Thursday, February 23, 2012

Please laa...ini cara ku....

Aku ni malas nak tulis pasal politik ..
apa lagi kalau kat FB ..
bagi aku yang tak bekerja ni, Fb ni bagai kan tempat bersembang,tempat mencari kawan kawan lama dulu..
bukan tempat berpolitik ke apa..

Memang lah..masing masing ada pendapat sendiri...
Tapi tak payah lah nak di tulis besar2 atau share parti kesukaan dan kutuk parti lawan..
yang di maki hamun tu pun orang melayu dan agama Islam ..sama sama menyembah tuhan yang sama..
Itu yang aku tak suka...
sebab ini akan meretak kan persahabatan...



so..be safe laa..kita tulis apa yang kita pandang dan lihat..
tukar2 pendapat hal dunia akhirat..hal anak anak..
banyak lagi hal lain yang boleh kita update kan...
banyak bende baru yang boleh kita pelajari dari kawan kawan yang lain...

Maaf lah kalau ada yang tersentap...
Aku tulis ni from my bottom of my hearts...
Aku sayang agama ku, bangsa ku dan negara ku..
Jangan lah cerita hal politik berlaianan ini, menjejas kan persahabatan kita..
walau pun secuit di hati...

Assalamualaikum...


15 comments:

  1. Salam....
    Saya masih lagi baru dlm.blogging ni...tapi i really salute you for being so honest in giving your opinion.Memang le masing2 ada hak bersuara tp sampai putus silatul rahim jgnlah sekali pun. Tak payah la nak kutuk mengutuk. Life is too short to grumble n moan. Bersainglah dgn cara sihat ya..
    Tak suka jgn ikut, kalau suka kita terima dgn.seadanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Leezas

      kat FB akak ada sorang kawan ni suka sangat share apa yang kawan dia post kan pasal politik politik ni..letih lah nak layan..penuh timeline akak dengan bende2 macam ni...
      Akak dah terus terang ngan dia yang akak tak suka bende2 ni..dia siap cakap..If you dont like it, just delete me...kesian akak dengan orang macam ni...Adoiii
      Cakap salah tak cakap pun salah...

      Delete
  2. Aunty Ezza,
    Itulah pasal Mama tak kasi kita bukak akaun FB. Senang cerita. Bukan kah mencegah lebi baik dari mengubati? purrr...meow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aunty pun dalam perkiraan nak stop kan Facebook ni...ok tak?

      Delete
  3. Wa'alaikummussalam.

    Kakcik setuju tu Ezza. Tak payahlah kerana berlainan pandangan politik, sampai kita putus kawan. 'Orang-orang kat atas' tu senang lenang, kita duduk di takuk itu juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik,
      Malas nak layan pasal politik2 ni...boleh gaduh sebab nak pertahan kan 'siapa yang bakal duduk di PJ tu'..letih laa

      Delete
  4. Bagus Zah you cakap gitu..kadang2 cara berpolitik ni dah melepasi batasan..bahasa pun dah macam orang tak ingat dosa pahala.
    Kita sama2 Islam dan sebangsa..politik masing2 jer berlainan..jangan lupa..esok akhirat nanti bayar balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 01:24PM
      maki hamun, fitnah bermaharaja lela di kalangan orang melayu sekarang ni....masing2 membawa fahaman sendiri...Sedih sangat sebab yang rugi ialah bangsa kita jugak...

      Delete
  5. EZZA, begitulah. Pandangan dan pendapat tersendiri. Kita hormati tetapi jika tak sesuai, kita elak.

    Ada orang menulis tanpa sedar.

    I sejak dulu tak minat politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh langsung tak cakap pasal politik ni di kalangan keluarga dan kawan kawan...

      Dan juga tak mau baca...

      Undi itu hak kita..kita yang tentu kan siapa yang kita nak..so jangan lah buang air liur pi kempen sana sini...maki hamun dan fitnah memfitnah...sapa nak tanggung dosa kalau bende yang di tuduh tu tidak benar...Wallahuwaklam..

      Delete
  6. Slam Ezzah...betul tu...kadang terlalu taksub dgn satu2 parti hingga boleh menjejaskan ikatan silaturahim... org kata tak payah lah sibuk nak berkempen kat FB...sebab kita masing2 punya pendapat yg berlainan... kalau org tu dah suka satu parti tu...cakap ler apa saja pasal parti tu...memang tak berbaloi...jadi tak payah nak kutuk mengutuk maki memaki... kerana bak kata Ezzah...kita sesama Islam...menyembah Tuhan yang sama... masing2 dah berakal utk membuat pilihan mereka sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anie...betul tu...
      jangan sibuk nak canang kan kat semua orang yang parti yang di sukai kat FB...jangan lupa yang kita ni semua nya dulu sekolah jugak, punya akal nak memilih siapa yang kita nak...kekadang tu apa yang cuba si sampai kan tu tak logik..ikut persepsi sendiri..lepas tu maki hamun orang lain yang tak sebulu ngan dia...
      Dia lupa yang ada orang lain bertepuk tangan bila lihat bangsa kita berpecah...

      Delete
  7. asmkm makcik, saya setuju benar. di media cetak penulis professional kena jaga adab dan etika penulisan maklumlah ada editor potong. Yg blogger dan lain internet forum ni main lanyak.. so banyak lah dari segi perundangan membabitkan undang undang. Tapi si penulis masih menulis macam nak rak hamun maki, termasuk lah yg geng politik.
    Saya setuju makcik tulis, tulis lah pasal yang baik, sbb apa yg mereka tuliskan semuanya taasub dan cetek pemikiran. Kalaulah org kita sedar dan tahu sejarah dunia dan sendiri, mereka tidak akan jadi begini melawak. yang rugi kita juga.
    oh sekadar nak kongsi, tahukah beberapa negara memang untung dlm hal ni. semasa perang di eropa, rooo sia adalah negara yang bersimpati dgn kaum ia hoo di. Mereka menjadi musuh jer man yg utama sebab pembersihan etnik ia hooo di. Maka mereka banyak menerima pelarian ia hoo di. Sekarang mereka juga adalah baik dengan negara ia hoo diii. pemilik chelsea tu kan org ia ooo dii.
    IN -DEEE aa adalah juga baik dgn negara ia hoo di. Maka mereka menerima banyak kaum ini untuk beli tanah dan buat resort utk kaum ni bercuti. di waktu yg sama di zaman perang dulu mereka bersekongkol dgn org jer man.
    DSBNYA.
    KESIMPULAN- tapi mereka tetap untung ..mereka tak bising menghancur kan nama negara bangsa mereka. malah mereka berniaga senjata lagi ie: in dee aa dan ia hoo dii.

    kita masih terhegeh hegeh kutuk sana sini macam org gila.Patut tapi kita masih beri peluang perniagaan pd in - deee aaa.yg dikutuk adala zi - o - n- i s, tapi yg mengikut melatah macam hilang punca.
    lagi satu contoh, negara in-dee- aa majority pendapatan rakyatnya bekerja di negara arab.. bukan ka ironik?
    kita pulak sanjung la arab bah- lol ni bagai nak rak. tapi mereka ni semua parasite. kalau hudud dilaksanakan semua keluarga royal mka jalan dulu. thn setengah rakyat pun sama.. pura pura alim kucing..
    akhirkata, macam kawan jordanian saya, jgn ikut cara hidup org arab, anda perlu tahu orang arab dan sifat dan cara hidup mereka baru anda tahu kenapa perlu berjubah ber selubung. pokoknya kita jadi lah org msia, dan yg melayu jadi lah melayu, dan cina jadi cina, tamil jjadi lah tamil, bukan arab atau omputih... politik tu kalau tak sure 100 %jgn lah sebut...

    wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai antara kita yang tak ingin melihat caci mencaci sesama sendidri, akhirnya yang seugama berpecah. Eloklah kalau disuarakan perasaan kita.

      Delete
    2. terima kasih kerana memberi pandangan yang bernas...masing2 hendak kan kedamaian dan bersatu...Bersatu lah demi agama bangsa dan negara...

      Delete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails