Wednesday, June 20, 2012

Emas

Terus terang cakap, aku ni bukan jenis suka pakai barang kemas...
Nak beli jauh sekali apa lagi nak melaram laram...
Bukan nya tak pernah beli,tapi entah laa..bukan sejiwa kot...
Aku rimas bila memakai nya..pergerakan ku kasar..dan sering terlupa...




Dulu memang aku ada semua nya...tapi bila susah..bende tu asyik keluar masuk pajak gadai saja..
Bila time bonus, ambik balik...bila keadaan meruncing , masuk balik...
begitu lah keadaan nya, keluar masuk keluar masuk dan akhir nya tak keluar keluar lagi dah

Pernah aku di tanya oleh anak anak perempuan ku kenapa mereka ni tak macam sepupu yang lain,yang  bergayut kat leher,kat telinga kat leher kat tangan dan kaki...

Aku terus terang cakap, mak dan abah tak mampu nak sedia kan semua tu..
Yang kami mampu hanya lah beri pelajaran setinggi mana yang kamu nak...kalau kamu dah bekerja dan punya duit sendiri, beli lah untuk diri sendiri..mak dah tua,,,mak tak perlu kan semua tu.

Tetapi, aku lihat mereka pun tak kisah kalau tak ada pun..macam aku gak..kata nya rimas...simpan duit dalam ASB lagi baik kata mereka...

Tak kisah lah apa orang lain dan sedara mara nak cakap pasal aku ni yang kelihatan togel jer bila ke majlis kenduri kendara...Aku buat tak dengar jer..mata pun buat tak nampak bila mereka ni menayang kan harta berkilau kilau depan ku..

Kalau itu membuat mereka bahagia..elok lah tapi jangan memandang sinis pada mereka yang tiada...
Sebab kebahagian bukan nya terletak pada banyak dan tebal mana gelang rantai kamu semua..

Tapi...
Ada kala nya mereka ni macam pokok krismas pun ada...hehehe


 

Bukan niat nak mengecil kan hati atau menghina ya..
Ini pendangan makcik ni yaa...

6 comments:

  1. Lama makchaq tak mai sini..

    Lain orang lain kesukaannya kot..
    makchaq pun sama.. ada cincin kawin saja.. tapi dah tak muat dan tak pasti letak kat mana..

    Mak mertua makchaq sampai pernah tanya anak dia tak belikan apa2 ka kat makchaq..

    siap offer gelang dan cincin dia nak bagi makchaq pakai masa nak makan kenduri..
    tegelak makchaq... makchaq kata
    'tak celuih la mak.. mak kuruih kami gemok'

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam makchaq
      saya pun dah lama tak jenguk 'rumah' makchaq..
      sihat kaa...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. biarlah bersederhana , itu lebih bagus

    ReplyDelete
  4. kihkihkih..
    kak ezza.. umpama pokok krismas kan?
    sekarang ni membahayakan nyawa jika pakai barang kemas.... baik simpan dalam bentuk simpanan wang...

    ReplyDelete
  5. Nenek (kami panggil dia Mok) saya dulu memang pakai rantai besar. Kami yang suka bergurau ada usik dia, "Mok, berok hak bekeng (garang) tu tuan dia ikat dia dengan rantai besar kan? Mok ni bukan jenis bekeng, apa perlu rantai besar ni?" Tersenggeh je dia dan buat-buat macam nak pukul kami, "Hih, budok ni, aku tangkan (pukul)". That is how much our love for glitters in the family. Same la kita.

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails