Friday, January 20, 2012

Perjuangan Mira.....


Salam

Anak aku Mira, sedang bergelut dengan tugasan filem pendek nya di kolej nya..

Banyak halangan nya, terutama bab kewangan..sebab pihak UITM tak ada dana untuk pelajar pelajar . Semua nya kena buat sendiri termasuk mencari penaja..
Mencari tajaan ialah antara yang di laku kan semasa sem yang lalu....

Aku rasa memang begini lah keadaan nya kalau memasuki dunia yang penuh dengan glamor dan angan angan..kena tebal muka dan bercakap manis selalu...

Aku ada jug menolong dia mencari sumbangan ..aku suruh dia buat surat proposal dan aku tampal kat Facebook...aku tak sangka ada juga insan insan yang berhati mulia dan ingin membantu pelajar pelajar seperti anak aku ni... Terima kasih banyak banyak....Semuga Allah yang dapat membantu segala kebaikan kalian.


C:\Users\User\AppData\Local\Microsoft\Windows\Temporary Internet Files\Content.IE5\54WQ22D4\415249_140643432716189_100003115993678_186166_1578893864_o[1].jpg
tak boleh nak copy  header dia..
FrameIIFrame Production,
UiTM Kampus Puncak Perdana,
U10, Puncak Perdana,
 Shah Alam, Selangor                                                                                     11  Januari 2012


Kepada,
Yang berkenaan,

Tuan/Puan,

Permohonan Sumbangan Ikhlas untuk Dana Projek Pelajar

Merujuk kepada perkara di atas,  kami, FrameII Production daripada Fakulti Filem Animasi Teater UiTM Puncak Perdana,  ingin memohon sumbangan ikhlas daripada pihak Tuan/Puan bagi merealisasikan projek pelajar tahun akhir Diploma Penulisan Seni Layar 2009/2012

2.         Projek yang ingin kami jalankan ialah filem pendek yang bertajuk “Dengan Nama Allah” yang akan memulakan penggambaran pada 27 hingga 28 Januari 2012. Kami mempunyai kekurangan dari segi dana kerana peralatan penggambaran seperti pencahayaan, kamera, bayaran pelakon, dan props memerlukan kos yang tinggi daripada apa yang kami mampu sediakan. Di sini, kami sertakan kertas cadangan filem pendek ini sebagai rujukan tuan/puan.

3.         Oleh itu, sumbangan pihak tuan/puan amat kami hargai bagi merealisasikan projek akhir kami ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Umi Hamira Abd Aziz,
Pengurus Produksi FrameIIFrame,





FAKULTI  FILEM TEATER ANIMASI








KERTAS CADANGAN PENGGAMBARAN FILEM PENDEK 
“DENGAN NAMA ALLAH”




IDEA ASAL:
EZRIE GAZALI


SKRIP OLEH:
MIRA ABD AZIZ / AKEMAL NAHAR


 
MIRA 017-312-1417 / umihamira@gmail.com 
AKEMAL 012-597-0716/  konayuki_load@yahoo.com


1.0 Pengenalan 


Penggambaran filem pendek bertajuk “Dengan Nama Allah” adalah bertujuan untuk mempamerkan produk akhir pelajar program diploma penulisan artistik seni layar semester 5 sesi 2009/2011. Filem pendek ini adalah satu platform untuk kami bagi mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di kelas dalam bentuk praktikal sepanjang pembelajaran kami di sini. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan menimba pengalaman sebelum memasuki industri filem yang sebenar. 


Selain itu , filem pendek ini bertujuan untuk mencipta satu kenangan sebagai pelajar akhir diploma penulisan. Ini juga merupakan satu tanda bahawa program penulisan juga mempunyai produk mereka sendiri. Diharap agar penggambaran filem pendek ini juga boleh dijadikan sebagai satu rujukan kepada pelajar semester lain untuk membuat produk yang lebih baik dan belajar dari kesilapan yang telah kami lakukan.


Filem pendek ini mempunyai beberapa mesej yang kami ingin sampaikan kepada penonton. Tema yang ingin kami sampaikan dalam filem pendek ini adalah taubat. Dengan kehendak Allah S.W.T, tiada apa yang mustahil dalam diri seorang manusia. Segala perkara yang terjadi  dalam kehidupan manusia. Segala perkara yang terjadi dalam kehidupan telah ditentukan olehNYA. Sebagai manusia, kita haruslah sedar bahawa   segala perbuatan yang dilakukan mempunyai ganjaran dan pembalasan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu Dengan Nama Allah mempertengahkan isu ini agar dapat memberi peringatan kepada penonton bahawa tiada apa yang mustahil sekiranya Allah mengizinkan.


Akhir sekali diharapkan pihak fakulti dapat memberi peluang kepada kami dengan meluluskan kertas cadangan ini. Kerjasama daripada fakulti amatlah kami hargai dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih 














2.0 Sinopis


Zaki merupakan seorang remaja yang juga seorang bekas ahli kumpulan Black Metal berusia 21 tahun yang telah kehilangan suara akibat kerosakan otot suaranya. Menurut doktor yang merawatnya, Zaki berkemungkinan besar untuk menjadi bisu untuk selama-lamanya. Zaki merasa amat menyesal dengan perbuatan masa lalu 3 tahun lepas bertekad untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dengan izin Allah S.W.T, Zaki telah dipertemukan dengan seorang tua yang menjadi bilal di masjid kawasan perumahannya. Sejak mengenali lelaki tua itu, Zaki mula mendapat semangat untuk lebih mendalami ilmu agama. Pada suatu hari, zaki telah ditegur oleh seorang kanak –kanak bernama Amin kerana tidak mempunyai kekuatan untuk mengaji dengan menggunakan mulut (Zaki mengaji di dalam hati semasa pembelajaran mengaji bersama Bilal) Zaki berasa tertekan dan dia yakin bahawa dia boleh bercakap semula. Bilal menyuruh Zaki dengan menyebut kalimah “BISMILLAH” sebagai permulaan kata yang pertama dalam usaha untuk bercakap. Setelah mereka berusaha dengan gigih, Dengan izin Allah, Zaki dapat mengeluarkan suara walaupun suara utu kedengaran tersekat-sekat. Mereka berdua berasa amat bersyukur dan gembira. Keesokkan harinya, Zaki datang ke masjid untuk menunaikan sembahyang zohor berjemaah bersama Bilal, tetapi Bilal telah meninggal dunia di dalam surau. Jam di dinding surau menunjukkan sudah tiba waktu untuk melaungkan azan. Zaki memandang mimbar sambil berdiri dan ke arahnya.






























3.0 Latar Belakang Karakter 


ZAKI


1. Remaja berumur 21 tahun
2. Bekas ahli kumpulan "Black Metal”
3. Menghadapi masalah suara di mana otot suaranya telah terkoyak dan menyebabkan dia menjadi seorang yang tidak boleh bercakap untuk satu jangka masa yang lama
4. Seorang remaja yang menjadi mangsa pengaruh rakan sebaya
5. Seorang anak tunggal yang sering ditinggalkan ibu bapa sejak kecil dek kerana ingin mengejar hal dunia
6. Menemui kesedaran untuk bertaubat setelah menyedari bahawa perbuatan dahulu menjadi satu balasan atas perbuatannya di masa lalu
7. Mempunyai usaha untuk melakukan sesuatu


BILAL


1. Seorang tua yang berusia dalam lingkungan 55 tahun, kematian isteri dan tidak mempunyai anak
2. Mengutip tin-tin kosong di kawasan perumahan atas sumber untuk mencari makanan seharian
3. Menjadi bilal di masjid, serta imam, dan muazin
4. Seorang yang sinis
5. Mempunyai pegangan agama yang kuat
6. Mempunyai usaha untuk membantu ZAKI 
7. Mempunyai usaha untuk mengajak anak-anak muda mendekatkan diri kepada Allah
8. Seorang yang penyayang
9. Mempunyai penyakit akibat kehidupan sehariannya yang tidak sihat


AMIN
1. Seorang kanak –kanak berusia 6 tahun
2. Seorang yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi
3. Seiring dengan sifat kanak-kanak yang mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat, dia berasa ingin belajar mengaji
4.0 Durasi 


Filem pendek ini dijangka akan mempunyai durasi dalam tempoh masa 15- 20 minit


5.0 Krew Produksi


NAMA ID PELAJAR NO TELEFON JAWATAN
1. UMI HAMIRA ABD AZIZ -PRODUCER/SCRIPTWRITER/DIRECTOR/ PRODUCTION MANAGER/MAKE-UP
2.NOR AKMAL NAHAR -PRODUCER/SCRIPTWRITER/DIRECTOR/ PRODUCTION MANAGER
3.NOR EZRIE HAKIMIE GAZALI - ASSISTANT DIRECTOR
4.MOHD HISYAM HARUN -CAMERAMAN , DOP 


5.MOHD AFFENDI -BOOM MAN/LIGHTING MAN
6.MOHD IZHAM - PROP MASTER/LIGHTING MAN
7.NURUL IDAYU MOHAMAD DAIP - RUNNER/ASSIST PROP MASTER
8.FATIN IZZATI MOHD RODZI - HANDY/WARDROBE





















6.0 SESI UJI BAKAT

Sesi ujibakat akan dijalankan untuk mencari bakat untuk memenuhi kriteria pelakon di dalam filem pendek ini


7.0     KOS PEMBELANJAAN
Makan Unit diperlukan Tempoh Jumlah (RM)
RM 5.00 seorangX 15unitX 3 hari RM 6.00 x 15 unit x 3 hari = 270.00
  JUMLAH KESELURUHAN= 270.00
Makan Unit diperlukan Tempoh Jumlah (RM)
RM 5.00 seorangX 15 unitX 3 hari RM 6.00 x 30 unit x 3 hari = 270.00
  JUMLAH KESELURUHAN= 270.00


1.0 Bahagian Makanan 




2.0 Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran (PRA-PRODUKSI) 


Perkara
Harga Seunit
RM Unit Diperlukan Jumlah
RM
Peti Kecemasan - 1 DISEDIAKAN OLEH FAKULTI
Percetakan dan Faks - - DISEDIAKAN OLEH FAKULTI
JUMLAH KESELURUHAN=0.00


3.0 Bahagian Teknikal 
Perkara
Harga Seunit
RM Unit Diperlukan Jumlah
RM
Yuran Juru Kesan Khas 100.00 - -
Dokumentasi & Publisiti 50.00 - 50.00
Sewaan¹ 400.00 - 400.00
Alat & Kelengkapan² 185.00 - 185.00
JUMLAH KESELURUHAN=635.00
   
4.0 Bahagian Kreatif 
Perkara
Harga Seunit
RM Unit Diperlukan Jumlah
RM
Pakaian Pelakon - -                                    SPONSERED
Props 80.00 - 80.00
Peralatan Solek - - -
Pelakon Utama 300.00 - 300.00
Pelakon Tambahan - - -
JUMLAH KESELURUHAN=380.00
JUMLAH  KOS                      =1285.00


7.1 KETERANGAN LANJUT MENGENAI KOS PERBELANJAAN


Dalam akaun SEWAAN, ia adalah terdiri daripada perkara-perkara yang melibatkan pembayaran sewa. Selain itu, lokasi pengambaran juga perlu disediakan peruntukan sebagai pelan kontingensi jikalau LOKASI PENGAMBARAN tersebut perlu dibayar sewa. Disamping itu, sewa keatas PERALATAN TEKNIKAL YANG PERLU juga diberi peruntukan seperti JIB ARM, STRAIGHT TRACK, CURVE TRACK, WIDE ANGLE LENS, COLOUR FILTERS, VARICAM DAN SEBAGAINYA. Peralatan ini adalah perlu untuk kelancaran proses pengambaran. Ia juga perlu diberi peruntukan adalah kerana untuk mengambil langkah yang selamat jikalau pihak fakulti tidak mempunyai bekalan peralatan tersebut pada hari itu.


Dalam akaun ALAT & KELENGKAPAN, ia adalah untuk barangan yang mampu milik yang tidak disediakan atau diberi oleh fakulti yang perlu dibeli dalam kuantiti yang banyak seperti KLIP, GEL, REFLECTOR (POLISTERIN), GAFFER TAPE, DUCT TAPE, PAPER TAPE, BATERI, GAM, TUKUL, PAKU, SKRU, PEMUTAR SKRU, PLAYAR, SARUNG TANGAN DAN SEBAGAINYA.


Dalam akaun KECEMASAN, ia adalah pelan persediaan kontinjensi untuk para krew dan bakat apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan kecederaan yang serius dimana perlu di hantar ke pusat kesihatan yang terdekat dengan segera. Selain itu, ia juga adalah untuk persediaan jikalau berlakunya kerosakan di loksasi pengambaran yang perlu diganti atau kadar sewa lokasi tiba-tiba dinaikkan oleh pemilik. Begitu juga dengan kadar sewaan peralatan lain.






















8.0 JADUAL
8.1 JADUAL BULANAN

Pre-Produksi Tarikh
1. Briefing idea 1 Novermber 2011
2. Drafting script 20 Novermber 2011
3. Treatment 21 November 2011
4. Final draft
5. Blue print
6. Proposal
7. Build team
8. Meeting with the crew
9. Casting
10.Script Reading
11. Meeting
12. Final meeting


On Production
1. Shooting
2. Shooting
3. Shooting




Post-Production
1. Editing
2. Dubbing
3. First draft
4. Final progress
















8.2 JADUAL PENGGAMBARAN


HARI PERTAMA


Lokasi Pagi Petang Malam
EXT Saujana Puchong SC 1
EXT Luar rumah Zaki SC 7, 9, 10 ,11
INT  Dalam rumah Zaki SC 3


SC 2,4,25
EXT Tepi padang SC 12
INT Kedai makan SC 5
EXT Tepi jalan SC 6
EXT Dalam kereta SC 10


HARI KEDUA


LOKASI PAGI PETANG MALAM
EXT Luar surau SC 26 SC 17,21 SC 15
INT Dalam surau SC 13,18,20,21,22,23,24,26,27 SC 8,14,15,19
















9.0 TARGET PENGGAMBARAN

Kami telah bercadang untuk menghantar filem pendek ini sebagai penyertaan ke Festival Filem Pelajar yang akan dilangsungkan pada bulan Mei 2012.


10.0 ‘STORYBOARD’


Sila rujuk di lampiran A.


11.0 TENTATIF


Hari Pertama
Masa Program
6.00 am Berkumpul dan briefing.
6.30 am Bertolak ke lokasi.
7.00 am Loading barang
8.00 am Sarapan
8.30 am Penggambaran SC 1,6,7,9,10,11


12.00 pm Makan tengah hari/ rehat/ solat
2.00 pm Penggambaran SC 3,5,12
4.30 pm Minum petang/ solat
5.00 pm Penggambaran SC 2,4,5
9.00 pm Makan malam dan balik


Hari kedua
Masa Program
6.00 am Berkumpul dan briefing.
6.30 am Bertolak ke lokasi.
7.00 am Loading barang
8.00 am Sarapan
8.30 am Penggambaran SC 26
12.00 pm Makan tengah hari/ rehat/ solat
2.00 pm Penggambaran SC 17,21
13,18,20,21,22,23,24,26,27
5.00 pm Minum petang/ solat
5.30 pm Penggambaran SC 15,8,14,15,19
9.00 pm Balik




12.0 KONKLUSI PENDEK
Kami berharap agar filem pendek ini dapat dijalankan dengan keizinan pihak fakulti agar ia dapat dijadikan sebagai batu loncatan sebagai persediaan ke alam pekerjaan.




13.0 RUJUKAN
Filem yang kami rujuk untuk filem pendek ini adalah:


1. Nur Kasih (Khabir Bathiar)
2. A Taste of Cherry (Abbas Kiostrami)












Yang menjadi masaalah sekarang ni pasal pelakon utama yang akan memegang watak Bilal..

Antara yang di cadang kan...
Abu Bakar Omar....dah cari tapi tak tau mana dia berada...
Jalil Hamid...terang terang cakap..ko semua tak mampu nak ambik aku..tak payah carik aku...hourly paid RM1500.00-(alahai Jalil..dengan budak budak nak berkira ke?...)
Sedang di usaha kan sekarang pelakon teater..Namron..aku pun tak tau sapa ..hehehe

Penggambaran nya cuma 3 hari saja...


Mak...duit tak cukup la mak...PTPTN semua dah habis...dia mengadu..


Hmmmmm.......

Buat lah apa termampu...kena tahan telinga dan tebal muka kalau nak berjaya...
Itu saja lah yang mampu aku kata kan...





10 comments:

  1. Jalil Hamid cakap macam tu ....


    Teruk nya dia tuuuuu

    ReplyDelete
  2. aah..tak tau kalau dia bergurau ker..tapi macam tu lah dia cakap...

    ReplyDelete
  3. Mintak2 JH hanya bergurau dan sanggup menawarkan khidmatnya untuk pelajar2 itu.

    ReplyDelete
  4. Apa yang JH cakap tu mungkin kedengaran brutal, tapi dia honest..

    On second thought, why not ayahnye Aziz berlakon jadi Bilal?!!

    Rupa garang, macho, dan mentor gitu sesuai untuk watak tu...bayaran?? suruh maknye pujuk..pro bono pun Ok! he..he

    ReplyDelete
  5. Anak buah saya pun mcn nih Kak, kehulu kehilir car I penaja n pelakon....yg ramai mcm JH tuh tap I Ada jugak yg tolong student FOC.....

    ReplyDelete
  6. masa anak tadika ,mak senyum saja
    masa sekolah rendah,mak relax lagi.
    masa sekolah menengah ,mak mula mengah.
    masa higher education...mula mak rasa nak pitam
    Ini saya rasai sepanjang anak anak masih belajar.kata orang anak besar panjang tentu mak ayah boleh hela nafas lega.
    Sugar is not sweet until you tasted it.
    Apapun untuk anak, ibu ayah tentu akan go go go go...go assist them selagi mampu.
    Wah terbuat karangan pula kali ni.
    Semoga anakanda ezza berjaya dalam pelajarannya.

    ReplyDelete
  7. masa anak tadika ,mak senyum saja
    masa sekolah rendah,mak relax lagi.
    masa sekolah menengah ,mak mula mengah.
    masa higher education...mula mak rasa nak pitam
    Ini saya rasai sepanjang anak anak masih belajar.kata orang anak besar panjang tentu mak ayah boleh hela nafas lega.
    Sugar is not sweet until you tasted it.
    Apapun untuk anak, ibu ayah tentu akan go go go go...go assist them selagi mampu.
    Wah terbuat karangan pula kali ni.
    Semoga anakanda ezza berjaya dalam pelajarannya.

    ReplyDelete
  8. Baca Puncak Perdana, teringat kenangan lama saya pun rajin gak ke situ dulu.

    MIRA tu di Fakulti TEKA tu ya? Bagus. Semoga sukses.

    Tentang harga tu, saya rasa setiap pelakon ada “harga” mereka yang tersendiri. Itu lah harga sebuah kejayaan dan jenama. JH pun bukan pelakun sembarangan.

    NAMRON tu pun pelakon yang bagus cuma riak muka dia macam bengis sedikit. Kalu EZZA tak ingat, NAMRON adalah pelakon utama drama Sanggul Beracun bersama Erra Fazira dulu tu.

    ReplyDelete
  9. Saya rasa, jika skrip, arahan, olahan bagus, tanpa pelakun terkenal pun insyaAllah, projek ini akan berjaya. Jangan give up ya MIRA.

    all the best!

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger