Tuesday, December 14, 2010

Pencen


Kebanyakan orang yang telah mencapai usia bersara, terutama nya di kalangan sektor swasta, usia 55 tahun ada lah waktu yang di nanti nanti kan. Di mana kesemua wang yang di simpan selama berpuluh tahun bekerja di keluar kan dari KWSP. Maka tersenyum lah wajah wajah mereka bila melihat angka di bank. Bermacam perancangan telah di fikir kan..ada yang nak pergi haji, besar kan rumah, pergi makan angin dan ada juga wang tersebut di nanti kan juga oleh orang lain seperti adik beradik..yelah..nak pinjam lah....dan ada juga yang ingin kawin lain...bahaya tu....

Banyak kali aku dengar, dalam masa 1-2 tahun, semua simpanan tersebut habis begitu saja...Bila di tanya mana pergi nya duit2 tersebut...ada yang kata bagi anak sikit sorang dan berbagai alasan. Hmmm, aku rasa tak betul tu..pasal apa nak di beri anak sikit sorang, kita dah bagi pelajaran yang secukup nya pada mereka, apa lagi yang dia nak..tak betul tu...rasa nya susah kita nak menumpang dengan anak anak bila kita kehabisan wang ni...
Akhir nya, ayah atau mak akan bekerja semula...kerja untuk bayar duit api dan air serta makan berdua.
Ini kah yang kita nak....

 Bila dah tua, biar lah kita menjadi tua yang sihat. Boleh kita habis kan masa ke masjid atau kemana mana berdua.

Apa pendapat kamu semua...

15 comments:

  1. salam - saya setuju dengan Kak Ezza - bila pencen biarlah kita berehat dan membayar "hutang2" amalan yang tak dapat dilakukan semasa berkerja yang nak dibawa ke akhirat...kita guna duit yang kita dapat...anak2 dah cukup banyak kita bayar pendidikan mereka. Bagi saya sendiri jika berpeluang melancong saya akan pergi kerana inilah yang saya nak nikmati sementara masih bernafas !

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Ezza
    Seronok kalau semua impian dapat dipenuhi.Tapi kadang kadang hanya jadi igauan.

    Salam .

    ReplyDelete
  4. Ezza,
    Pasaipa bila saya komen kat blog Ezza selalu jadi double,treble.hai maaf sekali lagi.

    ReplyDelete
  5. Kan dah selalu ronda-ronda berdua tapi dalam negeri sahaja tak? Dah pencen nanti kembangkan 'sayap' terbang nuun jauh macam mat dan minah saleh. Tapi langsaikan hutang sebelum pencen. Bila pencen, senang hati, semua beres.

    ReplyDelete
  6. mamason
    memang betul..kalau lah impian menjadi kenyataan....
    Jangan terbalik , sudah..
    agak nya mamason tertekan dua kali kot...hahaha

    ReplyDelete
  7. sonata...

    sekarang ni saya lihat bila bapa atau mak dapat epf...anak anak mintak bahagian dia...saya rasa ni dah melampau..belum mati lagi tapi dah tuntut bahagian...mana boleh!

    ReplyDelete
  8. Alang,
    selesai kan hutang dulu dan tunai kan niat....baru lah fikir kan yang lain...baru malam tidur lena..kan alang!

    ReplyDelete
  9. Bagi boleh duit tu, but it should be macam hadiah je. And kalau bagi tak boleh lah bagi pada sorang anak je. Kena lah adil.

    Anyway, all in all duit tu adalah duit parents yg selama ni dibantu untuk tabungkan. So dah dapat tu, hai...sendiri mau ingat lahh....

    ReplyDelete
  10. i think duit epf tu, mak ayah simpanlah, ank2 blh cari duit sendiri..unless kalau emergency masuk hospital ka apa, then blh lah pinjam...takut nnt, bahagi sana sini, nnt depan2, perlukan duit dah takda...how? lani hospital mahal, food pun mahal....

    ReplyDelete
  11. salam kak,

    ni first time sy komen di blog kak.saya stuju pendapat kak.ibu saya 55 thn ni.memula sy dapat tau ibu boleh keluarkan duit epf, saya warning kat ibu (dgn kasih sayang)jgn abiskan beli brg kemas,tp ibu gelak ja. katanya 'jgn risau, rezki korang ada,tp tgkla nati.tp ibu tringin sgt nak ada 1 cincin berlian, sepjg keje berpuluh tahun ni,tgk ja org punye,nak beli tak mampu'.

    nak nangis ja masa tu,yela saya duk risaukan ibu takde duit belanja time pencen,dia masih nak risaukan anak2 yg dh keje ni,siap nak bg penjelasan kenapa nak beli brg beli brg tu.ish,rasa bersalah tul.jd sy balas,'ibu beli lah apa pun ibu nak, you deserve it'.

    sian kat ibu keje puluh tahun, rupanya dia nak sebentuk cincin ja...adoi rasa bersalah sangat tak mampu nak belikan untuk ibu...huhuhuu.suatu hari nanti,insyallah

    ReplyDelete
  12. zah, bertahun saya berniat nak bawak semua anak2 umrah kalau cukup duit. last year saya dapat epf, saya tunaikan dgn menggunakan sebahagian drp duit tu. bahagia hati saya tak dapat nak dibayangkan. Allah swt saja yang tahu.

    ReplyDelete
  13. kak puteri,
    alhamdulillah kak, berkat duit akak tu. Abah saya dulu dapat epf, dia pergi haju dengan arwah mak..pergi dengan pekej bawak abang sulung saya sebab mak saya sakit...boleh abang tololong jaga mak...lepas tu dia bahagi kan duit tu sama rata dengan arwah mak.
    Abah saya tak berpencen..tapi duit bahagian mak tu tetap kekal dalam asb mak sampaai dia meninggal..tapi kami sorang pun tak mintak..semua bagi kat abah...duit dia..masa kami akan sampai gak nanti.

    ReplyDelete
  14. ada kawan suami dulu berkata, nanti dapat duit epf nak pegi haji laki bini. selang beberapa tahun lepas tu suami terjumpa dengan dia lagi dan bertanya dah pegi haji ke belum. dia kata belum dan duit epf dah habis....

    itula.. kena merancang. kita ni kalau dapat duit selambak, habis pun selambak jugak...

    ReplyDelete
  15. Salam Ezza,

    Tahun depan bulan tiga, insyaallah giliran Kak Yan berpencen.Kami pegawai kerajaan EPF tak banyak mana sebab potongan hanya dibuat selama 10 tahun saja (bagi kami orang lama, pegawai baru potongan hanya tiga tahun saja kalau tak silap). Kak Yan punya EPF dah habis pun buat pendahuluan beli rumah dulu.
    Alhamdulillah, inyaallah, kami akan diberi duit ganjaran...duit selepoklah yang dikira berdasarkan formula. Beso gajinya, beso le ganjarannya nanti. :-)
    Besides that, alhamdulillah lagi, kami akan terima pencen bulanan, cukup bulan tekan saja.
    Jadi, kalau takat makan minum, bil api air & broadband tu,kira cover lah.

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger