Monday, March 28, 2011

CERITA ADIK KU

Aku berkunjung ke rumah adik ku yang baru pulang dari Mekah bersama keluarga nya serta kedua orang tua ku.

Sambil meninjau kediaman nya yang sedang di ubah suai..kelihatan besar dan cantik rumah nya. Adik aku ni pandai dalam interior design, so pada ku segala pemilihan wall paper dan cat  serta reka bentuk rumah nya sangat bersesuaian.

Sambil minum air teh dan makan kacang2 yang dia bawa dari sana, dia bercerita perihal keadaan di mekah.

Semasa dia membuat tawaf....,hujan turun dengan lebat nya berserta dengan bunyi guruh. Ada yang bertempiaran lari mencari tempat teduh, tapi dia tetap menghabis kan tawaf hingga tamat. Tetiba dia melihat sesuatu yang dia sendiri tak tau...sekumpulan asap/awan hitan turun dari langit...banyak kata nya..bergumpalan....ia menuju ke menara jam besar bersebelahan Kaabah..berkumpul di situ....tiba tiba seakan dia bergerak seperti hendak menyerang Kaabah...ramai jemaah menjerit...Allahu Akbar,,bergema di sana....

Tiba tiba, seperti ada gelungan putih mengelilingi Kaabah...berpusing2...seperti menahan awan hitam itu masuk ke Kaabah...awan hitam tu bersungguh2 untuk menawan Kaabah tapi gagal..lingkaran putih yang berpusing2 seperti mengawal dengan hebat ...akhir nya awan hitam tersebut naik semula ke langit dan menipis..

Adik dan isteri nya terpegun melihat kejadian tersebut...langsung tak terfikir nak merakam kan kejadian tersebut walau pun I phone nya ada di bawa nya....

Apa kah maksud kejadian tersebut...cuma allah saja yang tahu tapi..secara logik akal manusia...kemungkinan awan hitam tersebut ada lah IBLIS dan lingkaran putih yang mengawal kaabah tu ada lah  Para MALAIKAT.

Mungkin Allah ingin menunjuk kan sesuatu pada hamba nya...

Ini ada lah cerita dari persepsi adik aku..mungkin ada orang lain yang punya cerita berbeza tapi bagi adik aku yang dah beberapa kali ke sana, ini ada ada lah pertama kali berlaku dalam hidup nya

Kita di sini sibuk memboikot barangan dari USA bila ada sesuatu perkara berlaku pada rakyat Islam di timur tengah..walhal..KFC,MC D n Starbuck dan burger King bersenang2 menunggu pelanggan di Tanah Haram.....


Aku...tengah sarat memikir kan nya...

Friday, March 25, 2011

Suka suka saja

Sedang aku menggoogle....aku jumpa satu website yang agak menarik....

meh kita share sama sama....





PANTUN- Marriage Life Before and After !!


Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. '
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere, better u got lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love'
After wedding
'you get on my nerves.

Before wedding
'you are sweet and kind just like Cinderella'
After wedding
'you are worse than godzila'

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you!

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la!

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or pontianak

.................................................................



Difference Between Love n Marriage


Love is holding hands in the street.
Marriage is holding arguments in the street.

Love is dinner for 2 in your favorite restaurant.
Marriage is a take home packet.

Love is cuddling on a sofa.
Marriage is one of them sleeping on a sofa.

Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.

Love is going to bed early.
Marriage is going to sleep early.

Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .

Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.

Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.

Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.

Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don't you think you've had enough!".

Conclusion: "Love is blind, Marriage is an eye opener!"

Wednesday, March 23, 2011

CERMIN LAH DIRI SENDIRI


Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:
“Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai sekarang ini sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:
“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri (‘ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM”.

“Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya”.

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa ‘ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita ‘perfect’ dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN
Riwayat: Muslim

Tuesday, March 22, 2011

CORETAN SEORANG IBU


Minggu ni semua tak sihat...batuk demam dan selsema...dan bersin tak sudah sudah sampai tekak pun perit.

Cuaca pun sekejap panas sekejap hujan...kalau hujan pun...masih panas meruap rasa nya...

Mudah mudahan minggu depan semua nya ok hendak nya...

sebab Jumaat depan anak lelaki ku akan menikah dengan pilihan hati nya...

Majlis bersanding akan di ada kan sehari selepas nya..

mereka ni dua dua anak sulung...

Semuga mereka berdua ni banyak bersabar dengan pasangan nya...

Terutama nya anak lelaki ku...

Tanggung jawap terhadap isteri jangan kau lupa...

kena terima buruk baik nya...begitu juga Nadhirah..terima Hafiz seada nya...

Hal hal rumah tangga jangan di besar besar kan....tangani masaalah kamu dengan berhemah...

Semua masaalah ada jalan keluar..Percaya lah...

Kepada anak lelaki ku...Abd Hafiz Bin Abd Aziz

Jangan kamu lupa pada ibu bapa mu dan adik adik mu..

Tunjuk lah teladan yang baik pada adik adik mu....

Kalau mereka memerlu kan kamu....bantu lah mereka...

Kamu lah tempat adik adik kamu bergantung bila mak dan abah tiada nanti...

Majlis menyambut menantu akan di adakan pada minggu seterus nya..

Tak besar..majlis kecil saja...tak ramai aku jemput...

Doa kan kami agar di permudah kan segala nya...

OK....

Hari ini aku masak kari daging dengan buah kelo//rumuggai

pertama kali buat taruk buah kelo ni...sedap pulak

juga buat sambal belacan dan goreng ikan masin..telor asin pengantin dan jering muda...

jom makan!

.

  






Saturday, March 19, 2011

Dalam Kenangan....

Allayarham Abd Hakim Bin Rohaizah

18th  March 1985-5th April 2007

kalau dia masih bernafas, usia nya dah 26 tahun.....





Al Fatehah....



Tuesday, March 15, 2011

PERGI.......





Banyak yang saya nak tulis ni...

macam macam perasaan ada ni...

Mula mula..hari khamis petang, kami menjenguk kawan PA di KPJ shah Alam...

Semalam dia di masuk kan ke icu sebab patah tulang kaki..patah 5...juga kesihatan dia menurun sekian lama...

cerita pasal dia pernah aku tulis di sini..

Bila aku  dan PA masuk ke bilik ICU, aku lihat tubuh kurus nya sedang tidur....wajah dan fizikal nya jauh berbeza dari dulu...sebak dada melihat nya....
begitu payah dia mengambil nafas..rupa2 nya kerongkong nya telah di tawan oleh sang Cancer...tidak mampu makan cuma minum susu saja....

Sedang kami berbicara dengan ayah nya, dia bergerak2..tersedar kerana batuk...dia memandang PA..begitu dalam pandangan nya...aku rasa kan bagai kan dia tertanya2 ada kah ini di dunia atau pun dalam kubur....

PA memegang tangan nya...Wan..ni Aziz...rehat lah....

Dengan suara yang agak dalam..dia memohon maaf dari PA...mintak maaf Ziz..

Dia memandang aku...tak sanggup aku melihat semua ini...aku keluar dari bilik dengan perasaan yang sangat sarat...air mata tak dapat di bendung lagi....

Di luar, aku mendapat kan isteri dan ibu nya serta kawan2 satu jabatan nya...

Ku peluk isteri nya ...dia pulak yang menyabar kan aku...

akak jangan nangis kak...dia memujuk...apa kan daya ku...aku sebagai seorang ibu dan pernah melalui saat saat begini begitu hiba dan sedih melihat dia...aku lihat semua staff RND pun sama sama menangis...

Kami pulang dengan janji akan datang semula...

Jumaat...

Hari ni abah makcik serta adik ku yang ketiga Rozman dan keluarga nya berangkat ke Mekah dan Madina kerana melaku kan umrah. Perjalanan abah dan makcik di tanggung sepenuh nya oleh adik ku Rozman.

Sampai saja di parking , baru perasan yang hp PA basah kerana air teh tertumpah atas nya...adoiii....

Penerbangan jam 1.30 ptg, jam 12.30 semua dah check in kami pun pulang lah ke rumah masing2...dalam perjalanan aku perhati kan hujan dan keadaan keliling tenang saja....langit ada masa nya cerah...tapi hujan agak lebat juga...aku rasa seperti ada sesuatu akan berlaku dalam cuaca begini....

Balik rumah..sambil baring2 depan TV, aku membaca footer kaki TV..ada gempa bumi kuat skala 8.9 telah berlaku di senden berhampiran Tokyo..dan amaran tsunami telah di keluar kan...Aku terkedu..bayangan di Aceh masih tak dapat aku lupa kan..sekarang ni yang ni pulak.....

Ya..bila bumi bergoncang,musnah lah semua nya....
Aku sedih melihat ribuan manusia mati ....

Teringat pulak aku satu berita di akhbar beberapa minggu yang lepas, mengata kan jarak bumi dan bulan sekarang ni begitu dekat..dan mengikut kajian akan berlaku lah banyak gempa bumi dan perubahan cuaca hingga tahun depan..

Sabtu
Aku tak sihat..dari pagi hingga petang ada kenduri kawin dari klang hingga ke KL..aku kuat kan hati untuk menghadir kan diri..aku paling tak tahan bila aku bersin berkali2 dan hingus mula keluar....tekak pedih dan aku tau yang aku akan demam....telan ubat selsema dan panadol dan aku tidur awal...


AHAD
Terjaga jam 5 pagi....hmm...badan letih..selsema dah hilang..tapi badan seram sejuk..

Hari ada 2 jemputan orang kawin..kena pergi jugak sebab kawan Alumni PA mengawin kan anak....

Cuaca panas terik...habis saja majlis, PA cakap dia nak ke KPJ...saya dok terbayang2 kan Wan Rizam kata nya....

Sampai di sana , dia dah di pindah kan ke wad..suara dia dah ok...tapi menurut isteri nya doktor kata diri nya  amat lemah..aku lihat perut nya membuncit...wajah nya dah berubah....telinga dan hidung pun layu saja...dia berbual dengan PA agak sukar sekali...PA memohon maaf berkali2 pada nya..dan membisik kan agar dia sabar dan berzikir,beristifar dalam hati....tenang2 kan perasaan kamu..berehat lah....

Kami pulang dengan hati yang berat...

Malam, ketika sedang makan malan bersama anak menantu, ada panggilan masuk ke hp aku...

Kak...kenapa hp PA tutup..banyak kali kami call...

HP PA rosak...kenapa

Akak dah tau ke..Wan Rizam dah meninggal!

Bila...

baru kejap...jam 915 malam ...

Innalillah  wa innalillahurojiun

Aku terdiam.....aku pandang PA...

Sepanjang perjalanan ke KPJ,kami senyap saja...

Pergi lah Wan....kami semua redha....Allah lebih mengasihi kamu

YA ALLAH..AMPUNI LAH SEGALA DOSA DOSA NYA DAN TERIMA LAH SEGALA AMALAN NYA...SESUNGGUH NYA KAU LAH YANG MAHA MENGASIH LAGI PENYAYANG.

Al Fatihah
.













Thursday, March 10, 2011

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra






Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan


Selamat mencuba


(to be continue)

Wednesday, March 9, 2011

Story of Appreciation

One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company.

He passed the first interview, the director did the last interview, made the last decision.

The director discovered from the CV that the youth's academic achievements were excellent all the way,
from the secondary school until the postgraduate research, never had a year when he did not score good grades.

The director asked, "Did you obtain any scholarships in school?" the youth answered "None."


The director asked, " Was it your father who paid for your school fees?"

The youth answered, "My father passed away when I was one year old, it was my mother who paid for my school fees."

The director asked, "Where did your mother work?"

The youth answered, "My mother worked as clothes cleaner."

The director requested the youth to show his hands. The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.

The director asked, " Have you ever helped your mother wash the clothes before?"


The youth answered, "Never, my mother always wanted me to study and read more books. Furthermore, my mother can wash clothes faster than me."

The director said, "I have a request. When you go back today, go and clean your mother's hands, and then see me tomorrow morning."

The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back, he happily requested his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, happy but with mixed feelings, she showed her hands to the kid.

The youth cleaned his mother's hands slowly.
His tear fell as he did that.
It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled, and there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother shivered when they were cleaned with water.

This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes everyday to enable him to pay the school fee. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his graduation, academic excellence and his future.

After finishing the cleaning of his mother hands, the youth quietly washed all the remaining clothes for his mother.

That night, mother and son talked for a very long time.

Next morning, the youth went to the director's office.

The Director noticed the tears in the youth's eyes, asked: "Can you tell me what have you done and learned yesterday in your house?"

The youth answered, "I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes."

The Director asked, "Please tell me your feelings."

The youth said,
Number 1, I know now what is appreciation. Without my mother, there would not be the successful me today.
Number 2, by working together and helping my mother, only I now realize how difficult and tough it is to get something done.
Number 3, I have come to appreciate the importance and value of family relationship.

The director said, "This is what I am looking for to be my manager."


I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of
others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life. You are hired.

Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates. Every employee worked diligently and as a team. The company's performance improved tremendously.

............................................................................................................................................................

A child, who has been protected and habitually given whatever he wanted, would develop "entitlement mentality" and would always put himself first. He would be ignorant of his parent's efforts. When he starts work, he assumes that every person must listen to him, and when he becomes a manager, he would never know the sufferings of his employees and would always blame others. For this kind of people, who may be good academically, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement. He will grumble and be full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying the kid instead?

You can let your kid live in a big house, eat a good meal, learn piano, watch a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experience it. After a meal, let them wash their plates and bowls together with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way. You want them to understand, no matter how rich their parents are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done.

You would have forwarded many mails to many and many of them would have back mailed you too ... but try and forward this story to as many as possible .. this may change somebody's fate...


--
Our first duty is not to hate ourselves, because to advance we must have faith in ourselves first and then in God. Those who have no faith in themselves can never have faith in God

Terima kasih Rodzie Roziah kerana membenar kan saya kongsi cerita ini.

Friday, March 4, 2011

Pesanan buat anak lelakiku...

Yang bakal menjadi suami....


bila suatu hari nanti kamu beristeri
ingatlah bahawa isterimu bukan abdi
padanya kasih wajib kau beri
nafkah zahir dan batin jangan sesekali kau pandang sepi

walau telah banyak wang kau keluarkan
isterimu sama sekali bukan hamba tebusan
bila langkah tidak seiringan
bukan bermakna kau harus mencari persimpangan

isterimu mungkin bukan pilihan hati
tapi dia jodohmu yang ditentukan Ilahi
belajarlah untuk saling mencintai
bukan kesalahan yang sengaja dicari-cari

kalau dia memang yang kau pilih
janganlah suatu hari nanti kau mula berdalih-dalih
rawatlah segala luka dan pedih
mekarkan kasih sehingga pulih

bila sudah hidup bersama
kongsikan segala suka dan duka
jalankan tanggungjawab besama-sama
bukan hanya tahu mengarah sahaja

kalau kalian sama bekerja
jangan kau cuba menjadi raja
bantulah tugasan di rumah sepenuh rela
agar isterimu boleh merawat dirinya

jangan nanti kau mencebik-cebik
kononnya isterimu tidak lagi cantik
sedang penatnya tak pernah kau telek
hanya yang kau tahu memekik-mekik...

apa saja yang kamu laku kan
mesti berlandas kan ajaran agama
mak abah dan adik2 jangan kau lupa
juga si puteh yang sudah tua...


(terima kasih kakcik kerana membenar kan saya copy)

Hari ini dah 27 tahun usia mu..


Wednesday, March 2, 2011

Aktiviti hari ni...

Ok....

Hari ni ..semua kerja rumah kena buat sendiri...

semua anak anak bersekolah pagi dan ada yang sampai ke petang...

tengok bakul kain penuh..hmmm kena sidai kain ni..kat belakang rumah tu....

Alamak..longkang tersumbat pulak...hissh,,macam macam ada dalam nya...eh! peyapu pun ada dalam longkang...

Pi ambil cangkul kat depan kejap....

sapa lah simpan air dalam besen ni..tengok dah ada jentik2 ni...buang air dalam besen dan tangkup...

sini rupa nya sabun mop lantai....patut lah puas mencari ahad lepas tak jumpa...ni mesti kerja PA..

dia mop ruang depan minggu lepas ni...

pi ke dapur semula....mak oii..penuh dengan kucing....

shoyhhhh......ko ingat ni rumah ko ker....aku cakap ngan kucing.....

kemas kan longkang dulu...bila air dah jalan...sambung sidai kain....

ramai pulak menyidai kain jam ni...bersembang lah pulak ..sambil menyidai...

wooi sana..wooi sini....meriah jugak makcik makcik ni...

Oppps...aku nampak orang kebas kayu tukang buat rumah sebelah ni...amboi.......sampai dua kali angkut....

aku pandang dia, dia pandang aku...

aku kenal dia..suara kemain garang...tapi cilok kayu orang...hiiii

mesin kain lain pulak...keluar kan ikan,,,,

hmm..nak masak ikan ke, ketam ke, tulang lembu ke....emmm aku keluar kan ketam lah..

dah lama tak makan ketam...

Malam tadi aku suruh Zira cuci pinggan..hmmm...dia tak buat....

penuh dalam sinki...pantang betul aku ni...

lepas ni nak menyapu rumah dan mop....

nak kemas barang  barang yang beli semalam...

nak kemas rak buku...

tapi..

macam mana nak buat kalau asyik mengadap pc ni....

Hahahaha....

Adoi mak..berangan je makcik oii


.....................................................................

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger