Monday, June 25, 2012

Asli dan Asal....

Ada masa nya aku suka ajak PA minum petang di luar...

Apa lagi dah jumpa kedai yang ada macam macam hidangan melayu...

Kalau nak minum petang, ada berjenis jenis bubur/pengat di meja buffet..self service kata pelayan tu..

Petang tu aku order soto....dalam cuaca begini  teringin nak hirup sup soto yang panas panas...



PA yang menelek menu berjam jam..akhir nya memilih set ubi kayu rebus bersama kelapa parut dan ikan masin. Sambal tumis juga sedia kan..



Sambil menunggu soto aku sampai..aku pun sama sama makan ubi ni..empuk sangat...ambik sikit kelapa dan ikan masin dan makan..sedap ....tiba tiba.....aku terasa ada sesuatu yang melekat kat tekak ni...
Rupa nya aku tercekik tulang ikan masin...

Pelik lah saya ni..macam mana boleh tercekik tulang ikan yang dah di goreng garing2 ni...pot pet pot pet mulut orang tua ni...

Mujur lah dah beberapa kali berdehem dehem dan batuk..tulang tu keluar...hilang mood nak makan!!!

Sambil  melayan perasaan masing masing, aku lihat ada sekumpulan lelaki bertshirt biru masuk..Salah sorang dari nya omputih lelaki berbadan besar...aku dengar suara dia jer yang bercakap.....maybe dia ni boss diantara lelaki2 ni yang terdiri dari malayu dan cina.

Omputih ni sedaya upaya bercakap dalam bahasa Melayu...walau pun ada nada nada indonesia tapi kesungguhan dia bercakap aku hormati.

Yang pelik nya ...lelaki cina yang aku rasa ketua diantara lelaki tempatan ni berbahasa Inggeris
Omputih tu cakap melayu tapi the Malaysian cakap omputih..

Sampai ke tahap omputih ni bertanya pada lelaki cina ni...

Saya mau tanya...Price ni makna nya Harga ka?...

Dan lelaki cina ni bertanya pada lelaki melayu yang lain..Is it correct..Price is Harga in BM???

Well...aku nak jer masuk campur..nak bertanya pada lelaki cina ni..

Hello bro...dulu sekolah mana aar..tarak sekolah kaa...


Boleh nyanyi lagu Negara ku kaa?

Tapi bila lihat wajah PA yang dah berkerut 1000 ..maka aku tersenyap dengan sendiri nya...

tak baik tau lawan suami kan kan kan...hehehehe

10 comments:

  1. Hehehe... PA boleh baca isi hati isterinya! :)

    Apa2pun, ubi kayu tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. Kakcik, kalau datang area sini, saya bawak makan kat kedai ni yaa..lempeng pun ada, cucuk udang dan ikan bilis pun ada tau..

    ReplyDelete
  3. bestnya menu kat situ...

    saya ingat dia sekolah dekat London la... Omputih tu sekolah kat Indonesia, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sari...akak pun terfikir macam tu gak..hehehe

      Delete
  4. org Malaysia kalau tak belajar cakap London susah plak nak kerja ngan omputih sampai lajak2 kelondonannnya...

    pastu omputih plak belajar cakap melayu just for fun, pastu kita dengar mula konfius hehehe...

    ReplyDelete
  5. cakap omputih tu ok laa.kalau kalau berhadapan dengan orang yang cakap melayu sesama kita, cakap je la dengan bahasa kebangsaan..kenapa nak tunjuk kan ke-inggerisan kita kat omputih tu..relax jer la waktu2 sengggang dengan bos tu...

    ReplyDelete
  6. kedai makan ni dekat rumah akak ke? menariks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai ni kat Bukit Tinggi Klang bersebelahan dengan Sekolah Teknik Klang...Meh kita kita gathers2 kat sini ....

      Delete
  7. menyelerakan sungguh mee hoon sup tu...
    nak buat bukan payah sangat tapi malas...
    tapi mmg nak buat jugak petang ni...

    ReplyDelete
  8. secara jujur, kakpah takut trcekik tulang sebab dalam satu filem melayu (dah lupa cerita apa) laki dia mati sebab tercekik tulang haha..
    za, orang yang tinggal di negara ni kalau tak pandai cakap melayu, memang patut dibagi penampar jepun. Eee.. meluat.

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails