Thursday, May 7, 2015

Emak dalam hati ku.....

Assalamualaikum....


Panggilan mak ibu amma  sekarang dah bertukar..mama mummy ummi...dan sebagai nya
tak kisah lah apa panggilan sekali pun...pada aku mak tetap nama keramat.

Mak dah meninggal dunia 20 tahun dulu..seusia dengan anak ku yang ke 6, Hani..

Mak pengidap kencing manis,jantung dan sebelum meninggal dia di diagnosis kan hati nya bertambah kecut atau mati...

Pada aku..mak seorang yang garang..amat garang...
tak pandai menunjuk kan kasih sayang secara nyata. 
Setiap kata kata nya ialah arahan. Tak ikut ada lah akibat nya.
Mengikut cerita nya ..masa kecil nya susah..bangun pagi kena mengadap pokok getah.
Dia tak ke sekolah. Buta huruf rumi tapi pandai baca jawi.
Bab duit dan mengira, dia cukup cekap...

Mak seorang yang suka berdikari, amat berjimat cermat tentang belanja seharian dan pandai menyimpan duit. Tak kira lah kat pejabat pos ke atau di celah2 tilam ke..dalam tin susu Lactogen ker..

Dia amat pandai memasak dan pandai membuat kuih.
Dengan kepandaian nya itu, dia rajin menjual kuih muih . Kuih nya sedap dan selalu habis.
Dia memang suka berniaga.
Dan dia pun suka pada duit.

Abah aku seorang yang rajin dan taat pada majikan.
dari pengutip getah di proses di kilang British yang terkenal suatu masa dulu hingga lah ke jawatan terakhir nya sebagai mandor kilang. Selalu outstation dan selalu pulang dengan gaji dan elaun yang banyak. Dan abah bukan nya lokek dengan duit. Semua gaji nya akak di serah kan pada mak kerana keadaan dia yang selalu tiada di rumah. Semua urusan rumah tangga di serah kan pada mak.

Aku rasa mak rajin berniaga kerana mengisi masa lapang nya bila abah tak ada. Kesunyian nya di isi dengan berniaga.

Mak selalu ke pasar borong dan kadang2 ke pasar Selayang. Pergi pasar seawal pagi dan pulang pukul 9 pagi. Basikal nya sarat dengan berbagai jenis sayuran dan ikan dan barang untuk berniaga.
Aku rasa kalau basikal tu boleh bercakap....memang menjerit2 lah basikal tu.

Kami tak punya motosikal mau pun kereta. 
Hidup kami tak susah dan takde lah senang sangat pun. Average jer. Tapi mak tak pernah putus duit.
Aku selalu nampak adek adek nya sering meminjam duit dari nya. 

Mak jugak pandai menjahit baju kurung dan membuat bunga bunga hiasan. Dia belajar dari kelas Kemas di kampung kami. Dia memang terang hati. Hobi nya menanam pokok bunga..memang keliling rumah kami penuh dengan pokok puding,bunga ros,dan macam macam lagi.

Semasa aku pindah ke Klang..setiap pagi dia akan talipon aku...mengadu hal anak anak yang lain...marah kan aku kenapa lambat angkat talipon..tanya aku masak apa..tanya bila nak datang rumah dia...

Aku banyak kali juga berkecil hati dengan dia...mak seorang yang out spoken..cakap depan2 tak kira depan sapa pun. Aku selalu beranggapan mak tak sayang kan aku. Double standard dan suka mengongkong kebebasan aku. 

Tapi bila  dia mula sakit sakit....baru aku tau hati mak..
dia memang tak pandai menunjuk kan kasih sayang pada aku..mungkin tak mau jadi manja dan tak pandai berdikari. Mungkin dia mau mengajar aku erti kehidupan jauh dari mata nya.

Masa mak meninggal..aku langsung tak mengeluar kan air mata...bila tengok dia dalam koma dan segala organ2 dalaman mula pecah..aku berdoa agar Allah mengambil dia dengan baik...Pulang lah mak...pulang lah pada pencipta mu...Kami akan mendoa kan mak selalu.

Setelah pulang ke rumah sendiri...tatkala malam..baru lah aku terasa kehilangan....tiada lagi mak yang nak bertanya kabar aku, tiada lagi deringan talipon pagi pagi...takde lagi sapa sapa nak marah marah kan dan pinjam kan aku duit bila aku keputusan wang.

Aku dah takde sapa yang boleh ku panggil emak. 
Ibu mertua tak sama dngan mak sendiri. Perasaan tu lain.

Walau pun abah dah berkawin lain dan adek2 aku memanggil nya mak, hanya aku saja yang masih panggil makcik.

Tak tergamak aku nak memanggil dia emak walau pun dia baik pada aku dan aku sayang pada dia.
Maybe one day...and i dont know when...

Sekarang aku dah menjadi seorang emak dan mak mertua. Dah jadi nenek kepada 4 cucu dan akan bertambah bilangan nya...
Harapan aku agar anak anak semua bahagia di dunia dan akhirat. Didik lah anak anak kamu agar menjadi hamba yang taat,anak yang taat pada perintah Allah dan kamu semua.

Selamat Hari Ibu kepada semua para pembaca  blog ini. 



My Mak..Allahyarhamah Hjh Sariamin Bte Said





Sama tak muka kami....






5 comments:

  1. Al fatehah. Kak teh pun terkenang mak kak teh bila baca tulisan Ezza. Thanks.

    ReplyDelete
  2. alfatihah untuk arwah ibunda. saya jugak teringat kat mak saya semasa baca ni, zah. my mom and i tak rapat langsung sebab saya dibesarkan oleh opah, tapi sayang tapi sayang.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ezza, apa khabar? lama tak menjengah sini..sbb Azzah pun dah lama tak berblogging..bila Kak Teh create SentraalStation kat fb ..terus tak toleh belakang lagi... rindu pada kawan bloggers semua ..

    ReplyDelete
  4. Al-Fatehah untuk arwah ibunda Kak Ezza. Azzah masih ada mak dan abah lagi ... bila baca ni terkenang dan rindu sangat nak balik kampung ...

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah merahmati mak kak ezza, ameen...

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails