Friday, July 27, 2012

Teringat jiran lama.....

Tertidur semula selepas solat subuh memang tak dapat di elak kan...apa lagi sejak kebelakangan ini aku sering berjaga malam..entah laa...ada kah sebab makan pil kolestrol yang membuat aku panas dan berpeluh tak kira siang atau malam..

Pagi tadi aku bermimpi...dan kisah masa lampau   menjelma kembali...

Semasa aku baru kawin dulu,aku menyewa sebuah rumah di Sentul Pasar Kuala Lumpur..

Berdekatan dengan ibu kota dan banyak bas dan teksi..masa tu tak da lagi LRT atau Putra ni..semua pengankutan awam ada lah bas sri jaya dan teksi..

Rumah yang aku sewa ada cuma ada bilik 1 saja..baru siap di bina dan api air masih tiada. Di sebab kan takut terlepas, maka aku dah booking siang siang...Dan tuan rumah mengena kan sewa RM200.00 sebulan!..Terkejut aku ..rumah yang di bina dengan papan yang tidak di ketam,tiada bersiling beratap zink  dan tiada kemudahan asas di sewa kan begitu tinggi. Tapi apa daya ku...permintaan rumah sewa di kawasan itu memang melambung tinggi.

Hidup tak ubah seperti di rumah setinggan ..Air di ambil dari rumah anak tuan rumah ..getah paip terpaksa di beli..dan bayang kan lah kami masih lagi memakai pelita  di waktu malam...kalau cuaca panas, maka berkipas  dengan surat kabar lah kami. Cukup bulan tuan rumah tersenyum bila duit sewa di pungut...Bila di tanya bila kah air dan api akan masuk..berbagai alasan di beri kan.. Masa tu aku masih bekerja..bila waktu malam...terkial kial lah aku membasuh pinggan di bilik air berteman kan pelita...Ada masa nya  lubang hidung kami hitam akibat asap pelita!...

Dengan gaji sebagai Pelukis Pelan  dan aku sebagai kerani, hidup kami ada kala nya amat tertekan.
Tambang bas,makan minum,sewa rumah dan pemberian kepada ibu bapa membuat kami terpaksa berdikit dikit. Selalu jugak wang di tangan kehabisan. Kekadang beras jugak habis...kadang kadang lauk kami cuma nasi telur goreng dan kicap berulam kan cili api. Tak kisah lah janji perut kenyang...

Bila aku di sah kan hamil,aku terpaksa  berhenti kerja kerana tak tahan muntah muntah. Tinggal lah PA sorang saja bekerja. Siksa menunggu dia pulang kerja dengan panas terik di rumah beratap kan zink ni..Bila lega dari pening pening dan muntah, aku akan ke Library yang terletak di Jalan Raja Laut...ada masa nya aku akan ke perpustakaan Selangor yang terletak di padang kelab selangor(Dataran merdeka sekarang ni). Seronok membaca buku di sini tapi yang penting nya ia nya berhawa dingin!

Semasa aku melahir kan Hafiz, aku pulang ke rumah orang tua ku di BC...sehingga lah satu hari jiran sebelah rumah menalipon PA yang dia  telah berpindah ke rumah sewa lain dengan harga yang lebih murah. Dan yang penting nya, semua kemudahan asas siap ada. Dia juga ada memberitau ada sebuah rumah sewa di hadapan rumah nya akan kosong bulan depan..dan dia boleh booking kan rumah tersebut untuk kami kalau kami mau...PA terus saja mau dan akan datang esok nya untuk membayar cengkeram..Rumah 2 bilik bercat hijau lengkap api air dan berpagar dengan harga RM200.00..ok lah...cukup tak cukup itu belakang kira....

Di sini,aku mula lah membeli peti ais. Kerusi rotan dan dapur masak telah kami beli masa di rumah dulu. TV pun telah lama kami beli sebelum kami pindah ke rumah lama. Ingat lagi jenama nya..Toshiba Blackstripe 14".
Aku rasa kalau ada lagi TV ni,meraung raung anak anak aku suruh beli lain...bila dah pakai size besar ni, baru perasan yang 14 inci tu kecik sangat......

Di sini aku berjiran dengan  pasangan yang sangat baik..Kak Maznah berasal dari Kelantan dan suami nya Abang Idris dari Perak. Kak Maznah bertugas di kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak di bahagian komputer. Suami nya seorang pegawai di syarikat koperat...Sangat humble dan berbudi bahasa. Ada anak 2 orang,Najib dan Nadiah. Di sebab kan berdekatan dan aku tidak berkerja, mereka meminta aku mengasuh kan anak mereka semasa mereka  bekerja. Tak jadi masaalah pada ku....sebab kak Maznah masuk kerja jam 1 tengahari..so jam 11 pagi dia baru hantar anak nya..Suami nya habis kerja jam 430..sampai rumah jam 5 ptg...cantik sangat lah tu...

Menjaga budak2 ni senang jer..time main dia main..time tidur dia tidur..bangun tidur dia makan dan lepas tu aku mandi kan...lepas minum susu dan makan biskut..ayah mereka pun sampai rumah..begitu lah rutin seharian..Hafiz pun ada kawan nak main bersama..Oh masa ni aku dah mengandong kan Hakim...cepat betul si Hafiz ni dapat adik!
Dan bila sampai masa nya, aku pulang ke BC untuk melahir kan..Najib dan Nadiah pula bertukar pengasuh ke rumah sebelah rumah aku pulak...Dan bermula lah cerita ni...

Setelah aku pulang semula ke Sentul selepas bersalin dan berehat sekejap di rumah emak,aku seing dengar jiran sebelah sering marah marah dengan kuat nya..Mula nya aku buat tak tahu saja sebab dia pun ada anak lelaki 2 orang...mungkin anak anak nya nakal kot..tapi selepas dia marah, pasti aku dengar suara tangisan Najib....
Lama lama aku dapat tau yang dia marah dan mengamuk tu sebab Najib ni terkencing masa tidur..Hari2 terkencing kata nya..dan dia bertanya pada ku ada tak Najib ni kencing masa dia dalam jagaan ku?..Aku cakap tak pernah lah pulak...Dan dia pulak mula bercerita kan kisah Najib  dan cara dia mendenda  nya...Ambik rotan dan libas tapak kaki!..aku tanya balik..kenapa tapak kaki..dia kata sebab kat tapak kaki tak kan ada kesan rotan...Ohhh macam tu rupa nya...dan yang sedih nya..dia akan suruh Najib ni berdiri mengadap dinding sepanjang hari...tak boleh main atau mintak apa apa..kalau tidak dia akan rotan!..Macam ni rupa nya ko layan anak orang..Cukup time kau ambik duit mak dia..tapi cara dia layan budak budak ni...dasyat sungguh...

Dan tak lama selepas itu, kedua budak budak ni kembali bersama aku...mereka tak mau ke sana lagi...Mula nya aku tak mau..tapi di sebab kan budak budak ni meraung raung..terpaksa lah aku beri masuk..Sekilas aku terpandang wajah masam pengasuh sebelah...Aduiiii....


~bersambung~

5 comments:

  1. Duit nak tapi jaga tak ikhlas...grrrrr....tak sabar nak tunggu sambungan. Cepat tulis ye kak. Luv u.

    ReplyDelete
  2. Salam kak ezza...
    Citer makin menatik ni...
    Jgn lama2nak sambung ya...
    Tak sabar saya ni....

    ReplyDelete
  3. cerita ttg pengasuh...seribu satu cerita yg ada.boleh buat telenovela.

    ReplyDelete
  4. Kalau sekarang dia buat macam tu, mungkin dah masuk akhbar dan masuk mahkamah!

    ReplyDelete
  5. sambung, sambung cepat.. syiok baca..

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails