Monday, November 29, 2010

Kisah benar ni....

Salam semua....

Hari ni mode rajin sikit melanda...pagi pagi lagi rumah ni harum dek nasi lemak dan sambal tumis ikan bilis..homemade cooking..

Lepas masak..aku pun makan sorang sorang...budak budak lepas subuh tadi..semua tidur balik...termasuk lah 2 orang anak sedara aku yang bercuti di sini....

Lepas makan tadi, aku berFb sekejap....lama lama mata jadi semakin layu..mulut dah menguap balik...adoii....mula lah ni...

Aku pun masuk balik ke bilik..amboi mak..aircond masih on...apa lagi....padam lah sekejap...bila sedar rupa nya dah tengahari...itu pun terbangun sebab PA talipon...hahahaha

Hari tu PA ada bercerita pasal kawan sekerja dia...dia ni jurutera...

2 tahun lepas dia menjual kereta Proton Iswara nya untuk membeli Vios baru....ok..semua berjalan lancar..

Setahun lepas, hidup nya terganggu kerana dia menerima berbagai surat dari bank, bukan satu tapi dua bank!

Surat supaya dia menjelas kan tunggakan kereta yang dia sendiri tak tau dan tidak pernah membeli. Dia cuma ada Vios dan tak pernah culas membayar...mula mula dia mengabai kan semua surat tersebut tapi hidup nya jadi tak tenteram bila ada panggilan talipon dari pihak bank..macam macam ugutan yang dia dapat..nak senarai hitam kan nama dia..nak bankrupt kan dia....dia
so dia pun buat siasatan....

kedua dua bank ni kata dia    ada beli Myvy...satu dengan loan PB satu lagi myvy C***...

Dia menafi kan yang dia ada beli...tapi pihak bank kata..itu bukan masaalah mereka...dalam perjanjian ada nama dan no IC dia...

Bila dia check tandatangan...tandatangan palsu rupa nya...bukan dia yang sain...
Bila bawak kes ni ke atas...mereka tak mau terima...so dia buat police repot...

Tapi tak ada susulan dari polis...padahal  dia dah bagi no kereta kedua kereta..dan pihak bank pun terus mendesak...tak tidur malam budak ni...

so dia buat siasatan sendiri..bersama kawan kawan dia..dia dah jumpa kat mana kereta tu...

bersemuka dengan tuan kereta tu..bagi sebijik penumbuk dan serah kan kepada polis....

Tapi..dia kesal sangat dengan pihak polis..dalam masa 5 jam...orang tu polis lepas kan....

Rasa nya dia dah jatuh...tak tau mana nak mengadu...

lalu sorang kawan mengesyor kan supaya dia buat laporan dengan Bank Negara...

Dalam seminggu saja..dia menerima khabar gembira...dia dah free dari segala hutang hutang dengan pihak bank tersebut..Pihak BNM telah mengarah kan kedua2 Bank tesebut membuat audit dan ternyata ada virus virus tegar di bahagian loan kereta ni yang bersekongkol dengan pihak used car! Pegawai pegawai tu terus di pecat!
Maka berdering2 kah hp kawan PA ni..memohon jasa baik dia agar menarik aduan tersebut....ha! ambik kau..sekarang baru nak fikir pasal anak bini....Pernah ko pikir pasal orang yang kamu anaiya tu? Susah senag orang tu selama ni....
Pernah kah mereka ni terfikir yang orang mereka tipu ni tak tidor malam memikir kan hutang yang tak pernah ujud tapi dia yang kena bayar!!!!

Betul!..Doa orang yang teranaiya di makbul kan tuhan...

Tulisan ini ada lah sebagai panduan ....
Kisah benar ni tau!

5 comments:

  1. Salam Singgah Kak Eza

    Cuaca sejuk ni sedapnya makan nasi lemak..homemade pulak tu ;)

    Ya Allah..ada jugak cerita macam ni..ishk macam2 sekarang. Jadi takut pulak, susah nak percaya sesiapa sekarang

    ReplyDelete
  2. Makan nasi lemak yang banyak lemak ..memang mengantuk dibuatnya. Alang percaya kisah benar Zah tu.

    ReplyDelete
  3. Satu entry yang berguna.. untuk yang bernaib malang.. tapi Ayoh Wang ada cerita pasal tidor lepas subuh ni.. Ezza tak baca ye?!! ke tak ambil pusing?..

    ReplyDelete
  4. Macam2 penipuan sekarang nih..
    TQ for sharing..

    ReplyDelete
  5. Nasi lemak dimakan dengan paru goreng... sedapnya Zah...

    Kasihan orang tu teranaiya...

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger