Tuesday, January 18, 2011

Ujian dari Allah

Sebenar nya lama dah aku tulis pasal ni.
pasal kehidupan..
tentang janji Allah kepada hamba nya...
dan janjji manusia dengan pencipta nya..

Aku baca blog kak Nanie pasal Panggilan...
Panggilan Allah kepada hamba nya cuma ada 3 sahaja...

pertama..

penggilan Azan...
5 kali sehari saja..

kedua

panggilan Haji atau umrah
kalau mampu...

ketiga

panggilan pulang
di utus nya malaikat menjemput kita pulang...

Aku terkedu bila membaca bab akhir tu,,

Teringat aku cerita PA...tentang kawan sepejabat nya yang  jarang sakit teruk..muda dan mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam kareer nya. Tegas dalam kerja tapi kehidupan seharian lepas waktu pejabat sangat baik. Satu hari, lepas mesyuarat, dia berasa pening kepala.
Esok nya dia tak datang kerja..dan dua tiga hari lepas tu pun dia tak kelihatan jua, kaki tangan bahagian RND semua resah..HP nya di tutup dan bila PA mengetahui keadaan ini, dia menyuruh 2 orang staff ke rumah nya..

Rupa  rupa nya dia tak dapat bangun kerana sakit kepala nya berlarutan..kata nya migrane! Isteri nya telah beberapa kali mengajak nya ke hospital tapi dia tak mau...di telan nya panadol saja..

Bila PA dapat tau, dia mengajak seorang rakan yang lain ke rumah dia selepas waktu kerja. melihst keadaan nya dan kalau dia masih berdegil, mereka akan paksa dan seret ke hospital!

Sampai saja di rumah nya, kelihatan ibu mertua nya ada di depan..dan dia kata dia baru saja di hantar ke hospital bersama adik ipar dan isteri nya. Itu pun sebab dia telah muntah muntah dan sakit nya tak kebah kebah!

Rupa rupa setelah di scan, terdapat ketumbuhan di pangkal tengkuk dan ada air dalam kepala nya..
Perlu di bedah dengan segera dan kos nya melebihi RM50k.
Dia di masuk kan ke dalan ICU selapas itu!

Dia mengajak isteri nya balik..mana da duit banyak tu....kata nya..jom balik!
Isteri nya menangis mengenang kan suami nya dan Aziz cakap...jangan bimbang pasal duit. Yang penting dia sembuh dan pasal kewangan semua biar lah mereka bincang dengan majikan.
(Insuran kesihatan syarikat tak cukup untuk membiayai kos pembedahan)

bila mendapat Geeen light dari majikan, pembedahan di laku kan segera. Semua nya selamat tapi akibat pembedahan itu..ada masaalah dengan mata nya dan cara hidup nya berubah. Semua nya perlu di papah..jalan bertongkat dan dia dah tidak  seperti dulu lagi...

Yang lebih malang lagi, menurut isteri nya, doktor telah mengesan  ada sel sel barah sedang mengganas dalam tubuh nya dan dia kini di tahap 4!

Sampai ke saat ini aku tak dapat tidur malam mengenang kan cepat nya masa berubah...
Sampai saat ni aku masih membayang kan penderitaan Dalilah berjuang untuk hidup akibat kanser dan kini aku dapat membayang kan kekecewaan yang di tanggung oleh sahabat PA ini..anak anak masih kecil..yang sulung baru tingakan 1.
Aku dapat membayang kan perasaan isteri nya..air mata isteri nya mengenang kan suami nya .

Semuga kamu tabah Wan!
.


Yang baik datang  dari Allah dan yang buruk dari kita sendiri.

Tiba tiba aku cakap dengan PA,,Bang saya nak ke hospital,,
nak buat medical checkup..

17 comments:

  1. Betul Zah..kesihatan nombor satu.
    Go and buat medical checkup.
    I nak buat kat hospital kerajaan sini..cheaper than private of course.
    Nak cari geng teman jer..

    ReplyDelete
  2. aah kak.. buat kat hospital kerajaan jer..bayar jer seringgit jer..

    Yang kaya kaya bawak merc bmw tu pun ambik ubat kerajaan..ubat semua sama jer..cuma kita jer tak sabar nak menunggu nombor giliran

    ReplyDelete
  3. kak ezza,
    ujian hidup ni pelbagai. kekayaan, kemiskinan, kesihatan. bila kita tak kaya tapi sihat, Alhamdulillah. Dah cukup bermakna hidup ni. Kalau sakit menyusahkan orang lain kan nak jaga kita.
    Ubat kat hospital gomen murah sebab kerajaan bagi subsidi, hospital swasta mana nak ada subsidi.

    ReplyDelete
  4. Rasa insaf la pula baca entry k.ezza hari ni..

    Jah

    ReplyDelete
  5. Ezzah...sedih bila membaca mereka yang sihat...tiba2 sakit dah terus tidak berupaya...betapa cepatnya keadaan itu berubah... itulah yang dinamakan telah ditakdirkan...

    Semoga dia tabah menghadapinya dan begitu juga dengan keluarganya...

    ReplyDelete
  6. Musibah tu kalau Allah nk dtgkan, cepat je... sedih dengar cerita dia tu... I pun dok bayangkan kalau i berada di tempat si isteri....

    Pasal ubat, Nuni kata in most cases (if not all) ubat hospital lebih baik.. cuma pakacging je tak glemer, tu pun sbb kementerian kesihatan orders in bulk...

    org gi hospital kerajaan sbb nk cepat dan senang.. tp bila complication byk, ke hospital kerajaan jugak yg lebih baik (treatment and financially)

    ReplyDelete
  7. Thanks for this reminder Zah... Panggilan lima kali sehari tu kekadang buat tak dengar jer...

    ReplyDelete
  8. Hu hu...takuttttt.....

    Saya pun ada migraine and work pun macam tahap gaban bersilat nya :( :(
    InshaAllah dipermudahkan segala ikhtiar sahabat PA itu.

    ReplyDelete
  9. Moga wan tabah...


    Memamng kena buat cek up tu Kak... Ni Dr dah kata dah... Berat kena turun, cholestrol
    kena jaga... Ok Dr pelan2 ye...

    Take care Kak

    ReplyDelete
  10. Aunty Ezza,
    Mama kata: health is wealth. purrr....meow!

    ReplyDelete
  11. Ezza,
    Check up mesti jangan diabaikan terutama bagi wanita. Pap smear dan mammogram mesti dilakukan sekali setahun apabila telah mencapai umur 40 thaun sebab risiko makin meningkat.Apa jua kesakitan perlu mendapat rawatan doktor jangan makan panadol aja. Didoakan semoga rakan PA menghadapi penyakit dengan tabah, semoga Allah melindunginya.NanaDJ

    ReplyDelete
  12. seram sejuk baca nih.. :( ya allah, jauhilah daripada segala bencana..

    ReplyDelete
  13. Insaf bila baca n3 ni,semoga isterinya tabah.

    Take care Zah.

    ReplyDelete
  14. Bila macam ni..... teringat saya lagu Raihan..Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..memang benar apa yang dia nyanyi kan...

    ReplyDelete
  15. Khabarnya ..
    sedeqah menjauhkan bala..
    Istighfar memurahkan rezeki..
    tidur selepas subuh menjauhkan rezeki..
    Eh.. banyak lah pulak leteran Ayoh Wang ni!!

    ReplyDelete
  16. tak pa AW

    selagi bende yang baik..saya suka dengar dan baca...

    ReplyDelete
  17. Teringat pulak..... suami pada kawan ni elok je masa nk pegi opis. Tak ada apa-apa warning ngatakan sakit ke apa ke.. Alih2 on the way nak pegi keje, dia meninggal kat traffic light. Meninggal semasa drive kereta.

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger