Sunday, June 19, 2011

Dua lelaki yang bertakhta di hati....

Ada 2 lelaki yang paling aku kagumi dalam hidup aku...

Its Abah dan Abah to my children...my suami lah tu...

Abah lah yang mengajar kami sembahyang...

Bila masuk waktu solat..dia akan azan kuat kuat...

so kami pun berhenti bermain dan segera bewruduk

lepas semua bersedia  di sejadah masing masing

Abang Lan akan ber Qamat

Abah akan mengimam kan kami semua...

dia akan membaca iftitah kuat kuat (walau pun sebenar nya kena baca dalam hati saja)

tujuan nya untuk mendidik kami menghapal....

hingga lah ayat tahiyat akhir...

begitu lah cara kami belajar sembahyang..

abah juga mengajar kami mengaji  Quran..

tapi di sebab kan kekurangan masa di sebab kan tuntutan kerja,

kami di serah kan kepada orang lain untuk belajar...

Abah juga seorang yang rajin berkerja...

tidak pernah menghampa kan majikan nya ,jarang mengambil cuti tahunan dan cuti sakit.

masa waktu persaraan nya, majikan nya telah membayar segala cuti tahunan yang tidak di ambil nya dan juga cuti sakit...

Di rumah. kalau dia tak kemana mana,

abah rajin menolong mak di dapur..membasuh kain, pinggan mangkuk, menyapu, mop rumah semua dia laku kan dengan senang hati. Dia juga seorang pembersih. Rumah kami akan sentiasa berkilat dan tiada habuk walau pun di tingkap. Dia juga rajin melipat kain..tersusun kemas segala pakaian di rak...menggosok baju...

Yang dia tak akan buat ialah..memasak...

Tapi bab buat air teh..memang lah dia lelaki melayu terakhir yang pandai buat teh...

Kalau aku balik BC..pasti kami akan di hidang kan air teh yang sedap hasil buatan nya...

Hari ni aku teringat kan dia...

kalau aku balik, pasti dia akan menyuruh aku masak sesuatu untuk dia...

Aku rindu kan dia, tapi kekadang masa yang membuat aku terhalang ke sana...

Selamat Hari Bapa, Abah........................................

moga abah menjaga kesihatan dan jangan risau kan anak anak lain...



PA ada lah seorang yang sangat sabar dengan anak anak nya semasa mereka masih kecil.

Tak pernah memukul,mengherdik atau pun mengeluar kata kata kesat kepada anak anak....

semua kerenah anak2 di layan  nya seada nya.

Dengan anak yang ramai ni, keadaan rumah kadang kadang tunggang langgang...

tapi dia tak pernah bersungut atau marah kepada aku...sebab tau  dia keadaan anak anak nya..

dinding rumah bagai kan mural...berwarna warni dengan contengan anak anak..

bila ada wang, dia akan mengecat nya ...tapi keadaan tak lama...

dia rela jadi driver menghantar anak pergi tuisyen, pergi sekolah,  menemani aku mengambil kad laporan,
menghantar dan menjemput anak2 ke kolej..

aku tahu, kadang kadang dia penat...tapi semua ini dia laku kan juga demi keselamatan anak anak.

Dia juga tak pernah membeli pakaian yang mahal mahal.walau pun dia mampu, bagi nya biar lah anak anak yang bergaya dan cantik,bukan dia....

PA juga seorang yang homely type, masa nya selalu di rumah bersama aku dan anak anak.....

What else can I say...Hes a good father..bertuah anak anak mendapat abah seperti dia.

Semuga anak lelaki ku Hafiz akan mencontohi abah nya....

Harapan ku pada anak anak..

kalau lah mak yang pergi dulu,

jaga lah perasaan abah mu ini..

jaga lah kebajikan abah mu....

mak tau abah kamu tau menjaga diri nya sendiri..

sekurang2 nya..ambil tahu lah keadaan nya...

Pasti  dia gembira...

No comments:

Post a Comment

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger