Friday, May 6, 2011

Tenang.....

Salam semua

Astro di rumah aku di potong sementara kerana aku tak menjelas kan bayaran nya dari bulan lepas..

Masa aku membayar bil bil lain hari tu, aku kekurangan wang hendak membuat bayaran ..malas nak ke bank semula untuk mengeluar kan wang..dalam hati tak pa..esok2 pun boleh bayar....sudah nya sampai ke hari ni aku masih belum bayar, hehehe

Bukan nya tak ada duit, tapi sejak TV di rumah jadi senyap, aku dapat rasa kan ketenangan yang total...rumah jadik senyap sunyi pada siang dan malam...Dah lama aku tak rasa tenang sebegini...dan aku suka keadaan begini. Selalu nya suasana hiruk pikuk..bercakap pun kuat dan yang paling aku tak suka ialah tidur lewat! Ya..anak anak aku memang tidur lewat..paling awal tidur pukul 12 malam!

Anak anak yang sekolah tidak pula merungut bila TV senyap...masing2 membuat kerja rumah selepas makan malam...dan selepas jam 10, lampu pun dah padam..tidur semua nya...
Jadi aku kira biar lah keadaan begini berterusan, lagi pun peperiksaan pertengahan tahun bakal menjelma..dalam 2 minggu lagi...lepas tu baru pi bayar bil...hahahhaa

Aku pun dalam berkira kira hendak menukar talian streamyx ni ke Unify.Aku dengar banyak kebaikan dengan mengguna kan talian Unify..dan ia termasuk sekali dengan rangkaian televisyen percuma . So aku cuma bayar untuk satu perkhidmatan saja! Bagus gak ni...Tapi kena tunggu gak dulu sebab di kawasan ni belum dapat lagi siaran nya...sabar sabar...

Hujung minggu ni, banyak pulak orang kawin. Dan juga ahad ni ada lah Hari Ibu.
Kepada semua di sana yang bergelar ibu, aku mengucap kan Selamat Hari Ibu..
Dan pada yang masih ada ibu, luang kan masa kalian bersama ibu anda walau sesibuk mana anda sekarang ni

.

8 comments:

  1. kak ezza...
    baru ni ustazah saya kata..
    kalau nak dimakbulkan doa... 40hari jgn tgk tv...
    part 40hari tak tgk tv bolehlah tahan..
    part 40hari tak ber'fb'?... sakit jugak...
    pd saya biar takder tv tp jgn takda fb...

    ReplyDelete
  2. Rahmah...tersangat lah setuju ...biar lah tak tengok tv, jangan tak berinternet..cepat cepat call TM..kasi repot!

    ReplyDelete
  3. Aunty Ezza,
    Mama kita lagi kedekut. Langsung takde Astro kat rumah ni. TV biasa pulak tak bestlah...asyik2 drama/sinetron...letih.... Mama kata baca buku lagi baik. Duduk diam-diam. purrr....meow!

    ReplyDelete
  4. Bagi Alang tak de TV pun tak pe. Alang turn on Tv sebab nak ada teman suara. FB tak ade pun tak pe, yang pastinya, internet, blogging mesti on!!!

    ReplyDelete
  5. angie

    kucing tak boleh tengok tau!ada banyak bende tak elok kat tu
    mama pun bukan nya kedekut, tapi betul la apa dia cakap..baca je buku tu...you want to rule a cats world kan, so be it!

    ReplyDelete
  6. Caiyok Alang...lain tak da tak pa kan..jangan internet, mati kutu kita ni..hahaha

    ReplyDelete
  7. yup unifi adalah system broadband yg baru di bina dan pasang untuk mengggantikan system lama telekom...
    once dah instal best la org msia.. tgk tv kat tenet je...

    ReplyDelete
  8. hari ni dah ahad. kenyang makan kenduri harini za?

    selamat hari ibu.

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails