Thursday, June 3, 2010

Komen makcik.....




Penat ke Tioman dah hilang..







Baju baju semua aku hantar dobi saja..


malas nak memikir pasal nak basuh dan sidai ..lepas tu nak melipat kain...


mau menangis mesin basuh aku ni...


Okay, aku nak buat post mortem perjalanan kali ni....


ni ikut pandangan aku laa...


pandangan dari kaca mata seorang makcik yang takda iijazah pun...


pada aku ni Pulau Tioman ni..ada lah Pulau yang sangat cantik...


kebiruan air dan kejernihan air nya tiada tandingan...malah di jeti nya pun kita akan nampak ikan berenang2 dan nampak coral yang hidup..


tak da sesiapa pun yang berani nak tangkap atau nak bawa pulang...





Alam sekitar nya bersih sekali...Flora dan fauna nya hidup seiring...


Pantai nya yang bersih..langsung tak ada sampah kecuali daun2 kering ..


tak da pinggan polistrin or botol air mineral bertaburan...



Kenapa ya..


sebab penghuni di sini amat menjaga pantai nya...


selepas apa apa acara pun, mereka ni mencari mana mana sampah yang di buang sesuka hati oleh manusia dari tanah besar ni....


Aku ada memerhati kan warung  tempat kami makan kami..kemana air basuhan mereka di hala kan...aku pun hilang punca,,,tak nampak kat mana dan semesti nya bukan ke laut...kita boleh mandi kat mana saja kita berada...





Sebab


sepanjamg pantai nya bersih....





Aku rasa lah, kalau nak cari ketengan dan lari dari tekanan  di kota,


sini lah tempat nya...no TV, no radio n no surat khabar....


Banyak kapal layar berlabuh sepanjang pantai....mat mat saleh besrsidai bagai kan sotong kering...





kalau nasib baik..dapat lah tgk apa yang di kata kan topless, braless..heheheheh..




anak anak dah orang muda..mengangga melihat permandangan begitu...


tak lupa jugak suami suami kita ni....HEP!!!


chalet kami berhampirang dengan Marine Park..aku tak pergi pun..sebab nak sampai ke sana kena panjat tangga yang tinggi..kena jalan sikit dalam hutan tapi kata PA dan anak anak...


tempat tu cantik, terpelihara dan ikan ikan nya begitu ramah dengan manusia..hahaha..kena bawak roti ler...





Apa apa pun, aku nak komen pasal feri jer..


masa pergi ok saja..muatan tak boleh lebih..


Ada video menunjuk kan bagaimana nak pakai life jacket..


tapi tak sorang pun pakai atau di suruh pakai...


maybe masa kecemasan saja kot...


Tapi masa balik...


walau pun pihak marine datang check...
time ni semua nya cukup laa


tapi bila mereka dah pergi..


feri yang kami naiki berpusing ke jeti lain untuk mengambil penumpang lagi...


tambah 180 orang lagi...


Takut aku di buat nya...mulut ku tak henti henti berdoa supaya selamat...


Hati tenang bila nampak tanah besar..apa lagi nampak jeti Tg Gemuk..


Syukur..aku dah sampai dengan selamat....


Tetapi....


Bila sampai ke van. kami mengeluh....


TAYAR PANCIT LAA!!!!









Minggu depan..nak ke Perlis  pulak.....
Kak Pah..nanti pinjam bibik boleh tak...mintak urut satu badan..hehehe

4 comments:

  1. Alangkah indahnya alam. Pengurusan feri tu tak serek-serek kejadian kemalangan yang lalu, tak kisah keselamatan, cari untung ada. Syukur rombongan ol rascal selamat sampai ke tanah besar. Nak ke Perlis pula jangan lupa pakaian salinan Ezzah ye.

    ReplyDelete
  2. ni yang buat kakpah nak pegi holiday kat situ ni. Cantik....
    tapi bila mengenangkan feri lebih muatan tu rasa macam takut lah pulak..
    nak urut? meh sini.

    ReplyDelete
  3. Indahnya pandangan dan pemandangan. Bilalah nak sampai ke sana agaknya?

    ReplyDelete
  4. Enjoy betul holidaynya.Cantik dan bersih pemandangan disana tapi yang seronok tengok ikan2 yang berkejaran.

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger