Wednesday, June 30, 2010

Tuisyen

Salam semua

Sekarang ni kalau borak dengan kawan kawan....kalau bab anak semua nya kata anak anak bertuisyen...

Kalau pagi bersekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam pulak pasti tuisyen sana sini...

semua nak anak berjaya dalam pelajaran..dari anak sekolah rendah apalagi sekolah menengah.

Beratus ribu bayar wang tuisyen..hari sabtu ahad pulak ada yang hantar anak ke kelas piano dan ahad plk ke kelas karate.tea kwan do...

Sebenar nya aku kesian dengan kepadatan masa anak anak zaman sekarang. Langsung tiada masa untuk bermain,beramah mesraa dengan jiran dan sebagai nya.

Masa aku kecil dulu, memang tiasa bab pasal tuisyen ni... apa yang di ajar di sekolah tu lah yang menjadi asas kami. Balik sekolah, kami di ajar membantu ibu bapa membuat kerja rumah. Sebelah petang , mak bapak kami membenar kan kami keluar bermain dengan kawan kawan kampung yang lain..yang perempuan dengan geng perempuan, yang lelaki nya selalu nya bermain permainan yang agak kasar seperti nermain bola , sepak takraw dan lain lain. Kadang kadang bermain badminton dan galah panjang...sambil bermain di wajib kan membawa adik adik yang kecil supaya mereka pun dapat bermain sama.

Waktu maghrib pulak, selepas solat bersama mak abah...kami di ajar mengaji pulak...Lepas tu makan malam dan mengulang kaji pelajaran. Itu lah rutin kehidupan ..jadual akan bertukar bila ada tetamu  datang atau pun balik kampung waktu cuti....

Sekarang ni , cuma Hani saja yang bertuisyen sebab dia lemah dalam bahasa Inggeris. Pelajaran maths, science dan BI..semua dalam BI , kan,,,apa lagi dia akan mengambil ujian PMR hujung tahun ni...so kami izin kan. Dulu abang kakak nya cuma belajar kelas tambahan di sekolah saja. OK jer...
Tapi aku nampak peningkatan pada Hani...alhamdulillah....

Masa aku pulang dari pasaraya malam semalam, kami membincang kan hal tuisyen pada anak anak..kami cadang nak hantar Yaya tahun depan. sebab masa tu dia dah darjah lima..

Yaya ..nanti masuk kelas tuisyen ya....
belajar pandai pandai tau....nanti dapat masuk sekolah asrama yang baik...

Yaya tak mau jadi pandai.....kata nya...

Elok lah jadi pandai....kata mak nya...

Yaya tak mau jadi pandai...

kenapa...

sebab Yaya tak mau masuk asrama lah!!!

Laaaaaa.........

1 comment:

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger