Friday, April 29, 2011

Rambut

Aku ni nak cerita pasal rambut.

masa sekolah, aku gemar berambut pendek...

potong ikut fesyen artis barat laa...

pastu bila dah kerja...aku mula simpan rambut panjang...

lepas sekolah, aku pernah kerja di Metro Jaya...

kerja shif...campur ngan pekerja India dan cina...

Satu hari..aku rasa kepala aku gatal sangat....

macam ada bende berjalan jer atas kepala...

asyik tergaru garu saja....

Bila balik kerja, terus aku cari sikat kutu..

untuk memudah ka kerja menyikat rambut, aku pakai minyak rambut Bylcreem abah aku...

habis ku gosok satu kepala...lepas tu aku rapi kan rambut..kalau kusut susah nak pakai sikat kutu...

sekali raut, mak atok!...penuh sikat kutu tu dengan atok nenek mak bapak dan anak anak kutu....

berdecit decit bila kena tindas...

lepas tu mak ambik alih kerja ni...sikat punya sikat..sampai pedih kulit kepala aku dia kerja kan...

Di sebab kan rambut aku panjang dan susah nak sikat, di capai nya gunting dan terus kerat pendek...

menangis guling2 aku...kenapa mak kerat...ko tau lah macam mana dia kerat..di cekak nya rambut aku dan terus gunting...waaaaaaanya,

Mak buat derk jer..

esuk nya abah bawak ubat kutu dari klinik tempat kerja dia...busuk ubat tu tapi mujarap betul...

Lepas tu..aku dapat kerja di pejabat...

Aku pun simpan rambut panjang sampai ke pinggang.Rambut aku ni  lurus dan hitam serta lebat...

Sampai lah aku kenal ngan PA...bangga wo kalau rambut panjang ni....Ayu ayu gitu ler...

Ye lah, time dulu mana ada pakai pakai tudung pun...

Kalau nak bas, mesti kena tegur dengan orang belakang..

Adik..ikat lah rambut...habis kena muka orang laa...

bengkak je aku...hehehehe

Tapi lepas aku nikah dengan PA ni ..aku terpaksa potong rambut ....

Ko tau lah kenapa kan..asyik kena gelak kat opis jer..

rambut basah!

Sekarang ni tak lah..rambut lurus aku dah berubah pulak jadi berombak ombak..

dan tak macam dulu dah....putih jer...

Dulu aku selalu suruh anak aku cabut uban...

Tapi sekarang kalau aku suruh carik uban, anak aku cakap..mak..apa kata kita cari rambut hitam jer....

yelah..kita dah tua , kan......huhuhu

Monday, April 25, 2011

Mimpi....

Seorang sahabat lama telah berkunjung ke rumah aku minggu lepas.

Datang membawa khabar bahawa puteri nya akan melangsung kan perkahwinan nya tak lama lagi.

Aku mengajak dia singgah ke dalam..tapi dia enggan..cuma di bangku depan saja.

Banyak lagi rumah yang perlu dia singgah dan hari semakin petang.

Selepas bersalam, dia pun berlalu pergi.

...............................................

Aku rasa aku berada di sebuah rumah...

Aku ke dapur nya dan ku lihat keadaan dapur nya yang kotor.

Aku pun segera mengambil penyapu dan segera membersih kan rumah itu. Ku buka pintu belakang rumah tersebut..cuaca gelap dan sejuk...Rasa nya hari dah jauh malam...

Sedang aku membersih kan kawasan luar nya ...aku terdengar suara bayi menangis...

Makin lama semakin dekat..aku dah mula cuak!

Tiba tiba ketakutan ku datang menerpa, lantas aku segera masuk ke dalam...

Tiba tiba....aku terasa tangan ku di sentap...terasa sejuk..

dan aku pun segera melawan...ya..aku bergelut dengan perasaan ingin melepas kan diri...

Tiba tiba, aku rasa diri ku berada di tempat yang asing..telinga ku rasa berdesing dan kembang..badan ku jadi  keras...aku seperti di dalam sebuah gaung dan aku cuba sekuat hati untuk melepas kan diri....

Sekuat hati aku cuba menjerit..aku nampak PA..aku panggil nama nya tapi dia tak dengar..

Aku dah kesejukan dan ketakutan..aku rasa seperti aku memanggil PA..

tiba tiba aku terdengar suara...Zah Zah...kenapa ni...apasal ni....

Aku pandang wajah nya...dan aku pegang tangan nya,,,saya takut laaa...

Lantas aku menepuk bantal di kepala 3 kali dan memusing kan nya...

Dan segera aku membaca Al Fatihah,3 Qul dan Ayatul Kursyi...

Baru lapang rasa dada...

Kenapa Zah..tanya PA berkali kali..

Ermm..besok jer cerita  laa...

...................

Sebenar nya aku melihat wajah kawan ku itu di dalam mimpi ku malam tadi...

Dan baru teringat dalam pertemuan aku sebelum ni dengan kawan lama ku itu...aku mengalami perkara dan mimpi yang sama...dan wajah nya menjelma dalam mimpi ku.

Kenapa dia ingin menduga aku....

Aku tak pasti..kami baik baik saja...

Aku serah kan pada Nya untuk berlindung...

Aku berlindung dari Nya dari Syaitan yang di rejam..

Dan aku ....masih tidak faham....

Sunday, April 24, 2011

Mak

Hari ini genap 16 tahun mak pergi...

Aku masih ingat lagi sebab aku yang mengadap dia di saat dia pergi...

Mak pergi dalam keadaan koma ....pergi selepas azan maghrib...

Tubuh mak yang menjadi besar akibat buah pinggang nya tidak berfungsi...kelihatan air keluar dari ruang2 roma nya..

Sebenar nya mak ada penyakit kencing manis..tapi punca kematian ada lah di sebab kan kegagalan hati nya.

Hati nya menjadi kecut dan hancur akibat hepertitis B.

Air mata ku tidak keluar bila melihat jasad mak di mandi kan, di kapan dan di semadi kan..

Aku cuma melihat dengan sayu...kerana aku tahu dia berjuang untuk hidup..tapi kalah pada takdir.

Setelah aku pulang ke rumah sendiri selepas tahlil tiga hari di rumah nya, baru aku terasa kehilangan nya.

Baru aku tahu erti kesunyian....aku menangis bila aku mau tidur, bangun tidur dan bila memandang talipon.

Sebelum dia sakit..boleh di kata kan saban hari dia menalipon aku...jam 9 pagi talipon di rumah pasti berdering.

Macam macam dia akan repot...selalu nya hal adik aku Ayu dan anak anak nya..hal kakak dan adik nya di kampung dan ayat yang paling biasa ....Zah..ko tak balik ke minggu ni....

Kadang2 dia memarahi aku...ko ni kalau aku tak talipon...jangan harap lah ko nak cari mak..jimat betul ko pakai talipon ya....

Aku ni bukan nya apa...anak2 masih kecik..terlari sini sana...macam macam nak buat...so kalau tak penting..aku tak ada lah talipon...lagi pun kos talipon ni mahal..

Ada masa nya, aku saja tak nak jawap...udah tak tau apa yang aku nak cerita lagi...aku suruh anak anak yang jawap....mak pergi kedai nek...kata budak budak ni...

Tapi bila dia dah tak ada...baru aku tahu erti sunyi..tiada deringan talipon dari dia...kadang kadang tak da sapa pun yang talipon aku bertanya kabar.

Mak pergi dalam usia 55 tahun.

Alfatihah buat Hjh Sariamin bte Hjh Lijah


Aku masih rindu kan masakan rendang mak....

Ikan dan gaji

Tadi aku ke  ekonsave..beras,nescafe minyak sabun semua dah habis...nampak shelltox,aku abik satu gak..nyamuk banyak sekarang ni...

Rasa nya itu jer yang aku beli...tapi yang bayar nya si Alin...

tahu berapa harga barang barang tersebut? Semua nya lebih dari RM100...termasuk 3 helai plastik pembukus..terlupa yang hari ni hari sabtu....

kira lah berapa bende yang aku beli ni....

Mahal kan....kecik nya duit sekarang ni...

Kalau ke pasar basah..pasar tani..harga ikan sayur dan daging pun melambung naik...

selalu nya aku akan bawa rm100...beli lah ikan ikan biasa jer...kembung, sardin,selar...jangan ingat murah ya..kembung sekarang ni dah lebih dari RM10 se kilo..sama jer dengan harga ikan lain...

Kalau pari,senangin,jenahak tenggiri  dan merah...mak oii....lebih dari RM 20 sekilo....

Ketam dan udang putih pun melambung harga nya....pegang je lah ketam tu...bila tanya harga..aku letak balik...

Ni aku dengar..ada orang cakap jangan di beli ikan dari pasar borong ni...mereka taruk ubat supaya ikan nampak segar bila kita beli..

sampai rumah ikan akan berbau busuk...aku rasa ada betul...pernah kena banyak kali...

Tu sebab aku suka beli ikan di pasar tani....biar lah mahal sikit tapi segar....

Mahal ke murah...kita tetap kena beli...kadang kadang tak berbaki duit gaji ....

Macam mana lah kalau PA dah pencen nanti.....

Hmmmmm

Friday, April 22, 2011

Mengurus kan badan cara sihat

Perubahan gaya hidup penting dalam mencapai impian untuk kurus secara berkesan dengan cara yang paling murah.

Baik dari segi pemakanan dan amalan senaman harus diberi keutamaan kerana inilah yang menyumbang kepada pengurangan berat badan yang diinginkan.
Jangan sesekali kembali kepada gaya hidup yang lama apabila telah mencapai berat impian kerana ia bakal mengecewakan kita semula.

Untuk mengetahui sama ada seseorang itu terlebih berat badan atau berat yang ideal untuknya, pertama, timbang berat badan dalam kilogram, kemudian ukur tinggi dalam meter. Kira Indeks Jisim Badan (BMI) dengan membahagikan berat (kilogram) dengan tinggi (m2).
BMI bagi individu normal harus kurang daripada 25. Sebaliknya, jika BMI 25 hingga 30 bermakna individu tersebut terlebih berat dan memerlukan diet dan senaman. Manakala BMI lebih daripada 30 ialah obesiti.

Perunding masalah berat badan, Dr. Mahathir Mohamed berkata, ukuran BMI penting dalam mendapatkan sasaran jumlah berat badan ideal bagi seseorang yang mengalami masalah berat berlebihan dan ingin memulakan sebarang program diet atau menguruskan badan.

Katanya, setelah tahu apakah berat badan ideal yang ingin dicapai, maka ujian darah harus dilakukan.
Ini bagi mendapatkan profil mengenai kandungan darah, fungsi buah pinggang atau ginjal, fungsi hati, kolestrol, kandungan gula dalam darah semasa berpuasa dan analisis air kencing.

''Ujian hormon turut akan dilakukan kerana ketidakseimbangan hormon juga berkemungkinan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan ketidakupayaan untuk mengurangkan berat badan.

"Selalunya pakar menentukan ujian hormon yang perlu diambil oleh seseorang bergantung kepada sejarah dan ujian fizikal.

''Ujian profail hormon tiroid sebagai contoh, penting bagi mengetahui ketidakcukupan fungsi tiroid yang menyebabkan kenaikan berat badan.

"Hormon lain yang memain peranan dalam pengurangan berat badan dan pengekalan termasuklah hormon tumbesaran, DHEA, estrogen, progesteron, testosteron, kortisol, insulin, leptin dan ghrelin,'' katanya ditemui di Klinik Mempermuda Kulit dan Anti Penuaan, Timeless, di Kelana Jaya, baru-baru ini.
Menurut Dr. Mahathir, kekurangan hormon perlu diganti bagi mendapatkan tahap yang optimum bagi memastikan kejayaan.

''Satu lagi yang menentukan kejayaan pengurusan berat badan ialah diet. Diet mudah yang perlu diikuti ialah menghapuskan pengambilan gula, makanan manis termasuk coklat.

"Setiap kali membeli makanan baca dulu label tentang kandungan bahannya. Jika ada kandungan gula di dalamnya, dinasihatkan tidak membelinya dan setiap makanan harus mempunyai ketiga-tiga kumpulan makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak.

''Dapatkan glycemic yang rendah daripada buah-buahan seperti epal, pir, jambu batu, aprikot dan kiwi, sayur-sayuran dan kekacang.

''Sebaliknya, ambil protein daripada ikan, ayam, daging, telur dan taufu. Lemak yang baik pula daripada minyak zaitun manakala omega-3 pula boleh diperoleh daripada minyak ikan dan minyak kelapa dara yang mengandungi medium chain triglycerides,'' jelasnya yang turut mengalami penurunan berat badan dari 104 kilogram ke 80 kilogram manakala isterinya turun dari 68 kilogram ke 55 kilogram setelah mengubah cara hidup dan mengikuti program yang dicipta olehnya.

Menurut Dr. Mahathir, diet yang sesuai ialah diet yang berkalori rendah. Sebagai contoh, program 500 hingga 800 kalori yang lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh badan untuk bertenaga dan sihat.

Dua minggu fasa intensif

Minum pagi: Mihun sup dicampur dengan ayam, bebola ikan dan sayur. Kurangkan mi sebanyak satu mangkuk sahaja. Minum air kosong.

Makan tengah hari: Sup ayam yang mengandungi protein, lemak dan vitamin) dicampur dengan air (kira-kira 250 kalori)

Makan malam: Tom yam, banyakkan sayur.

''Ingat, minum banyak air kerana banyak orang menyangkakan mereka lapar tetapi sebenarnya mereka hanya dahaga. Selepas minum, anda tidak lagi lapar. Selain itu, ia membuatkan anda hidrasi dan mengeluarkan toksin di dalam usus.

''Dicadangkan mengambil multivitamin yang kaya dengan chromium, selenium, zink dan vitamin E bagi memperoleh nutrisi yang lengkap.

''Selepas dua minggu, anda akan mendapat tenaga baru dan berat badan anda berkurangan,'' katanya yang mula sedar untuk menguruskan badan setelah kehilangan ahli keluarga pada usia akibat sakit jantung.
Tambahnya, langkah kedua, anda kini boleh makan dua kali iaitu sarapan pagi dan makan tengah hari tetapi tanpa gula, tinggi protein yang diperoleh daripada sayuran dan glycemic rendah daripada buah-buahan.
Selalunya, orang Malaysia pasti akan merindui nasi. Namun, anda boleh menggunakan beras glycemic rendah seperti basmathi.

''Nasihat saya untuk mengambil suku pinggan sahaja nasi manakala yang lain dipenuhi dengan sayur-sayuran, ikan atau ayam. Anda boleh mengambil satu buah-buahan glycemic rendah setiap kali makan seperti epal. Juga, makan ayam tanpa kulit.

''Ambil penggantian makanan berat untuk makan malam seperti sup supaya perut anda tidak bekerja keras semasa anda tidur,'' katanya.

Pada masa ini mulalah melakukan senaman untuk membina otot. Senaman Tabata adalah sesuai pada tahap ini. Berenang juga adalah senaman yang boleh mengurangkan berat badan, menguatkan kardio dan ketahanan badan.

''Ingat, anda seharusnya mengurangkan lemak dan otot-otot semasa fasa pertama dan inilah masanya untuk menggantikan otot tersebut. Anda tidak akan mahu kulit yang melendut di tubuh.

''Lakukan perkara yang sama pada tahap kedua sehingga anda gembira dengan berat anda. Ini mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan tetapi diingatkan jangan cepat sangat turun kerana anda perlu membina otot dan mengelakkannya daripada melendut. Jika hanya turun 5 kilogram, anda telah menambah lima hingga lapan tahun usia hidup yang sihat,'' ujarnya.

Selepas tiga hingga empat minggu di tahap kedua, fizikal aktiviti anda meningkat, bolehlah makan snek yang merupakan buah-buahan glycemic rendah antara pukul 11 pagi dan 4 petang untuk menstabilkan gula dalam darah dan hormon.

Apabila berat badan yang diidamkan telah diperoleh, kekalkan dengan pelan makanan sihat yang sedia ada dan teruskan senaman. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, hubungi 03-78808486.

sumber : utusan

Thursday, April 21, 2011

Bila pulang nya tidak di nanti

Sedang kami berbual bual sambil makan kueh putu piring
 yang kami beli dari pasar malam dan menghirup teh tarik di kesejukan malam selepas hujan lebat petang tadi, tiba tiba telepon berdering...Tuan rumah bergegas mengangkat talipon dan menjawap nya di dalam rumah. Tiba tiba dia memanggil isteri nya...air muka mereka berdua berubah...

Si isteri keluar dan bercakap dengan suami nya dan kami berdua...dia balik cuti dan dah ada di komuter PK..minta tolong ambil kat sana..Sapa yang pergi ambik ni..suara suami nya kedengaran agak marah. Minta tolong ajis ni..boleh tak ...
boleh boleh..kata suami ku...

Dengan hati yang tidak rela, pergi lah mereka berdua ke PK..

Dalam masa menunggu tu, dia berkata dengan ku..akak rasa dia buat hal lagi ni Zah..
mesti dia buat hal yang sama ni..kalau tak , tak kan dia balik mengejut ni...

Aku memang dah tau masaalah budak ni...bukan kecil masaalah nya, bukan sedikit hati dia suami isteri ini calar menahan derita.

Aku sendiri tiada kata kata untuk menasihati nya...dia lebih tahu..lebih mengerti..dan menanggung segala gala nya kerana perbuatan anak  yang tak berguna. Malu jangan cakap laa..Air mata nya bagai kan empangan yang pecah bila bercakap pasal anak nya ini.

Tapi di sebab kan perasaan seorang ibu ...mana mungkin dia tidak menerima anak sendiri kembali. Biar pun pernah di herdik, di lempar kata kata kurang ajar terhadap nya,  masih mau menerima dia kembali..walau pun dia tahu apa yang bakal terjadi..Si ayah terang terang tak mau dia kembali...masa dalam kereta, langsung tiada kata kata yang keluar..senyap sunyi jer dalam perjalanan tadi..

Ini lah bahagian masing masing. Aku pasti setiap keluarga pasti ada cerita tidak enak tentang anak anak...ini lah yang di kata kan cabaran hidup.

Aku berdoa agar anak nya itu dapat merenung perbuatan nya selama ini......
umur pun dah menghampiri 30..
sudah sudah lah menyeksa mak dan ayah...
Bertaubat lah....
Pandang lah wajah emak dan ayah kamu...
mereka dah tua..dah lelah..

Kalau tak dapat menolong pun,
Jangan lah di tambah bebanan mereka...

Cukup cukup lah tu......

Monday, April 18, 2011

Pendapat makcik ni laa

Aku nak tulis sesuatu yang dah lama aku nak tulis...

Tapi ini pendapat aku laa...

aku tau aku ni bukan nya pandai sangat pun...

ni pasal budak budak yang tak minat nak belajar ni..

madsud aku yang tak boleh nak coop mata pelajaran yang di ajar kat sekolah ni...

bila dapat keputusan di repot kad..memanjang dapat D dan E...gagal!


...tapi..kita suruh mereka pergi sekolah gak...

Yelah..nak buat apa lagi kan..



Ok...dari awal lagi kita dapat kesan..anak anak yang bermasaalah begini..

Ada yang membaca dan mengira pun tak lepas..masih merangkak rangkak lagi..

kadang kadang budak budak ni tunjuk protes..mereka tak faham dan tak minat ke sekolah yang mementing kan gred...

ini lebih ketara di kawasan luar bandar dan banyak juga dari  kawasan bandar yang padat dan ibu bapa yang berpendapatan rendah.

Kebanyakan anak anak ini ke sekolah hanya untuk suka suka saja, atau sampai sekolah mereka berkumpul dan menyusah kan cikgu dam pelajar yang lain..

atau yang terang2 ponteng sekolah.....mula belajar menghisap rokok dan akhir nya..hisap yang lebih advance..

Kemana arah budak budak macam ni akhir nya...

Pada aku lah..sekolah lebih tau mana mana murid yang bermasaalah ni...tapi dah sistem pebelajaran kita dah macam tu...sapa yang nak ubah kan...

Aku rasa lah..kalau budak budak ni tak minat belajar ...sebaik nya mereka ni di masuk kan ke kelas kemahiran saja..

contoh nya...
kelas bermain muzik...
yang paling murah..gitar..

Budak2 memang suka main gitar..so ada kan kelas muzik yang asas..
atau yang minat menari tradisional..ajar kan menari..

yang minat menyanyi...ajar kan menyanyi..
ajar sekali note note music sebagai wajib...
mesti pas belajar note..tapi mata pelajaran  Agama kena belajar lah..wajib!

kemudian baru persembahan..

ada yang minat menjahit or memasak ke..
lanscape design ker..
repair komputer ker
belajar yang asas saja..
dan akhir tingkatan 5
ada kan ujian untuk perkara yang mereka belajar saja..

Ya..mesti ada yang cakap..
kat sekolah teknik dan vokasional ada..

tapi sekolah macam tu semua nak result PMR yang bagus..

Aku kesian tengok budak budak macam ni.. kebanyakan nya anak anak melayu

tak tau mana hala tuju..

Mak bapak asyik nak marah jer..ye lah..sapa yang tak marah kalau anak tak mau belajar..kita risau kan masa depan dia..nak kerja apa kalau dah dewasa..

Tapi marah marah mak bapak ..hulur kan wang saku gak...

Itu sebab ramai anak anak ni tak reti kerja susah..semua nak senang jer...
tak nak kerja tapi nak duit banyak..

contoh..kerja senang tapi dapat duit banyak..

jual dadah, curi motosikal..meragut..pecah rumah..pinjam ah-long pastu mak bapak kena bayar...

Banyak yang kena ubah dalam sistem pebelajaran negara kita ni..mula kan dari awal...

Macam lah Menteri Pelajaran nak baca blog aku ni...

Hmmmmmm.......

Thursday, April 14, 2011

Masak.....bila mula nya??

Salam


Bila kah masa paling sesuai untuk belajar memasak?....




Hmm ntah la...anak anak aku ni semua nya start dengan masak air...lama lama..goreng telor mata kerbau...masak nasi dengan periok nasi karen laa...

Aku dulu kena paksa masak...masak nasi pakai dapur biasa jer,,kadang2 sampai rentung..apa tak nya..tenggek nasi pastu sambung main batu seremban laa, main skipping laaa...main teng teng...
Tiba tiba bau semerbak hangit!

Pastu..terdengar lah laungan mak marah marah...kecut perut aku bila mak marah sebab mak garang macam singa lapar jer...
Tapi rasa rasa nya kecik lagi kot sebab....aku tak ingat..yang aku ingat ialah bila  first time aku masak rendang ayam masa aku darjah enam selepas mak dapat tau yang adik bongsu nya bersalin di HBKL...tergesa gesa dia pergi ..dan aku masih ingat lagi masa tu petang raya haji!

Aku teringat cara cara mak masak, lantas aku praktik kan saja di kuali...pakai ayam kampung tu...
Tapi bila dah siap..ayam kampung tu liat..bila di kunyah boleh terpelanting jauh...hahhahaa...

Lepas tu, aku boleh masak yang ringkas ringkas..macam tumis sayur,goreng ikan dan buat sambal..walau pun kekadang rasa sambal tu rasa macam racun jer...pedas yang amat!..jangan cerita lah berapa kali termasin!!!

Bila naik sekolah menengah, jawaatan tukang masak ni kena di pikul pada hari sabtu dan ahad atau pun mak tak da rumah...

Aku tak kan lupa bila aku sakit dulu...tak boleh berjalan...masa tu anak ada 5 orang...yang paling kecil ialah Mira..baru 7 bulan kot...Apis baru sekolah darjah 4.....Setiap kali Apis balik sekolah..dia akan ke dapur untuk masak nasi..goreng telor untuk makan tengahari bersama adik adik nya...Dia yang banyak membantu aku mengendali kan rumah....basuh kain, sidai kain..masa tu aku dapat rasa kan dia dah besar..boleh buat kerja tanpa di suruh...Arwah adik nya Hakim langsung tak boleh di harap...kerja nya tau nak  makan sedap dan asyik komplen...kenapa hari2 asik makan telor ni....suruh buat kerja asyik mintak upah jer...hahaha...

Alin dan zira pun masih kecil....memang aku rasa bersalah sangat dulu..tapi nak buat macam mana...aku masa tu tak berdaya...

PErtama kali aku minta Alin masak rasa nya bila dalam menengah 5...Aku terpaksa ke Tg Karang sebab ada kematian...aku tulis kan cara cara nak masak tomyam..bahan bahan semua dah ada...OK kata nya...senang je mak....jangan risau kata nya...
lega hati aku bila dengar macam tu...

Bila aku balik...aku tanya..dah makan ke semua ni...

Dah mak..sedap mak..alin masak sedap sangat....

Bila aku ke dapur, aku pun ingin merasa bagaimana sedap nya tomyam Alin ni...

Bila ku cedok kuah, terkaut sekalu ayam nya...

Mau terpelanting senduk yang aku pegang tu..

apa tak nya..terjonjol kaki ayam yang tidak di buang jari dan kuku nya!!!



Naik loya tekak aku....hahahaha

Bila di tanya kenapa tak buang kaki ni..

Mak tak cakap pun....mana alin tahu kena buang semua...

Adoii...bertepuk dahi abah nya...

Tapi itu dulu..sekarang dah ok dah..sedap gak dia masak...

Tapi sekarang ni..Mimi yang rajin menolong aku kat dapur...dia selalu datang tanpa di suruh....aku siang ikan, dia goreng..aku siang sayur, dia menumis...dah pandai masak nasi walau pun ada masa nya terkurang air...
tapi tak pa...effort tu yang penting....

Yaya pulak...

Entah laa..kakak ada kata nya....

Tuesday, April 12, 2011

BFF Yaya

Salam


Yaya sekarang dah berubah sedikit....

dah tinggi sikit,

dah pandai berdandan...

rambut pun dah banyak...

wajah pun dah manis sikit....

Tahap pendiam nya dah makin berkurang...

dan dah pandai berkawan....

dulu kalau kita tanya apa apa..

jawapan standard nya...entah laaa, yaya tak tau....

atau langsung tak da jawapan...

Sekarang ni...dah lain..

ada kawan datang rumah ajak main basikal...

buat homework sama sama...

ok la tu...

Masa Alin mengambil kueh Bahulu  Ikan yang aku tempah di Econsave,dia pun ikut sekali.....

Aku dah tau dah..dia ni kalau ikut..gerenti kakak nya kena  pow..(.istilah budak2 ni ler)

paling2 koman makan kat kayepsi tu ler....

tapi kali ni lain pulak....

Alang....kawan yaya, Fatin Nabila  birthday dia hari ni...

dia jemput yaya ke rumah dia malam ni..tapi yaya cakap tak dapat datang..

abang kita nak kawin...

so..nape..

dia diam jer....

Yaya nak bagi dia hadiah boleh tak....

Yaya nak bagi dia apa...

entah laaa...apa apa jer laa...

Ok ..pergi kat kedai sebelah tu..macam macam ada jual..yaya pilih yang mana Yaya nak..nanti Alang datang ............

Jam tangan ni boleh tak...tanya Yaya...

siap ada gambar miki mouse lagi tu...hahhhaa


Ok lah...kita beli kotak hadiah sekali ya...



Tersenyum sampai ke telinga si Yaya ni...



Lepas ni kita singgah kejap rumah Fatin Ya ....

Ok lah..kata Alin...







Alang....

lepas ni jangan lupa tau...

Hari jadi kita bulan depan..24 May....
Yaya pun nak hadiah jugak...

Yelaaa..alang dah lama tau...

Monday, April 11, 2011

Majlis menyambut menantu-10 April 2011

Salam.....

Tiada kompang.....

Tiada karaoke......

Tiada khemah yang berlangsir warna warni...



Tiada warna tema......






Tapi pada kami.....

yang penting niat ...dan

makanan yang sedap untuk menjamu tetamu.....













Alhamdulillah, Alhamdulillah

semua nya berjalan dengan lancar...

Dan  majlis tetap meriah ...



walau pun jemputan cuma 200 orang...

tapi yang datang rasa nya melebihi dari apa yang kami jangka kan...

Tetamu datang dan pergi dengan wajah yang riang...

Terima kasih pada yang sudi melapang kan masa datang ke Klang...

Dan yang paling penting....

Kepada Ipar duai, adik beradik anak anak saudara
yang bertungkus lumus bersama sama berpenat lelah , tak berkira wang ringgit dan tenaga
menjaya kan majlis ini...Hanya Allah saja yang dapat membalas nya...




Dan sekarang ni masa untuk....

.................

...................

.................


melurus kan pinggang....

adeiiii

Sunday, April 10, 2011

I Think shes pregnant laaa....

Dulu dia suka bergurau dan berkejar kejaran..

Satu rumah boleh huru hara dengan dia ni...

Tapi...

sekarang ni..asyik tidor tidor tidor jer..




Princess Kiki..

macam lah penat sangat....

pada hal bukan nya dia buat apa pun..

Muka layu dan suka tidor dalam bilik...

Hmmm..

Mak rasa dia bunting laa...

Ha!..Bunting tu apa mak...tanya Yaya..

Mengandong laa...ada baby kucing dalam perut..

Huh! dah tau sapa punya kerja ni....

Sapa lagi...

Puteh...alahai..berpusing lak gambar dia ni...
Puteh la ni tak berapa sihat...kesian dia..

Hero tua ekor kontot ni laa.....

Tuesday, April 5, 2011

Dia....

5 April 2007
-
-
-
-
-
-
-
-
-
5 April 2011

dah 4 tahun kamu pulang ke sana...

Sebak hati bila bercerita pasal kamu,
Masih sebak dada bila mak membaca Yassin buat kamu...

Namun,

Mak redha atas segala ketentuan nya..
Kamu bukan milik mak,kamu milik Allah Subhanallah
di amanah kan pada kami untuk menjaga, mendidik dan membesar kan kamu..
meminjam kan pada kami supaya hidup kami bermakna,mengembira kan hati kami...
Sampai masa nya...di panggil nya pulang bersama Izra-il
tiada sapa yang dapat menahan mu
tiada ubat yang mampu merawat mu
walau pun baru sejenak kamu bersama kami.....

Telah mak ampun kan segala dosa dosa mu terhadap mak, walau pun sebesar zarah..
mak halal kan air susu mak yang kau minum sepanjang kecil mu...
dan mak tau, kamu juga telah memaaf kan mak..
atas kekasaran mak, keceluparan mak terhadap kamu sepanjang membesar kan kamu..
Maaf kan mak..maaf kan abah dan semua adik beradik mu..
yang masih lagi tersedu bila terpandang wajah mu di album..

Kami masih merindui mu..
Abd Hakim bin Rohaizah

Alfatihah...

Sunday, April 3, 2011

Majlis perkahwinan Hafiz dan Nadhirah di Shah Alam







Alin dan firdaus..

makcik ni tengah sakit pinggang dah! Ahad depan di rumah kami pulak....

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger