Thursday, April 12, 2012

Dia datang......

Selepas kenduri cukur jambul cucu,kaki memang terasa sakit..dah pergi klinik untuk rawatan...baik kejap..pastu sakit balik..Sabtu lepas kami ke Kota Tinggi Johor kerana anak buah bertunang dengan orang sana..walau pun sakit..aku diam kan saja..

Tapi semalam ada lah kemuncak nya..

Terus jem..tak boleh berpijak...kena papah kalau nak ke toilet...

Terus ke Hospital Klang...walau pun ramai orang tapi efficient lah gak tugas doktor yang ku lihat wajah nya serabai saja...Penat agak nya....

Doktor memberi kan aku suntikan di lengan..mula mula relaks jer..selepas di lepas kan ubat...amboi makk..pedih nyaaaaa

X ray di ambil...puas cuba membaca filem xray ni...huh...tak paham langsung..imej tulang kaki dan kepala lutut yang aku nampak....

Kembali ke klinik..doktor pakar tulang ada bersama...lutut makcik ada haus sikit..baru permulaan..
dan ini kan bertambah teruk lagi di masa hadapan...kurang kan berat badan ya,...
(memang dah tau dah apa yang bakal dia cakap tuuu..)

Kami bekal kan ubat tahan sakit..nanti makcik beli supplement kat Farmasi luar ya...

Bermula lah era makcik blogger yang ada artiritis......

10 comments:

  1. Adoi!!! Udah tak boleh nak mengejor anak-anak bulus ler macam ni. purrr....meow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm,tak yah kejor..jerit jer..hehehee

      Delete
  2. take care makcik blogger
    ikhtibar utk saya yang juga gebusss ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zany
      ya,,ambik iktibar dari pengalaman ni..rasa useless jer bila kaki ni buat hal...

      Delete
  3. Saya dulupun sakit-sakit juga kepala lutut ni. Pendek kata kalau jalan terhalang dengan anak tangga memang berfikir panjanglah sama ada mahu teruskan atau pusing balik sahaja. Hal ini saya ajukan kepada Dr. semasa buat check-up berkala di spital. Dr. diagnos perkara yang sama, 'makcik kena kurangkan berat badan (dah tahu dah!)'. Walau bagaimanapun, sudah rezeki agaknya Dr. saya masa tu baru dapat sample suplemen dari farmasi dan dia cadangkan saya cuba. Masa tu ada dijual oleh nurse di Klinik Otopedik. Alhamdulillah, lepas dua minggu makan, tangga tidak lagi menjadi penghalang. Bukan nak jual ubat, tapi boleh cuba dan sekarang banyak farmasi dah carry suplemen ni. Nama komersial suplemen ni ialah Condropil. Selamat mencuba untuk hentikan derita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wan F

      Sekarang ni tgh giat call anak anak suruh beli kan Condrofil ni...

      Delete
  4. Mudah2 cepat sembuh, dah dapat kembali bergerak seperti biasa, Ezza. Jangan lupa, cuba apa yang disyorkan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak Kamariah..
      Saya pun berharap dapat berjalan seperti biasa kembali...banyak lagi benda yang saya nak laku kan seperti ..naik haji atau umrah..Insyaallah..

      Delete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails