Monday, April 18, 2011

Pendapat makcik ni laa

Aku nak tulis sesuatu yang dah lama aku nak tulis...

Tapi ini pendapat aku laa...

aku tau aku ni bukan nya pandai sangat pun...

ni pasal budak budak yang tak minat nak belajar ni..

madsud aku yang tak boleh nak coop mata pelajaran yang di ajar kat sekolah ni...

bila dapat keputusan di repot kad..memanjang dapat D dan E...gagal!


...tapi..kita suruh mereka pergi sekolah gak...

Yelah..nak buat apa lagi kan..



Ok...dari awal lagi kita dapat kesan..anak anak yang bermasaalah begini..

Ada yang membaca dan mengira pun tak lepas..masih merangkak rangkak lagi..

kadang kadang budak budak ni tunjuk protes..mereka tak faham dan tak minat ke sekolah yang mementing kan gred...

ini lebih ketara di kawasan luar bandar dan banyak juga dari  kawasan bandar yang padat dan ibu bapa yang berpendapatan rendah.

Kebanyakan anak anak ini ke sekolah hanya untuk suka suka saja, atau sampai sekolah mereka berkumpul dan menyusah kan cikgu dam pelajar yang lain..

atau yang terang2 ponteng sekolah.....mula belajar menghisap rokok dan akhir nya..hisap yang lebih advance..

Kemana arah budak budak macam ni akhir nya...

Pada aku lah..sekolah lebih tau mana mana murid yang bermasaalah ni...tapi dah sistem pebelajaran kita dah macam tu...sapa yang nak ubah kan...

Aku rasa lah..kalau budak budak ni tak minat belajar ...sebaik nya mereka ni di masuk kan ke kelas kemahiran saja..

contoh nya...
kelas bermain muzik...
yang paling murah..gitar..

Budak2 memang suka main gitar..so ada kan kelas muzik yang asas..
atau yang minat menari tradisional..ajar kan menari..

yang minat menyanyi...ajar kan menyanyi..
ajar sekali note note music sebagai wajib...
mesti pas belajar note..tapi mata pelajaran  Agama kena belajar lah..wajib!

kemudian baru persembahan..

ada yang minat menjahit or memasak ke..
lanscape design ker..
repair komputer ker
belajar yang asas saja..
dan akhir tingkatan 5
ada kan ujian untuk perkara yang mereka belajar saja..

Ya..mesti ada yang cakap..
kat sekolah teknik dan vokasional ada..

tapi sekolah macam tu semua nak result PMR yang bagus..

Aku kesian tengok budak budak macam ni.. kebanyakan nya anak anak melayu

tak tau mana hala tuju..

Mak bapak asyik nak marah jer..ye lah..sapa yang tak marah kalau anak tak mau belajar..kita risau kan masa depan dia..nak kerja apa kalau dah dewasa..

Tapi marah marah mak bapak ..hulur kan wang saku gak...

Itu sebab ramai anak anak ni tak reti kerja susah..semua nak senang jer...
tak nak kerja tapi nak duit banyak..

contoh..kerja senang tapi dapat duit banyak..

jual dadah, curi motosikal..meragut..pecah rumah..pinjam ah-long pastu mak bapak kena bayar...

Banyak yang kena ubah dalam sistem pebelajaran negara kita ni..mula kan dari awal...

Macam lah Menteri Pelajaran nak baca blog aku ni...

Hmmmmmm.......

9 comments:

  1. Betul K.Ezza. Kengkawan saya yg cikgu pun ada pendapat yg sama. Primary wajibla pergi, mungkin secondary dah boleh buat vokasional stream ke apa2 lah.

    Kesianla budak2 ni kan, yang tercicir makin tercicir. Sikap budak2 ni yg tak nak berusaha ni yg menyedihkan, salah siapa ya..walaupun tak berapa pandai dlm akademik, sepatutnya kenala rajin dlm kemahiran pula. Kerajaan sediakan bermacam2 sebenarnya, pusat Giat Mara, kolej komuiti etc..

    Jah

    ReplyDelete
  2. tu la Jah...anak anak kita yang ramai tercicir ni..dan pada pendapat akak ni..baik mula dari awal..maksud nya dari masuk form 1 lagi...kalau lepas sekolah ni susah sebab dia dah ada geng sekepala ni..cakap orang lain dia tak pakai lagi..

    ReplyDelete
  3. Macam lah Menteri Pelajaran nak baca blog aku ni...
    Jangan terperanjat kalau kakitangan Kementerian Pelajaran sedang baca.
    Tup tup, suruh Menteri Pelajaran buka blog ni.
    Hah, kan dah kata...:)

    ReplyDelete
  4. kak ezza...
    setuju 100%..
    bg mereka ikut minat mereka...
    kalau kak ezza menteri pelajaran, kan bagus...
    settle maasalah ni...

    ReplyDelete
  5. Memang betul pendapat Ezza tu yang ramai punya masaalah macam ni anak2 melayu.Dahlah mak bapak susah tak ada pelajaran tinggi anak2 masih nak ikut jejak mereka.

    ReplyDelete
  6. Aunty Ezza,
    Kucing pun setuju 500%!!! Lagi satu kan, kalau rancangan realiti TV tu, rata-rata yang suka nak ambil bahagian tu anak M juga ye? Suka benar nak jadi artis. ish ish ish... purrr....meow!

    ReplyDelete
  7. aah betul tu...abang put pun nak belajar cari ikan kat laut lah...asyik makan yang dalam kotak jer, mana sedap kan ...

    ReplyDelete
  8. K.Ezza,
    Memang ada kemudahan disediakan untuk pelajar2 tercicir untuk belajar di Giat Mara atau Kolej Komuniti. Tapi kadang2 budak2 ni yang malas nak sambung belajar kat sana... macam2 alasan depa bagi. Ada one case yang I handle ni dah lepas 2 tahun I memujuk baru akhirnya dia setuju sambung belajar 6 bulan di Giat Mara...

    ReplyDelete
  9. Setuju, setuju, setuju....

    Not everybody are academic material. Some of us are just people who prefer working with our hands!

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails