Monday, September 13, 2010

Saya tak minum air gas.....

Petang semalam.....


Assalamualaikum......

ku lihat ad 4 orang budak,2 lelaki dan 2 perempuan di depan pagar rumah.....

aku yang sedang berbaring kerana sakit kepala, bangun....

Mimi dan Hani melayan budak budak tu.....

Bila Hani ingin menuang kan air coke ke gelas mereka, budak lelaki yang agak besar dari yang lain tu berkata...

kak, saya tak minum air gas ni....yang lain tu minum...beri saya air sejuk saja....

Aku mendengar perbualan tersebut...

ko nak minum teh o tak..tanya Hani...

tak paa..air sejuk jer tak paa....

kenapa tak minum air gas,,,,sakit ker...tanya Hani..

saya nak periksa minggu depan...air gas ni tak elok di minum sekarang ni..boleh buat  kita lupa....

ko nak UPSR ke...aku mencelah...

ye makcik....lepas periksa  nanti baru lah saya minum..dia senyum...lembut bahasa budak lelaki ni....

Eh..akak pun nak PMR kan....dia tanya Hani...akak jangan lah minum air ni...Aku lihat Hani tergelak...memang dia baru nak meneguk coke ni.....

Aku tergelak...ko dengar tu Hani..budak kecik pun tahu keburukan air gas ni....di boleh membunuh urat saraf yang baru nak tumbuh di otak tu.....

betul makcik,,budak tu mengiya kan nya...

Sapa yang bagitau kamu hal ni...mak saya dan ustaz....kata nya...

Setelah makan sikit biskut raya...(syarat saja), dia pun meminta diri nak balik....

Aku pun dah ready dengan angpau di tangan....

semasa nak keluar dari rumah, sempat jugak dia berpesan dengan Hani yang sedang mengulang kaji pelajaran di meja makan...kak....ingat...jangan minum air gas tau!

Ishh budak ni...macam mak nenek laa....kata Hani....

Hahahahaha...padan muka ko.......

9 comments:

  1. kak ezza,

    saya pun tak minum air gas kecuali kalau terpaksa, bukan sbb takut urat putus tp sbb masa kecik selalu gastrik. Sampai la ni tak minum

    ReplyDelete
  2. emy
    akak pun tak minum ...sebab kalau minum jer nak terkencing jer...hahaha

    ReplyDelete
  3. Aunty Ezza,
    Saya pun tak minum air gas. (ada ke kucing yang minum air gas?) hehehehe.... purrrr....meow!

    ReplyDelete
  4. kakpah pun cukup takut nak minum air gas tambah2 lagi bila bejalan raya. takut perut terperanjat.

    selamat hari raya za..

    ReplyDelete
  5. Kak,

    Beri saya nama dan telefon no budak tu. Saya nak ajak datang rumah bagi lecture kat sesiapa yang berkenaan kat sini.

    ReplyDelete
  6. Salam Raya Zah,
    Alang pun tak minum air gas...tapi air 100+ minum juga bila cirit birit.

    ReplyDelete
  7. Salam Idilfitri Si Muffinbiru,
    I have a nephew who have a symptom of 'bengkak hati" (whatever it means) due to his daily consumption of carbonated drinks at a tender age of 6-7 years old .. luckily that symptom stopped after a few years of carbonated drinks abstinence..

    ReplyDelete
  8. baik nya budak tu, sbb tu bijak dengar nasihat ustaz dan ibu. hmm anak2 saya tak nak ikut nasihat emak, mcmana nak bijak. akan saya lampirkan post berguna ni untuk tatapan, pengajaran buat mereka. minta izin.. tentu bolehkan.. manafaat bersama insyaAllah. jazakAllahu khair :)

    ReplyDelete
  9. sdin,

    tak per...ambik laa..yang baik tu kita share ramai ramai....insyaallah..

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger