Tuesday, May 11, 2010

Drama minggu ini...




Aku berura ura nak renovate bahagian dapor dalam masa 3 tahun ni....dan nak buat 2 tingkat..atas tu buat bilik besar dan tambah bilik air sekali...semua tu tempat anak anak pompuan ni laaa...

Tak kan kita duduk sini sampai bila bila ....tak best laa..kata Alin....

Dah tu nak duduk kat mana lagi....ok apa tinggal kat sini..masjid dekat..sekolah dekat..masyarakat pun ok....

Mak tengok lah...sekarang ni kita dah ada 4 bijik kereta..asyik tumpang letak kat rumah jiran sebelah jer..cuba mak bayang kan kalau semua anak mak dah ada kereta....marah orang mak...kereta bertabur2 ni....

Dah tu ko orang beli kan rumah besar untuk mak nanti....tapi mak tak mau jadi menumpang rumah anak pulak...mak nak jadi bos kat rumah ni..ko orang semua kena dengar cakap mak walau pun kamu yang bayar duit rumah......

Susah lah mak...kami yang beli kami lah jadik bos...hehehe

Kalau macam tu...baik mak duduk sini..lagi senang..ko orang pun balik sekali sekali jer kalau dah kawin nanti...rumah ni dah tak da orang ...mak ngan abah jer tinggal berdua....

Lagi pun , tempat kekal tu haa kat sana tu...

tanah yang panjang 6 kaki tu.......

Apa lah mak ni....macam tu pulak....!!!!!!




5 comments:

  1. Salam Kak Eza


    semua orang akan ke sana nanti ...

    ReplyDelete
  2. Salam Ezza..

    masa anak2 kecil, rumah tak begitu besar, kita besarkan bila ada rezeki. Tapi, sedihnya, bila rumah besar, anak2 pun besar dan mula meninggalkan kita.. :(

    ReplyDelete
  3. Salam Ezza...

    Memang betul tu, tempat kita yang kekal abadi adalah di tanah perkuburan, samada suka atau tidak, itulah tempatnya.

    Besar mana pun rumah kita, akhirnya tinggal saja. Pada Kak Yan, eloklah kita berumah sederhana saja. Semua anak kawin nanti, tinggallah kita berdua saja, kalau pasangan kita pergi dulu, kesaorangan lah kita. Kalau kita yang pergi dulu...pasangan kita mungkin ada teman baru...uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Salam Zah

    Memang betul itulah tempat kekal kita.

    Besarkan rumah untuk keselesaan,anak2 semakin membesar,kalau pun mereka dah kahwin pasti mereka pulang untuk berkumpul tambah lagi kalau dah ada ramai cucu.

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang terfikir juga, masa mereka kecil-kecil kita sanggup jaga mereka walaupun ramai, tapi bila kita tua payah seorang nak jaga kita, samalah macam rumah.....

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails