Wednesday, May 26, 2010

Dari tanah kita datang, kepada tanah kita kembali

Salam semua...




Petang semalam, kira kira jam 6.30 ptg, seorang lagi kawan ku di panggil pulang oleh pencipta nya. Kak Ros, kawan serta jiran dekat yang sering menumpang menyidai kain di ampaian ku pergi setelah 3 bulan di pembaringan.


Masa dia pergi, aku sedang menikmati Char Kue Teow di Pendamar Indah 1. Aku tidak di beritau oleh keluarga nya  semasa di nazak walau pun rumah dia dan aku cuma 5 langkah saja di belakang. Aku maaf kan sebab di rumah pun cuma ada pembantu rumah , suami nya serta Ipar duai nya saja... anak anak di berkerja masa dia sedang nazak. 


Malah Kak Liya, jiran sebelah rumah pun tidak tau apa apa . Kak Liya pulak sedang sibuk berkemas sebab dalam masa 3 minggu lagi dia akan menerima menantu. Tiba tiba saja dia lihat ada khemah sedang di pasang depan rumah dan dia menyangka kan keluarga kak Ros nak buat kenduri....Begini lah hidup dalam kejiranan sekarang...anak anak tak berapa kenal dengan jiran jiran yang lain....


Kak Ros mula sakit setelah ibu nya meninggal dunia pada tahun lepas . Sakit2 badan kata nya...Lepas tu aku cuma nampak dia sesekali saja bila dia menyidai kain di belakang rumah atau dia sedang berada di dapur. Anak anak nya seramai 3 orang semua nya perempuan telah pun berumah tangga. Dia menjaga cucu cucu nya bila semua anak nya bekerja. 


Kak Ras punya adik perempuan yang ramai. Mereka ni suka berkumpul di rumah nya dan selalu masak bersama sama. Keadaan selalu riuh rendah dengan gelak ketawa mereka apa lagi ipar duai nya satu kepala. Aku suka sangat keadaan sebegitu...Mesra sangat....


Aku selalu kata kan pada anak anak ku yang satu hari nanti kamu akan jadi macam makcik Ros ni...berkumpul, makan makan,,riuh rendah jadik nya....


Sepanjang aku berkawan dengan kak ros, aku langsung tak ada masaalah dengan dia. Orang nya baik dan selalu senyum. Kadang kadang dia mengahantar buah rambutan bila musim buah di kampung nya atau apa saja . Adik beradik dia sertaipar duai dia semua mesra nga aku ni...Ialah..makcik gemuk kata nya...hahahha


Tiba tiba pada suatu pagi kak Liya datang ke rumah ku dan bertanya..Zah, ko dah pergi tengok Kak Ros ke...


Aku tanya kenapa pulak. kak...


Ko tak tau ke dia sakit....tak lalu makan...makan je dia muntah...


lah kak..saya tak tau pun...


Ni dia ada kat PMC..rasa nya nak balik la tu sebab doktor tak dapat kesan apa penyakit dia...
Doktor PMC duruh dia berurusan ngan Hospital TAR.


Seminggu lepas tu, aku pergi ke rumah dia...menantu dia ada sedang memandi kan anak...Mak kamu dah balik ke...


belum Cik..dia kat HTAR...tapi rasa nya dia tak sanggup duduk sana dah...hari2 doktor ambik darah tapi tak dapat kesan apa sakit dia..


Mak dah tak tahan sebab sekarang ni doktor dok seluk peranakan dia saja.. nak ambil tisu dan nak kaji...


mak dah tak tahan dah..dia dah sain borang untuk balik saja...


oooo....


Lepas tu aku bagai terlupa kat dia. Seharian sibuk ke sana sini dengan urusan anak anak, langsung tak jenguk dia. Lagi pun rumah dia penuh dengan saudara mara...


Sehingga lah semalam ketika aku sedang menonton AFC selepas solat maghrib, Mimi berlari masuk kerumah dan memanggil aku...Mak..makcik Ros meninggal...mak tak pergi ziarah ke..kengkawan mak ada kat depan tu....


Ha!!!...Ya Allah ...


Ku capai tudung dan terus ke sana...Kak Ros di pembaringan dan jasad nya di tutup dengan kain batik lepas....


Aku sedih, aku menyesal kerana selama dia sakit, aku tak melawat dia..aku sibuk dengan dunia ku...anak anak dan segala nya hingga terlupa kan dia....


Semasa membaca kan Yassin, air mata kesalan  ku mengalir dengan deras nya...




Maaf kan aku Kak Ros..aku bukan lah jiran dan kawan  yang baik....aku terlupa kan kamu yang sedang sakit...Maaf kan aku....


Pagi tadi aku kesana lagi..membaca kan Yassin dan Al fatehah..air mata bagai kan ampangan yang pecah...


Aku dengar kain kapan di koyak koyak kan..


Aku lihat dia di mandi kan...


Di kafan kan...


di sembahyang kan...


Di iringi ke tanah perkuburan....


di kebumi kan dan di talkin kan...


Tamat lah riwayat seorang hamb Allah di muka bumi ini...


Berpindah dia ke alam yang lebih kekal...


Selamat tinggal Kak Ros...Selamat lah kamu di sana...


Ya Allah, ampuni lah segala dosa dosa nya, terima lah segala amalan dan kebaikan nya...
tempat kan dia di samping orang orang yang beriman....


Cuaca mendung dan hujan panas mengiringi perjalanan terakhir kamu...


Al Fatehah....






9 comments:

  1. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan roh mereka yang diredhoi. Amin.

    ReplyDelete
  2. Semoga arwah didalam rahmat Allah. I sedih dan takut pun ada. Thanks for this post kerana ia membuat saya insaf.

    Rafiah (Singapore)

    ReplyDelete
  3. Al-fatehah.

    Semoga roh nya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
    MashaAllah such beautiful reading of the Quran. Rasa macam kat Masjidil Haram....aduhhh sayuuu.

    ReplyDelete
  4. alfatehah...



    salam ziarah kak..

    :)


    .

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah untuk aruah Kak Ros.
    Kita semua akan pergi satu hari nanti..kita besedih untuk aruah sekarang..nanti orang akan bersedih untuk kita..begitulah putaran hidup.
    Semoga roh Kak Ros tergolong bersama kumpulan yang beriman dan beramal soleh.Ameen.

    ReplyDelete
  6. alfatehah.. sudah sampai masanya untuk dia pergi..

    ReplyDelete
  7. Salam Pn Ezza
    Takziah di atas pemergian jiran yg begitu baik. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Mungkin sehingga akhir hayatnya tak diketahui penyakit arwah, ye?

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger