Monday, August 30, 2010

Sup Tulang




Hari Jumaat lepas aku masak kan sup tulang untuk PA...dia selsema dan rasa nak demam kata nya...

Selalu nya aku ikut resepi yang mak ajar..biasa saja..
tapi kali ni aku nak cuba buat style kawan blogger aku Yani.@ Kitchen Guardian.http://kitchenguardian.blogspot.com/.tapi dia guna kan ekor lembu..PA tak berapa gemar sup ekor ni....

Simple but so sedap!!

2 kg tulang lembu...
1 kg daging lembu..potong ikut suka (optional)
cuci bersih dengan tepung gandum....

3 labu bawang kuning.... (aku pakai bawang besar saja...)
1 labu bawang putih....potong sedikit bahagian atas...
halia sebesar ibu jari..
3 bungkus sop bonjot Adabi
2 kiub ikan bilis..( aku pakai kiub lembu)
beberapa biji kentang dan lobak..potong besar besar.(optional)

Daun bawang
daun sup
bawang goreng.

Masuk kan tulang dan daging dalam periuk dan tambah kan air secukup nya.
Bawang kuning or bawang besar di buang kulit dan jangan di hiris. Masuk kan bulat bulat ke dalam periuk.
masuk kan bawang purih dan halia yg telah di ketuk
masuk kan kiub ikan bilis/lembu.
Tambah kan sedikit ajinomoto untuk lembut kan daging..(.petua tukang masak...kalau suka laa)
Masuk kan sekali kentang dan karrot.
Semasa memasak, perhati kan buih buih di atas sop tu..kalau ada senduk buih buih tu dan buang.

Rebus dengan api perlahan selama 3-4 jam or sampai daging terlerai dari tulang.
Rasa lah garam nya.
Tabur kan dun sop dan daun bawang...dan bawang goreng bila menghidang....

5 comments:

  1. salam kak ezza...
    untuk orang demam.. memang sedap ni...

    untuk orang sihat.. tambah cili api tumbuk dan letak kicap dan perahan limau... lagi sedapppp..

    Minta sikit...

    ReplyDelete
  2. Salam Pn Ezza
    Memang menyegarkan orang yang selesemalah sup begitu!

    Adakah sebenarnya pencampuran cili api, kicap dan air limau nipis/kasturi dalam sup itu merupakan cara orang Kelantan atau Thai? Di kedai-kedai makan Kelantan di tempat saya, biasa dimasukkan dalam sup tulang mereka cili api bulat (bila terkunyah meleleh airmata!) dan belahan limau kasturi.

    ReplyDelete
  3. Salam Pn Ezza
    Berselera nampak sup tulang.Buat utk makan dgn bihun masa raya ni ,tentu kick punya.Lebih lagi pekena masa panas panas.
    Guna tulang gear box...ketuk ketuk sum sum dia,whew!
    Lepas tu check bp.

    ReplyDelete
  4. kenapa kena buang buih ?

    ReplyDelete
  5. Pb..
    buih yang hitam tu yelah darang daging tu...buang je laa

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger