Sunday, October 2, 2011

Jiran sebelah..

Tika ini bunyi kareoke lagu lagu lama dan lagu pengantin sedang bergema di sebelah rumah..

Jiran sebelah aku yang berpindah masuk semula melangsung kan perkahwinan anak lelaki yang ke 4 nya..

Aku sejak malam sabtu telah berada di rumah sebelah membantu apa yang patut...

Petang semalam aku dan beberapa kawan kawan memasak lauk pauk untuk majlis berinai..

Sebentar tadi baru selesai majlis khatam Quran, cukur jambul cucu dan marhaban..naik lenguh kaki duduk lama lama sangat.

Anak anak aku yang baya baya pengantin lelaki tu tak mau datang menjenguk..

Puas aku pujuk..kata nya tengok lah...let bygone be bygone kata ku...

kerana ada peristiwa yang meluka kan perasaan mereka dan memalu kan mereka, so kira macam berpatah arang lah mereka walau pun masa kecil nya agak rapat..sama sekolah hingga tamat belajar...

Aku rasa, mungkin bila sampai masa nya baru lah mereka ni dapat memaaf kan si Pengantin ni...tapi entah lah..
We will never forgive and forget him...

Aku dan PA..walau pun pernah tercalar hati dengan sikap mereka, tapi demi persahabatan dan kejiranan kami tolak ketepi semua perkara...

Selamat menerima menantu jiran...maaf lah aku tak dapat menolong sangat..

3 comments:

  1. kak ezza..
    hidup berjiran ni macam2..
    masa kita menyewa dulu..dengan jiran bukan main baik..
    bila dah duduk rumah sendiri... adalah pulak halnya dengan jiran..walhalnya kita ni nak duduk situ sampai akhir hayat...
    hmmmm....
    tak berani nak komen.. dah kena kat hidung sendiri..
    gamaknya bila jiran kawinkan anak nanti.. jadilah peristiwa macam anak2 kak ezza ni...
    payahkan nak buat 'let bygone be bygone...'
    sekali dah tercalar nak sembuh tu memakan masa...

    ReplyDelete
  2. kak ezza,
    Biar tak ada jiran rapat sampai boleh tidur baring,makan minum sama sama.Tapi jangan ada jiran yang sampai nak tengok bumbung rumah pun tak lalu....sampai bina pagar supaya bayang pun tak boleh nampak..teruk kan.

    ReplyDelete
  3. kak ezza,
    Biar tak ada jiran rapat sampai boleh tidur baring,makan minum sama sama.Tapi jangan ada jiran yang sampai nak tengok bumbung rumah pun tak lalu....sampai bina pagar supaya bayang pun tak boleh nampak..teruk kan.

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails