Sunday, May 1, 2011

Kuda Kepang..

Hari ni  aku ada 2 majlis kawin yang perlu di hadiri..
satu di taman yang aku diami ni..tema nya pink dan purple..pelamin pink..
adik beradik pengantin semua nya pakai baju pink,bapak pengantin pun pakai baju melayu pink!..
sampai bunga ros di meja pun warna pink!

Khemah nya 13 buah..mak oi panjang nya dan orang tua pengantin cuma duduk menanti tetamu di hujung khemah..
cuba bayang kan aku dan PA yang datang dari hujung sebelah sini..terpaksa berjalan hingga ke hujung sebelah sana untuk salam kaut...
gah betul majlis ni  tapi tetamu yang datang tak ramai memenuhi khemah...
dan makanan nya hmmm..biasa biasa saja..
sah lah mengumpat ni...aku yang datang awal dapat juga mendengar alunan marhaban dan nasyid dari kumpulan nasyid yang aku sertai dulu ..hambar saja..
.lagu nya tak berubah ubah...

Kemudian aku ke Sg Buluh kerana sepupu PA membuat kenduri menyambut menanti..
Abang dan kakak ipar PA pun sama menumpang...Pak mentua dan mak mentua dalam kereta lain..begitu juga adik ipar aku dan anak abang PA semua nya mengikut dari belakang.

Sampai sana kedengaran kompang sedang berbunyi..elok sangat lah tu..
sambil makan, kami di sapa oleh sau dara mara PA yang lain...
Ramai juga yang datang...

Setelah selesai acara bersanding...ada pengumuman yang tarian kuda kepang akan di adakan.
Rupa rupa nya budak budak kompang tadi yang akan menari..
Mereka ni ada alatan muzik tradisional sendiri..yang aku kenal cuma gong ,


Aku tak pernah melihat secara langsung tarian ini..PA cakap dia pernah melihat nya semasa di Singapura dulu.

Aku yang berbekal kan kamera henfon ni..berdiri di depan..nak ambik gambar lah konon nya..
Bila mereka sedang menari..biasa saja..mengikut irama gong tu laa..
lama lama aku bosan...dalam cuaca panas dan aku sudah berpeluh dari kepala hingga ke kaki...menitik2 peluh keluar...

aku cakap ngan PA..panas lah bang..saya nak duduk sana...
bila irama menjadi laju..aku lihat ada seorang penari ni semacam saja...urat urat tangan nya semua dah keluar dan dia seperti orang khayal saja...ada dua orang pemuda kelihatan melibas libas kan tali cemati..entah apa dia libas, aku pun tak tau..
Penari tadi di tenteram kan oleh salah sorang anggota kuda kepang tu...
Bila acara selesai..lega hati aku...
entah apa apa tah..aku tak faham apa bende yang mereka tari kan...

Aku pun bersembang dengan sepupu PA..tiba tiba muzik kuda kepang tadi di main kan semula...kali ni ramai pulak yang menari...
PA mengajak ke depan...

Aku perhati kan ramai yang berkeadaan khayal..mata terpejam rapat dan tarian mereka tak menentu!
Tiba tiba salah seorang penari itu menjerit dan membuang kuda kepang ..dia pulak macam kuda liar  lagak nya..membongkok tapi di terkam oleh salah sorang anggota kumpulan tersebut...
Sorang lagi tiba tiba macam kuda liar...tiba tiba belari ke arah tembok bukit...
Apa hal ni...keadaan cemas...ramai  lagi dah menggelupur...aku naik takut...
aku pergi jauh dari situ.

Muzik masih lagi berjalan..tapi aku dah tak boleh terima tarian sebegini...banyak unsur syirik..yang malang nya..ramai anak anak melayu yang menyertai nya...

Aku ada berbual dengan orang di situ...aku cakap..tak boleh lah bende macam ni di biar kan...mana tanggung jawap kita ni...
mereka cakap ini tarian tradisional.

apa pulak..kena ikut ke cara begini.. Kita ni orang Islam...tak kan nak di biar kan anak anak melayu  kita lemas dama tarian yang berunsur memuja syaitan ni...Tak boleh ni...

Tapi..Siapa lah yang nak dengar keluhan makcik ni....

Aku mohon pada kerajaan  kalau mereka boleh mengharam kan poco poco,yoga...sepatut nya Tarian kuda kepang ni dah lama di haram kan juga...

Baik aku tengok orang main layang layang....

5 comments:

  1. Kak Ezza, Tie ke kenduri kahwin di sini. Alhamdulillah, kenduri yang paling best pernah Tie hadir selama berada di Ganu ni.

    Bukan kerana makanannya yang sedap, tapi keselesaan para tetamu. Khemah besar 4 butir disusun rapat, meja bulat entah berapa buah dan kerusi banyak betul.

    Walaupun kita datang waktu puncak, 12 tgh, orang ramai, tapi nak makan senang je, meja buffet 4 buah, sekejap jer cedok lauk pauk, dan duduk makan... sangat suka.

    ReplyDelete
  2. Oh, lupa lak, bab kuda kepang tu... Tie pun gerun tengok. Memang tak sesuai laa, bagi kita orang Islam.. Baiklah belajar silat, tu pun kena hati2 takut silap ilmu...

    ReplyDelete
  3. i think dulu dah ada mufti yg kata kuda kepang ni ada unsur syirik...tapi now dah senyap je pun...

    ReplyDelete
  4. Mujur Ezzah tak mabuk dan pusing-pusing kepala ikut rentak lagu kuda kepang.Boleh khayal tau, semangat kuda kepang masuk ke badan kita.

    ReplyDelete
  5. salam, belah belah johor dulu kerap ada. di kampung kampung etc. pernah sekali, mereka naik sheikh, tak sedar diri, org baling bunga, dia mengamuk, berterabur org lari. ada tercicir anak sbb lari terkejut..
    itu di pertengah 70an . memang unsur unsur menghayalkan dan patut di hentikan..

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger