Wednesday, February 23, 2011

Jiran

Kebanyakan kengkawan di FB dah tau masaalah saya dengan jiran sebelah ni...

Dia sebenar nya telah berpindah ke kawasan yang agak mewah sikit 3 tahun lepas....tak jauh dari sini pun...so rumah nya dia sewa  kan pada sepasang suami isteri yang pernah saya cerita kan masaalah nya dulu...

Masa dia berpindah dulu pun, dia tak cakap apa apa pun.,..tercangak2 aku melihat kenapa barang2 rumah dia angkut ke dalam lori..bukan aku saja malah jiran belakang pun hairan,..bila dia pindah..apa sal dia tak cakap kat kita...

Aku macam biasa..entah lah kak....

Penyewa muda dan kedua nya baik hati walau pun pun berperang dengan masaalah peribadi yang membawa kepada perceraian.

Jiran ini sebelum ini telah memberi notis kepada penyewa tersebut supaya berpindah, alasan nya nak duduk balik....
Satu alasan yang pelik..bila di tanya kenapa...dia kata masjid dekat...hhahahaha...

Aku mengenali dia pun bila kami mula berpindah ke sini 22  tahun lepas.

Ada beberapa perkara yang aku selalu tak puas hati dengan jiran ini...tapi selalu nya PA menghalang aku dari bersuara...so selama ini kami diam kan saja apa apa perkara yang berlaku...malas lah  nak masam mula...hari2 nak pandang muka dia gak..so..diam je lah..

Banyak perkara yang meluka kan hati berlaku..antara nya..
kenduri tapi kami tak di jemput..pelik kan...

memilih kawan...kami pun tak tau kenapa PA menegur dia dulu, dia buat tak tau saja,...
berkata dalam hati..aku ada buat salah ke..

Sekarang dia sedang reno rumah yang ada ni...habis semua bilik dan dinding dalam rumah dia pecah kan...pecah sana sini buat baru...atap semua dia ganti ke genting baru memang cantik laa...

Tapi yang buat aku teperanjat sekali bila dia naik kan batu di  pembahagi tembok antara rumah dia dan aku...apa hal pulak ni...at least tanya lah pendapat kami dulu...



Aku tak tau apa motif dia buat begitu...tapi hati aku calar balar dengan perbuatan dia.

Namun..PA tetap dengan pendapat dia...biar lah Zah..elok gak macam ni..
kita pun tak payah nak ambik tau apa dia buat ke apa pun..boleh kita minum pagi dan petang kat depan ni...
Setiap yang berlaku ada hikmah nya..ini lah hikmah yang kita dapat..terang PA...
(kenapa lah laki aku ni jenis penyabar sangat,...adoii..)

dah dekat sebulan reno ni berjalan...tapi kerja mengetuk, pecah memecah dan drill men-drill sedang rancak berjalan...
Aku dah tak tahan dah...setiap hari, 7 days a week tak henti2...

nak sembahyang pun tak kyusuk..pernah sekali baru jer aku nak bertakbir,,,melompat aku  sebab terperanjat sebab bunyi drill yang betul sebelah dinding rumah aku ni...
Baru nak berehat..drill sana sini dari pagi hg petang...

Dia lupa agak nya..ada manusia di sebelah rumah nya..yang menunggu masa nak meletop!!

Sampai bila lah sabar aku akan bertahan......

Nmapak nya kena spare kan panadol banyak sikit.....

8 comments:

  1. Kak Ezza, jiran mak Tie pun ada buat renovate macam tu. Dia tutup bahagian dapur dan depan. Tapi dia beritahu dulu, minta kebenaran.

    Walaupun mak dan adik tak tahan dengan bunyi bising siang malam, at least dia ada budi bahasa. Kita pun ada privasi (senang nak bakar2 kat dapur tu time kita balik dari Ganu).

    Tie tak nak cakap suruh kak ezza bersabar sebab selama ini pun kak ezza dah banyak bersabar.

    Cuma kak ezza cuba bayangkan lepas benda2 ni siap, kak ezza ada privasi, duduk kat depan tu sambil minum teh rehat2 dgn PA...

    ReplyDelete
  2. biar je kak, esok2 ada masalah baru sedar diri.pasal tembok tu akak pun dapat untung gak. tak payah keluar duit dan tak payah nengok muka jiran tu. lepas ni akak susun frame hiasan bagai kat tembok tu.

    ReplyDelete
  3. betul apa yg aziz cakap tu zah. you letak kerusi dan side table kat situ, duduk rehat2 minum petang ..

    ReplyDelete
  4. opocot omak kau!!!
    haha boleh akak bayangkan ekau molatah toporanjat.

    za.. ekau cat putih tembok tu za.. buek english deco kat situ. petang2 rehat2 sambil ambil angin santai. best apo.. boleh hilangkan stress.

    haha.. akak ni apo kurang e ha.. cucu kengkadang tidur pun boleh teperanjat bilo donga lori dan mesen bancuh simin. Siap sebut lowi..lowi.. terus tebangun. adui..

    ReplyDelete
  5. Aunty Ezza,
    Nanti kita bisik kat Abang Puteh suruh pergi poo pee "selamat datang" kat dia orang tu. Boleh? hehehe....kita tak suka jiran banyak cengkadak ni. purrrr....meow!

    ReplyDelete
  6. selalu tersasul antara kak ezza dan k.erna...

    apa yang dibuatnya akan dia tanggung di akhirat kelak. kita telah menunaikan tanggungjawab dengan menegurnya andainya dia dengan perangainya jugak dia sendiri yg menanggung dosanya...

    lelaki lebih cool tapi sebenarnya dia jarang2 ada rumah kita yang dok mengadap mau tak hangin...

    ReplyDelete
  7. Ezza,
    Tinggal di link house macam tu. Alang telah mengalami nya.

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails