Tuesday, April 27, 2010

Wajar kah pendidikan seks dia ajar di sekolah rendah..



Sambil makan tengahari tadi, aku mengadap TV3..WHI sedang membincang kan hal tersebut....

Sebenar nya bukan cara cara melaku kan seks yang di ajar, tapi pendidikan tentang lelaki dan perempuan...
yang buruk pada peringkat kecil di papar kan...
tapi wajar kah di buat untuk budak budak bawah 12 tahun ni.....

bukan kah dalam Islam sudah pun di beri kan garis panduan antara anak lelaki dan perempuan ...

Masa kecik kecik dulu aku ingat lagi, kami perempuan tidak tidur bersama abang atau adik lelaki..

Memakai pakaian yang bersopan walau pun di depan abang atau bapa sendiri...apa lagi kalau ke luar rumah..nahas la kalau mak tau kita pakai baju atau kain yang terdedah....

Mengaji Quran ada lah wajib...kalau ustaz atau ustazah mengadu perihal kita malas kat surau...siap lah ....apa ada depan mata jadi alat membantai...Adoiiiii.....

Rasa nya pendidikan di rumah ada lah yang utama....
ramai anak anak muda seusia 13 tahun telah melaku kan seks...kenapa, mengapa dan bagaimana...

salah siapa...

Rasa nya semua jari menuding ke ibu bapa....

anak tiada kawalan..sering memikir kan anak kita dah besar dan tahu apa yang dia buat..

Melepas kan anak anak yang masih muda bersama rakan rakan nya berhibur di hujung minggu...

Tiada rasa cemburu di hati ibu bila anak anak keluar dengan teman lelaki nya...

Dan memberi kan apa saja di minta oleh anak...dengan harapan anak akan mendengar kata...

Dan bapak bapak semua...

kalau isteri anda berleter dan bising kat anak tu, bagi lah sokongan kat isteri tu....

Jangan di salah kan isteri kerana asyik bising dan berleter hari hari....

Sebab kalau bapak bapak jadi begitu, anak anak tak hormat kat mak dia...segala nasihat mak dia tak kisah...

mereka akan kata , mak ni bising lah, mak ni kolot laa..mak ni tak paham laa tak macam abah...

Sapa akan di salah kan bila mereka dewasa, mereka akan berbuat begitu juga kat mak bapak....

Siapa kah yang akan menangis bila anak sendiri meninggi kan suara....

Fikir fikir kan lah.....

Ya..aku kekadang menangis juga....















10 comments:

  1. Masalahnya kekadang ramai anak-anak kecil ni sekarang diperlakukan oleh saudara-mara lelaki mereka sendri yang lebih tua dengan perkara-perkara yang tidak patut dilakukan. Oleh kerana perkara-perkara tersebut dilakukan oleh mereka yang konon-kononnya boleh dipercayai, maka anak-anak ini menyangkakan bahawa perlakuan itu perkara biasa. Sebab itulah mereka perlu diajar tentang apa yang boleh & apa yang tak boleh. Apa yang patut dilakukan jika perkara tu terjadi dsb. Ni berdasarkan kes-kes yang benar-benar berlaku di zaman di mana pagar-pagar dah tak boleh harap, selalu sangat makan padi...

    ReplyDelete
  2. Karenah anak2 sering membuatkan kakcik menangis - dan teringat kembali - mungkin beginilah perasaan ibuku dulu2...

    ReplyDelete
  3. Pi Bani
    sungguh tidak selamat lagi anak anak kecil yg sepatut nya di jaga dan di beri kasih sayang tapi di ratah oleh nafsu serakah saudara mara...orang sebegini elok sangat lah di buang ke laut untuk d jadi lauk jerung2 yang menanti....

    ReplyDelete
  4. Kakcik
    saya tidak tau kenapa anak anak kita ni kering hati pada orang tua....bertambah besar anak anak, bertambah sakit jiwa saya ni....

    ReplyDelete
  5. Anak2 ni.. depan mata bolehlah kita tegur & kawal..tapi bila dah masuk kolej & universiti dan jauh pulak drp kita, mcm mana tu?? pandai2lah jaga diri..hanya iman di dada yg boleh mencegah segala kemungkaran..tu pun kalau ada!!!

    ReplyDelete
  6. patut nya berikat pendidikan yg cukup sehingga mantap.. kemana saja pergi dia tak akan lupa diri..

    ReplyDelete
  7. Zah,
    Memang pun bunag ke dalam laut...haruan makan anak!

    ReplyDelete
  8. sukalah rumah akak yg baru ni!

    ReplyDelete
  9. Aunty Ezza,
    Anak-anak kucing senang je. Cukup umur, hantar pergi vet....POTONG!!! purrr...meow!

    ReplyDelete
  10. Ada pros and cons lah kak. Apa apa pun, saya prihatin sebab anak ramai.

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger