Thursday, August 18, 2011

Salam 18 Ramadan...

Salam 18 Ramadan

Tidak banyak yang di laku kan pada bulan puasa ni..

Hari2 routine nya sama saje..tengahri ke kedai bersama PA atau zira..

Hani dah semakin pulih dari chicken pox nya..kesian gak aku tengok dia menangis sebab sakit kata nya...

Petang pulak masak dengan keadaan panas...sebab matahari sebelah petang akan jatuh pada barat dan dapur aku mengadap barat...borpoluh den ni arr macam lopeh mandi bila habis masak!

Aku dah jarang berfb....Hmm ,,dah surut kegilaan aku ni berfb kot..hahahha

Dah siap ke baju kurung kamu semua?..aku punya masih di kedai...dekat raya nanti baru ambik..

Baju anak anak semua di tanggung oleh anak anak yang telah berkerja..kasut baru di tanggung oleh Apis...hmm makin besar anak anak..makin mahal harga kasut...

Minggu lepas, bagai nak patah pinggang aku ni berjalan dari satu kedai ke satu kedai kat JJ Bkt Tinggi ni..
kerana mencari kasut Yaya....aku tak tau lah kasut macam mana yang dia nak..dah pandai memilih sangat budak kecik ni!!!
Dan tak satu pun dia berkenan..
lepas ni kena ke Klang lah nampak nya or Sogo kata kakak nya..
Sorry ya...mak dan abah allergic tempat tu time2 bulan posa ni..
temperature abah kamu boleh naik sekelip mata nanti...
Tugas Alin melayan adik bongsu nya ini...

Oh..aku ada langsir yang nak di jahit...
Bye for now...

Layan je gambar2 makanan kat bawah ni ya....hahahaha

ni bukan kat masjid tau..ni kat rumah I....


masa ni semua anak menantu ada sama termasuk  keluarga adik ipar yang datang berbuka sama sama..

Rendang Udang

Sambal ikan keli...

Ayam goreng berempah..

Kari sayur berudang..


Yang ni feberet PA..Pecal Jawa...


Ni feberet I laa

Yang ni..Murtabak..hari hari kena ada...

Nasi beriani  


Ni penyedap tekak lepas terawikh...minum kat kedai mamak

Lawatan ke Pasar Ramadan....kuih dah mahal dan kecik pulak!

I lah ni..beli kaswi tu..


Ni kat PR Andalas...aku booking karipap panas untuk moreh kat masjid..

Karipap Panas!


Ni Yaya...dia nak kuih udang tu ..mahal weii..seketul $1.00..dia nak 2..

6 comments:

  1. kak ezza...

    wahhh meriahnya berbuka puasa. ramai2 ni mesti makan pun laju je. terliur tengok rendang udang...

    aina pun sama, anak pompuan wlaupun baru 10 tahun nak ikit selera sendiri bila membeli baju atau kasut dia...

    ReplyDelete
  2. Kat rumah kakcik, dah seminggu ada lauk keli sambal (beli punya). Biasalah tengok anak2 suka makan, kakcik beli je - nak masak sendiri tak pandai!

    Anak-anak lelaki kakcik, kakcik dah tak belikan kasut sebab dia orang lebih suka pakai selipar/sandal bila berjalan. :)

    ReplyDelete
  3. Aunty Ezza,
    Abe Put puasa tak? Ada tak baju raya untuk dia? purrrr *giggles*

    ReplyDelete
  4. pecal..pecal..pecal..
    dengarnya kat banting sana kalau nak beli sedap...
    nak cari jugaklah...

    ReplyDelete
  5. seronok bukak puasa ramai2 duduk kat lantai mcm tu kan...

    ReplyDelete
  6. Salam Zah..seronoknya your Ramadan posting.
    Suker tengok makan timpuh kat tikar.
    Yeah..Raya nak dekat.
    We all baju Melayu lama yang masih bagus2 masih banyak..so tak sibuklah shopping.
    Just nak ready the cookies and lauk raya.
    My children do their own shopping..just give money and they buy lah whatever they need.Lucky..kalau tak tak laghat jugak berjalan shopping..:D
    Selamat Berpuasa and maaf zahir batin.

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger