Assalamualaikum...
Hari ini 27 Ramadan..Cahaya Syawal bakal tiba..
Sedih bila bulan yang barakah ini makin lama makin dekat melabuh kan tirai..
entah kan saya dapat bertemu lagi pada Ramadan tahun depan...
Tahun ni juadah berbuka tak seperti selalu..banyak beli saja..
kerana yang nak makan tak ramai dirumah ni...
ada 2 anak berdiet tak sudah..
yang lain ada rumah sendiri..ada kelapangan baru berbuka di sini...
Yang selalu ada..si Apis dan keluarga nya..buat rumah ini jadi ceria bila cucu cucu ada...
Tak lama lagi aku juga bakal menerima cucu baru..
sedang menunggu hari saja ni...ini pun satu..tak sudah sudah dengan kerja nya....
Entah ya..perasaan beraya tak macam dulu....
macam macam perkara berlaku pada Ramadan ini..Flight MH17 jatuh terhempas di tembak di raung udara Ukraine timur....Semua penumpang dan anak kapal mati...tak samggup aku melihat air mata anak anak kecil menunggu ayah dan mama nya pulang......ibu bapa yang dah tua yang menanti anak anak mereka pulang beraya
Nun di sana..
anak anak kecil..wanita wanita dan rakyat Gaza di hujani peluru berpandu siang dan malam.
Kita di sini di hujani percikan bunga api....
Kezaliman Zionis sudah sampai kemuncak nya....tiada belas tiada kasihan..
tak nampak kah mereka warna darah yang mengalir tu sama dengan warna darah mereka...
Tiada perasaan kasihan kah rakyat Yahudi ni bila melihat tentera Zionis ni mereka membunuh sesuka hati?
Air mata ku sering tumpah setiap kali aku mendoa kan para mujahid palastine di lindungi Allah..
Aku tak dapat berbuat apa apa di segi fizikal..hanya dapat mengirim kan doa untuk mereka semua...
Selamat berbuka kawan kawan..
Selamat berhari raya kepada sekian muslimin dan muslimah ...
Maaf kan saya kalau ada tersilap kata terkasar bahasa.....
Salam Aidil Fitri, Ezza.
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir dam batin.. makcik.
ReplyDeleteanyway memang sedih bila kenang kan apa yang berlaku didunia.
Sewaktu mlm terakhir berbuka, saya cakap sambil kami duduk makan dengan akak,bayangkan satu ketika dulu sewaktu perang .. zaman bintang tiga memerintah, org kena tidur dlm semak malam malam dikampung kampung untuk mengelak dari kena tanam ubi atau culik... minta duit ..etc
bayangkan pula bila masih di koloni.. bila diserang tentera jepun masak dimalam hari adalah sgt berbahaya... dsbnya...
bibik saya cerita pula di negara jiran bila pemimpin introduced ideology, kepada org kebanyakan yg tak peduli dan tak sokong tengah makan mereka di seret keluar...
sekarang aman kita kena bersyukur