ni...dewasa rm8 dan kanak2 rm5

tapi puas hati..suasana hutan dan ada spa.....cantik tempat ni..kalau ada rezeki dan masa..nak menginap kat sini  semalam dua.

Masa balik ,  Alhamdulillah..tak da jem...

Wednesday, February 9, 2011

masak apa hari ni....

Salam....

Semalam  pergi pasar malam Andalas...

Banyak ikan baru kat sana,,

Beli la  stok lebih sikit..

dapat  lah makan ikan pari fresh sikit hari ni...


goreng sawi putih dengan kicap sikit

asam pedas

telor asin...lupa nak bawak   masa   berkelah ahad lepas...sila abai kan kuah asam yang bertabur tu ya..ni Yaya punya keje

Monday, February 7, 2011

Bersenam laa..............................

Dalam hidup saya..tak pernah sekali pun saya ke Gym....

apa lagi nak ke slimming centre....

jangan di tanya RX lite or jus mate tu...atau pun produk Sendayu tinggi ke apa apa pun...

selalu aku kalah bab harga...mahal sungguh.

yelah..aku ni bukan nya ada pendapatan sendiri...

anak anak lebih memerlu kan...

bila lalu kat JJ bukit Tinggi..

kepala ku selalu menoleh ke sana...

ada gym kat sana..di tingkat 1..boleh pandang sebab dia pakai cermin cerah..

ramai yang bersenam...perkakas canggih canggih..aku pun tak reti nak menyebut nya..

keinginan tu ada..tapi...

simpan je lah kemahuan..

tak kuasa aku nak beban kan orang lain...

ada perkara lain kena di utama kan..

dalam usia begini..aku kena utama kesihatan...

kalau nak buat brisk walk sekitar rumah...

boleh..tapi selalu nya tak sampai ke mana..

asyik singgah sini sana...ajak borak..tanya khabar..

hmmm....

kalau boleh aku nak buang dalam 30 kg...

ada sapa sapa nak ?

hehehe......


...............................................................................................................

Saturday, February 5, 2011

Idaman kalbu....

Hmmmmm....

No more I Pad...

Siang malam mimpi kan Samsung G tab  pulak...

Aduh!!
bila nak dapat ni...
jiwa kacau betul la sejak bersua pertama kali hari tu...

Hmmmmm (sambil memegang kepala...)

Thursday, February 3, 2011

TAUBAT NASUHA

Aku tak berapa sihat sehari dua ni.  Penyakit lama ku berulang kembali.

Susah nak bergerak,. pinggang rasa nak patah...perut sebu dan kepala pusing.
Ini lah gara gara kurang minum air kosong...maka terjadi lah penyakit kencing kotor.

Masa sakit baru lah tercari2 ubat..baru lah mencari air kosong...Degil sangat!

Dalam kesakitan, aku baring depan TV,... aku buka channel tv3..ada drama melayu..

layan je lah...tajuk drama "Taubat Nasuha" lakonan Sheila Rosli dan Fauzi Nawawi.

Kisah rumah tangga...kisah suami yang panas baran dengan anak anak dan isteri yang begitu sabar.

Aku layan cerita ni hingga ke akhir...

Di akhir cerita, aku menangis tersedu sedu...

Aku menangis kerana lakunan mereka berdua begitu terkesan di hati..

Aku menangis bila mendengar Jalaludin Hasan  berkata ...Kalau kita tak jalan kan amanah Allah, pulang kan balik kepada Nya...

Kalau tak mau...Allah ambil balik....

Kata kata itu begitu menusuk hati kecil ku....

Dan aku menangis bila mendengar bait bait Hasbi Rabbi yang di main kan

Hasbi Rabbi Jalallah..
Mafi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sollallah..
Lailahaillallah...




.

Aku aku tak tahu mengapa..tapi perasaan ku begitu sedih...

Terima kasih kerana membuat aku 'terjaga.....'

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails