Monday, January 14, 2013

Berehat sekejap ya......

Alhamdulillah...

Majlis menerima menantu abang PA telah selamat berlangsung di Dewan Taman Perpaduan,Ipoh Perak dengan meriah nya..siap pakai baju adat istiadat polis bagai..masa pengantin masuk di iringi oleh band polis...

Maaf lah ya, gambar yang di ambil ada lah kamera Hafiz,kami tertinggal kad reader pulak so tak boleh nak transfer gambar ke Laptop..kena tunggu dia upload gambar kat fb dulu..

Rasa nya ini ada lah entry terakhir saya setakat ni. Selepas ni saya akan bersiaran semula dalam bulan March ya...
Banyak benda yang saya nak laku kan sekarang ni...nak perbaiki diri..nak belajar ,nak menghafal dan kena perbanyak kan solat taubat,hajat sebelum saya dan suami bermusafir ke tanah suci kelak.




Terlebih dulu ,saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog saya ni kalau kalau tulisan saya pernah membuat kamu semua terasa hati dan terluka. Ampun maaf dari saya.

Doa kan kami agar dapat mengerja kan umrah dengan jiwa yang tenang,semuga Allah permudah kan segala urusan kami di sana,di beri kesihatan yang baik dan yang penting dapat melaku kan umrah dengan ikhlas hingga selesai. Kami  pergi bersama adik perempuan saya Ayu serta suami nya serta kakak kepada adik ipar kami...
Doa kan kami ya

Sekira nya adik adik dan kakak semua yang pernah melaku kan umrah dulu dan punya nasihat dan panduan yang baik,saya mengalu alu kan segala pandangan anda di sini. Tulis lah apa apa doa supaya kita dapat berkongsi pandangan untuk memudah kan first timer macam kami ni.
Saya jugak banyak melayari blog mereka mereka  yang pernah membuat umrah/haji ni..banyak info yang saya dapat. Semuga Allah memberi hidayah kepada kamu semua.

Selamat tinggal semua..Jumpa lagi ..InsyaAllah..

p/s
penerbangan saya selepas tahun baru cina...




14 comments:

  1. Tahniah.
    Semoga dipermudahkan segala urusan, dan semoga kembali dengan selamat.
    Doakan semoga kita semua dirahmati, mohon juga doa semoga semua anak-anak terang hati untuk belajar yaaa...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ezza...

    semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT buat Ezza dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. Ezza,
    Selamat berangkat ke Tanah Suci, Semoga dipermudahkanNya segala urusan Ezza, PA serta ahli keluarga yang lain. Doakanlah kami dimurahkan rezki dapat juga ke tanah suci satu hari nanti.

    ReplyDelete
  4. selamat menjalani ibadah umrah kak. semoga mendapat umrah yang mabrur..

    p/s nanti saya update tentang saie dan tahalul sblm kak berangkat, heee...

    ReplyDelete
  5. Selamat menjalani ibadah umrah, semuga semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  6. Mudahan amal ibadah diterima Oleh-Nya dan semua berjalan dengan selamat dan dipermudahkan.amin

    ReplyDelete
  7. AsSalam..menangis saya..Tahniah2..semoga dipermudahkan urusan pergi balik ke Tanah Suci.
    Semoga berjaya dapat Umrah mabrur..Ameen.
    Saya pun pinta maaf zahir batin yang tidak tehingga banyaknya.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah za. Semuga segala urusan dipermudahkan. Kpah doakan dapat mengerjakan umrah dengan sempurnanya...

    ReplyDelete
  9. Seronoknya.. Kak Ezza dapat sampai juga Insha Allah ke tanah suci. Saya doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. Saya pun minta maaf atas segala kesalahan dan keterlanjuran. Banyak banyakkan beribadat dan bertaubat kepada yg maha Esa.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... Selamat menjalani ibadah umrah, semoga mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan dan diberi kesabaran atas segala ujianNya... Sepotong doa ringkas dari ma agar dipermudahkan segalanya: Rabbiyassir wala tu 'assir, rabbi atmim bil khair.

    ReplyDelete
  11. Assalam Kak Ezza,

    May Allah grant you and husband the Maqbool Umrah. Amin

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Ezza,

    saya doakan semuanya dipermudahkan untuk akak dan keluarga. Tak dapat digambarkan dengan kata kata keindahan, kegembiraan, kekaguman ketika pertama kali melihat kaabah....

    tips yang saya boleh beri ialah : banyakkan solat taubat, redha and rebutlah segala peluang untuk beramal di sana...selamat pergi & selamat pulang kak.

    love ya.

    edelweiss



    ReplyDelete
  13. alamak lupa kak ezza...saya mohon ampun maaf ya kak ezza. take care sis.

    ReplyDelete
  14. Selamat mengerja ibadah umrah. Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan di tanah suci...

    Take care...

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger