Tuesday, January 31, 2012

Tips dari Dr Muhaya.....

Dengar dengar kan lah.....



Awan nano

Semua dah tau..lagu Awan Nano jadi juara AJL...

Saya ni suka menilai sesebuah lagu melalui lirik nya...

Dan saya suka lirik lagu tersebut yang mempunyai makna yang tersurat...

Dan gaya penyanyi yang membawa kan lagu tersebut dengan penuh penghayatan dan suara yang jelas..

Tak payah pakai baju mahal mahal dan seksi seksa....

Saya rasa dia menyambung rentetan video clip lagu tersebut....

Syabas pada semua...

Tapi..saya memang minat kat Hafiz AF7....


Monday, January 30, 2012

A sleepover---Qaid....

Sabtu...cucu datang bermalam di rumah maktok...



Hmm,orang sekarang dah tak da berkurung dalam  sampai 2 bulan dah...

macam semut lah Qaid kena hurung oleh makcik makcik nya...

Yaya dan Mimi ada kat kiri kanan Qaid..Kucing kucing pun dia tak tak ingat..hahahah

Alhamdulillah..cucu memang tak banyak meragam...elok perangai nya macam bapa nya jugak...menangis bila nak susu saja..itu pun perlahan...

Apis pun pandai jaga anak...tak macam abah nya dulu..pegang anak pun tak reti...mungkin pengalaman menjaga adik adik yang ramai dulu membuat dia begitu...

Maktok tak sempat nak ambik gambar pun..cuma zira saja yang dok snap sini sana...



Maklang Alin pun sampai dari KL petang semalam....maka teruk lah Qaid kena gomol...

Bila Qaid pulang semula ke Shah Alam petang semalam, sunyi pulak rumah ni..

Tak pa...nanti Qiad datang lagi...



Malam tadi, Onyang dan tok Onyang datang..hajat nak melawat dan nak jumpa Qaid..

takda sapa nak hantar..kata nya..sedih hati nya tak dapat jumpa Qaid..cicit yang ke lima..

Tak pa lah Tok Onyang...nanti maktok dan atok bawak onyang gi Shah Alam ya...

Monday, January 23, 2012

Fraser Hill....Impian terlaksana akhir nya...




Indah nyaman dan tersangat lah semula jadi.....itu dia Fraser Hill...

Jam 8 pagi 21 Jan, kami memula kan perjalanan..Singgah Esso Kesas untuk bersarapan pagi..Nasi lemak bungkus daun pisang dengan air teh..anak anak lain makan macam macam...Adik ipar Aman dan isteri tiba dan sarapan bersama.

Keluarga Adik bongsu PA..


Dari Kesas, PA mengambil jalan lebuh raya Guthrie..kereta masih kurang dan bila sampai Rawang baru lah kami tau yang lebuhraya jem bangat!...nasib baik kerana kami keluar mengikut jalan rawang lama terus ke Kuala Kubu Baru.



Adik PA yang satu lagi, menunggu kami di depan Mahkamah KKB...

keluarga Seorang lagi adik PA..Norazam


Bila bertemu..kami menerus kan perjalanan ke Bukit Fraser...satu tempat yang sering bermain dalam kepala ku sekian lama dan dalam usia ku menghampiri setengah abad,akhir nya dapat juga aku memijak kan kaki ku kesini.
Sepanjang perjalan ke FH, keindahan alam sekitar nya begitu indah dan nyaman.









Silverpark Resort....Apartment nya banyak dah wear n tear...tapi ok lahhh

Day 1....Allans Water


Maksu Zura dengan Mira...



bersedia nak mengayuh boat...



Focus Mimi....

Paddock





Tu dia!..dia nak merasa jadi koboi.....


memanah pulak...



Siapa yang dapat panah kat tengah tu..ada hadiah tau.....hasil nya..kelaut semua nya..hahhaha


day 2..


Anak anak nak berbasikal..ok...sejam rm 10.00
ingat kan mereka ni tak larat nak mendaki..rupa rupa nya..lasak jugak budak2 ni...cepat mereka sampai ke atas...
dah ada jalan untuk turun rupa nya...


kopak duit mak dia membeli kan topi pelik ni....

suka tengok gambar ni.....

Tak sah kalau ke sini tak ambik gambar kat Jam ni...


Alahai...ol couples...
 Air Terjun Jeriau..



Keruh air nya!!!


masa nak balik..aku ni macam putus nyawa mendaki kat sini....


Terima kasih kepada hero hero ini...PA, Azman dan Norazam


Juga pada heroin heroin yang manis manis ni...Zalora,Kak Ezza dan Maimon


tiada dalam gambar..Mira yang kena ambik shot ni...
Dan kepada uncle ford ni yang masih gagah membawa kami satu Malaysia...


Tak rugi ke Fraser Hill..
Pergi..jangan tak pergi..

Friday, January 20, 2012

Perjuangan Mira.....


Salam

Anak aku Mira, sedang bergelut dengan tugasan filem pendek nya di kolej nya..

Banyak halangan nya, terutama bab kewangan..sebab pihak UITM tak ada dana untuk pelajar pelajar . Semua nya kena buat sendiri termasuk mencari penaja..
Mencari tajaan ialah antara yang di laku kan semasa sem yang lalu....

Aku rasa memang begini lah keadaan nya kalau memasuki dunia yang penuh dengan glamor dan angan angan..kena tebal muka dan bercakap manis selalu...

Aku ada jug menolong dia mencari sumbangan ..aku suruh dia buat surat proposal dan aku tampal kat Facebook...aku tak sangka ada juga insan insan yang berhati mulia dan ingin membantu pelajar pelajar seperti anak aku ni... Terima kasih banyak banyak....Semuga Allah yang dapat membantu segala kebaikan kalian.


C:\Users\User\AppData\Local\Microsoft\Windows\Temporary Internet Files\Content.IE5\54WQ22D4\415249_140643432716189_100003115993678_186166_1578893864_o[1].jpg
tak boleh nak copy  header dia..
FrameIIFrame Production,
UiTM Kampus Puncak Perdana,
U10, Puncak Perdana,
 Shah Alam, Selangor                                                                                     11  Januari 2012


Kepada,
Yang berkenaan,

Tuan/Puan,

Permohonan Sumbangan Ikhlas untuk Dana Projek Pelajar

Merujuk kepada perkara di atas,  kami, FrameII Production daripada Fakulti Filem Animasi Teater UiTM Puncak Perdana,  ingin memohon sumbangan ikhlas daripada pihak Tuan/Puan bagi merealisasikan projek pelajar tahun akhir Diploma Penulisan Seni Layar 2009/2012

2.         Projek yang ingin kami jalankan ialah filem pendek yang bertajuk “Dengan Nama Allah” yang akan memulakan penggambaran pada 27 hingga 28 Januari 2012. Kami mempunyai kekurangan dari segi dana kerana peralatan penggambaran seperti pencahayaan, kamera, bayaran pelakon, dan props memerlukan kos yang tinggi daripada apa yang kami mampu sediakan. Di sini, kami sertakan kertas cadangan filem pendek ini sebagai rujukan tuan/puan.

3.         Oleh itu, sumbangan pihak tuan/puan amat kami hargai bagi merealisasikan projek akhir kami ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Umi Hamira Abd Aziz,
Pengurus Produksi FrameIIFrame,





FAKULTI  FILEM TEATER ANIMASI








KERTAS CADANGAN PENGGAMBARAN FILEM PENDEK 
“DENGAN NAMA ALLAH”




IDEA ASAL:
EZRIE GAZALI


SKRIP OLEH:
MIRA ABD AZIZ / AKEMAL NAHAR


 
MIRA 017-312-1417 / umihamira@gmail.com 
AKEMAL 012-597-0716/  konayuki_load@yahoo.com


1.0 Pengenalan 


Penggambaran filem pendek bertajuk “Dengan Nama Allah” adalah bertujuan untuk mempamerkan produk akhir pelajar program diploma penulisan artistik seni layar semester 5 sesi 2009/2011. Filem pendek ini adalah satu platform untuk kami bagi mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di kelas dalam bentuk praktikal sepanjang pembelajaran kami di sini. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan menimba pengalaman sebelum memasuki industri filem yang sebenar. 


Selain itu , filem pendek ini bertujuan untuk mencipta satu kenangan sebagai pelajar akhir diploma penulisan. Ini juga merupakan satu tanda bahawa program penulisan juga mempunyai produk mereka sendiri. Diharap agar penggambaran filem pendek ini juga boleh dijadikan sebagai satu rujukan kepada pelajar semester lain untuk membuat produk yang lebih baik dan belajar dari kesilapan yang telah kami lakukan.


Filem pendek ini mempunyai beberapa mesej yang kami ingin sampaikan kepada penonton. Tema yang ingin kami sampaikan dalam filem pendek ini adalah taubat. Dengan kehendak Allah S.W.T, tiada apa yang mustahil dalam diri seorang manusia. Segala perkara yang terjadi  dalam kehidupan manusia. Segala perkara yang terjadi dalam kehidupan telah ditentukan olehNYA. Sebagai manusia, kita haruslah sedar bahawa   segala perbuatan yang dilakukan mempunyai ganjaran dan pembalasan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu Dengan Nama Allah mempertengahkan isu ini agar dapat memberi peringatan kepada penonton bahawa tiada apa yang mustahil sekiranya Allah mengizinkan.


Akhir sekali diharapkan pihak fakulti dapat memberi peluang kepada kami dengan meluluskan kertas cadangan ini. Kerjasama daripada fakulti amatlah kami hargai dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih 














2.0 Sinopis


Zaki merupakan seorang remaja yang juga seorang bekas ahli kumpulan Black Metal berusia 21 tahun yang telah kehilangan suara akibat kerosakan otot suaranya. Menurut doktor yang merawatnya, Zaki berkemungkinan besar untuk menjadi bisu untuk selama-lamanya. Zaki merasa amat menyesal dengan perbuatan masa lalu 3 tahun lepas bertekad untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dengan izin Allah S.W.T, Zaki telah dipertemukan dengan seorang tua yang menjadi bilal di masjid kawasan perumahannya. Sejak mengenali lelaki tua itu, Zaki mula mendapat semangat untuk lebih mendalami ilmu agama. Pada suatu hari, zaki telah ditegur oleh seorang kanak –kanak bernama Amin kerana tidak mempunyai kekuatan untuk mengaji dengan menggunakan mulut (Zaki mengaji di dalam hati semasa pembelajaran mengaji bersama Bilal) Zaki berasa tertekan dan dia yakin bahawa dia boleh bercakap semula. Bilal menyuruh Zaki dengan menyebut kalimah “BISMILLAH” sebagai permulaan kata yang pertama dalam usaha untuk bercakap. Setelah mereka berusaha dengan gigih, Dengan izin Allah, Zaki dapat mengeluarkan suara walaupun suara utu kedengaran tersekat-sekat. Mereka berdua berasa amat bersyukur dan gembira. Keesokkan harinya, Zaki datang ke masjid untuk menunaikan sembahyang zohor berjemaah bersama Bilal, tetapi Bilal telah meninggal dunia di dalam surau. Jam di dinding surau menunjukkan sudah tiba waktu untuk melaungkan azan. Zaki memandang mimbar sambil berdiri dan ke arahnya.






























3.0 Latar Belakang Karakter 


ZAKI


1. Remaja berumur 21 tahun
2. Bekas ahli kumpulan "Black Metal”
3. Menghadapi masalah suara di mana otot suaranya telah terkoyak dan menyebabkan dia menjadi seorang yang tidak boleh bercakap untuk satu jangka masa yang lama
4. Seorang remaja yang menjadi mangsa pengaruh rakan sebaya
5. Seorang anak tunggal yang sering ditinggalkan ibu bapa sejak kecil dek kerana ingin mengejar hal dunia
6. Menemui kesedaran untuk bertaubat setelah menyedari bahawa perbuatan dahulu menjadi satu balasan atas perbuatannya di masa lalu
7. Mempunyai usaha untuk melakukan sesuatu


BILAL


1. Seorang tua yang berusia dalam lingkungan 55 tahun, kematian isteri dan tidak mempunyai anak
2. Mengutip tin-tin kosong di kawasan perumahan atas sumber untuk mencari makanan seharian
3. Menjadi bilal di masjid, serta imam, dan muazin
4. Seorang yang sinis
5. Mempunyai pegangan agama yang kuat
6. Mempunyai usaha untuk membantu ZAKI 
7. Mempunyai usaha untuk mengajak anak-anak muda mendekatkan diri kepada Allah
8. Seorang yang penyayang
9. Mempunyai penyakit akibat kehidupan sehariannya yang tidak sihat


AMIN
1. Seorang kanak –kanak berusia 6 tahun
2. Seorang yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi
3. Seiring dengan sifat kanak-kanak yang mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat, dia berasa ingin belajar mengaji
4.0 Durasi 


Filem pendek ini dijangka akan mempunyai durasi dalam tempoh masa 15- 20 minit


5.0 Krew Produksi


NAMA ID PELAJAR NO TELEFON JAWATAN
1. UMI HAMIRA ABD AZIZ -PRODUCER/SCRIPTWRITER/DIRECTOR/ PRODUCTION MANAGER/MAKE-UP
2.NOR AKMAL NAHAR -PRODUCER/SCRIPTWRITER/DIRECTOR/ PRODUCTION MANAGER
3.NOR EZRIE HAKIMIE GAZALI - ASSISTANT DIRECTOR
4.MOHD HISYAM HARUN -CAMERAMAN , DOP 


5.MOHD AFFENDI -BOOM MAN/LIGHTING MAN
6.MOHD IZHAM - PROP MASTER/LIGHTING MAN
7.NURUL IDAYU MOHAMAD DAIP - RUNNER/ASSIST PROP MASTER
8.FATIN IZZATI MOHD RODZI - HANDY/WARDROBE





















6.0 SESI UJI BAKAT

Sesi ujibakat akan dijalankan untuk mencari bakat untuk memenuhi kriteria pelakon di dalam filem pendek ini


7.0     KOS PEMBELANJAAN
Makan Unit diperlukan Tempoh Jumlah (RM)
RM 5.00 seorangX 15unitX 3 hari RM 6.00 x 15 unit x 3 hari = 270.00
  JUMLAH KESELURUHAN= 270.00
Makan Unit diperlukan Tempoh Jumlah (RM)
RM 5.00 seorangX 15 unitX 3 hari RM 6.00 x 30 unit x 3 hari = 270.00
  JUMLAH KESELURUHAN= 270.00


1.0 Bahagian Makanan 




2.0 Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran (PRA-PRODUKSI) 


Perkara
Harga Seunit
RM Unit Diperlukan Jumlah
RM
Peti Kecemasan - 1 DISEDIAKAN OLEH FAKULTI
Percetakan dan Faks - - DISEDIAKAN OLEH FAKULTI
JUMLAH KESELURUHAN=0.00


3.0 Bahagian Teknikal 
Perkara
Harga Seunit
RM Unit Diperlukan Jumlah
RM
Yuran Juru Kesan Khas 100.00 - -
Dokumentasi & Publisiti 50.00 - 50.00
Sewaan¹ 400.00 - 400.00
Alat & Kelengkapan² 185.00 - 185.00
JUMLAH KESELURUHAN=635.00
   
4.0 Bahagian Kreatif 
Perkara
Harga Seunit
RM Unit Diperlukan Jumlah
RM
Pakaian Pelakon - -                                    SPONSERED
Props 80.00 - 80.00
Peralatan Solek - - -
Pelakon Utama 300.00 - 300.00
Pelakon Tambahan - - -
JUMLAH KESELURUHAN=380.00
JUMLAH  KOS                      =1285.00


7.1 KETERANGAN LANJUT MENGENAI KOS PERBELANJAAN


Dalam akaun SEWAAN, ia adalah terdiri daripada perkara-perkara yang melibatkan pembayaran sewa. Selain itu, lokasi pengambaran juga perlu disediakan peruntukan sebagai pelan kontingensi jikalau LOKASI PENGAMBARAN tersebut perlu dibayar sewa. Disamping itu, sewa keatas PERALATAN TEKNIKAL YANG PERLU juga diberi peruntukan seperti JIB ARM, STRAIGHT TRACK, CURVE TRACK, WIDE ANGLE LENS, COLOUR FILTERS, VARICAM DAN SEBAGAINYA. Peralatan ini adalah perlu untuk kelancaran proses pengambaran. Ia juga perlu diberi peruntukan adalah kerana untuk mengambil langkah yang selamat jikalau pihak fakulti tidak mempunyai bekalan peralatan tersebut pada hari itu.


Dalam akaun ALAT & KELENGKAPAN, ia adalah untuk barangan yang mampu milik yang tidak disediakan atau diberi oleh fakulti yang perlu dibeli dalam kuantiti yang banyak seperti KLIP, GEL, REFLECTOR (POLISTERIN), GAFFER TAPE, DUCT TAPE, PAPER TAPE, BATERI, GAM, TUKUL, PAKU, SKRU, PEMUTAR SKRU, PLAYAR, SARUNG TANGAN DAN SEBAGAINYA.


Dalam akaun KECEMASAN, ia adalah pelan persediaan kontinjensi untuk para krew dan bakat apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan kecederaan yang serius dimana perlu di hantar ke pusat kesihatan yang terdekat dengan segera. Selain itu, ia juga adalah untuk persediaan jikalau berlakunya kerosakan di loksasi pengambaran yang perlu diganti atau kadar sewa lokasi tiba-tiba dinaikkan oleh pemilik. Begitu juga dengan kadar sewaan peralatan lain.






















8.0 JADUAL
8.1 JADUAL BULANAN

Pre-Produksi Tarikh
1. Briefing idea 1 Novermber 2011
2. Drafting script 20 Novermber 2011
3. Treatment 21 November 2011
4. Final draft
5. Blue print
6. Proposal
7. Build team
8. Meeting with the crew
9. Casting
10.Script Reading
11. Meeting
12. Final meeting


On Production
1. Shooting
2. Shooting
3. Shooting




Post-Production
1. Editing
2. Dubbing
3. First draft
4. Final progress
















8.2 JADUAL PENGGAMBARAN


HARI PERTAMA


Lokasi Pagi Petang Malam
EXT Saujana Puchong SC 1
EXT Luar rumah Zaki SC 7, 9, 10 ,11
INT  Dalam rumah Zaki SC 3


SC 2,4,25
EXT Tepi padang SC 12
INT Kedai makan SC 5
EXT Tepi jalan SC 6
EXT Dalam kereta SC 10


HARI KEDUA


LOKASI PAGI PETANG MALAM
EXT Luar surau SC 26 SC 17,21 SC 15
INT Dalam surau SC 13,18,20,21,22,23,24,26,27 SC 8,14,15,19
















9.0 TARGET PENGGAMBARAN

Kami telah bercadang untuk menghantar filem pendek ini sebagai penyertaan ke Festival Filem Pelajar yang akan dilangsungkan pada bulan Mei 2012.


10.0 ‘STORYBOARD’


Sila rujuk di lampiran A.


11.0 TENTATIF


Hari Pertama
Masa Program
6.00 am Berkumpul dan briefing.
6.30 am Bertolak ke lokasi.
7.00 am Loading barang
8.00 am Sarapan
8.30 am Penggambaran SC 1,6,7,9,10,11


12.00 pm Makan tengah hari/ rehat/ solat
2.00 pm Penggambaran SC 3,5,12
4.30 pm Minum petang/ solat
5.00 pm Penggambaran SC 2,4,5
9.00 pm Makan malam dan balik


Hari kedua
Masa Program
6.00 am Berkumpul dan briefing.
6.30 am Bertolak ke lokasi.
7.00 am Loading barang
8.00 am Sarapan
8.30 am Penggambaran SC 26
12.00 pm Makan tengah hari/ rehat/ solat
2.00 pm Penggambaran SC 17,21
13,18,20,21,22,23,24,26,27
5.00 pm Minum petang/ solat
5.30 pm Penggambaran SC 15,8,14,15,19
9.00 pm Balik




12.0 KONKLUSI PENDEK
Kami berharap agar filem pendek ini dapat dijalankan dengan keizinan pihak fakulti agar ia dapat dijadikan sebagai batu loncatan sebagai persediaan ke alam pekerjaan.




13.0 RUJUKAN
Filem yang kami rujuk untuk filem pendek ini adalah:


1. Nur Kasih (Khabir Bathiar)
2. A Taste of Cherry (Abbas Kiostrami)












Yang menjadi masaalah sekarang ni pasal pelakon utama yang akan memegang watak Bilal..

Antara yang di cadang kan...
Abu Bakar Omar....dah cari tapi tak tau mana dia berada...
Jalil Hamid...terang terang cakap..ko semua tak mampu nak ambik aku..tak payah carik aku...hourly paid RM1500.00-(alahai Jalil..dengan budak budak nak berkira ke?...)
Sedang di usaha kan sekarang pelakon teater..Namron..aku pun tak tau sapa ..hehehe

Penggambaran nya cuma 3 hari saja...


Mak...duit tak cukup la mak...PTPTN semua dah habis...dia mengadu..


Hmmmmm.......

Buat lah apa termampu...kena tahan telinga dan tebal muka kalau nak berjaya...
Itu saja lah yang mampu aku kata kan...





Thursday, January 19, 2012

Misteri surau tingkat 3

Semasa dia berada di Harbour Place..laungan azan maghrib bergema...

Dia dan kawan kawan nya mencari surau di tingkat atas..lelaki di tingkat 2 dan perempuan di tingkat 3...

Semasa dia masuk tempat solat..keadaan bilik gelap gelita...tanpa memberi salam, dia masuk dan terus memetik suis lampu..

Setelah membuka tudung, dia mencari tempat wuduk...agak jauh jugak dari tempat solat...

Semasa ke sana..tiba tiba handphone nya berbunyi,tapi bukan lagu ringging tone dia....lagu doa taubat pulak...




Dia cuba menutup lagu yang bergema tapi pelik sungguh..hp seperti tidak berfungsi..lagu tersebut berbunyi begitu kuat..dia sudah cemas dan panik...bulu roma sudah tegak berdiri...

Apa lagi..bagai tak cukup tanah dia berlari ke lift..dengan tudung di tangan..nasib baik ada inner di kepala..

Kebetulan ada seorang budak  lelaki  cina dalam lift...lega...

Mesti budak tu hairan melihat keadaan dia..tapi dia selamba saja memakai semula tudung..

Dah tu, ko sembahyang kat mana pulak...

Tak sembahyang pun.....Qadak jer kat masjid masa isyak..

Ohhh.......

Monday, January 16, 2012

I love you like a Love song Baby....

Jangan marah ya....

sekarang ni mood terbang ke awan Nano...

hari hari ternampak wajah dia jer...

Nak buat macamana...

Penangan dapat cucu.....













It's Been Said & Done
Every Beautiful Thoughts Been Already Sung ..
And I Guess Right Now Here's Another One
So Your Melody Will Play on And On
With The Best Of 'em

You Are Beautiful .. Like A Dream Come Alive.. Incredible
A Centerfold Miracle, Lyrical
You Saved My Life Again
And I Want You To Know Baby

I , I Love You Like a Love Song Baby
I , I Love You Like a Love Song Baby
I , I Love You Like a Love Song Baby
And I Keep Hittin' Re-pea-pea-pea-pea-pea-peat
I , I Love You Like a Love Song Baby
I , I Love You Like a Love Song Baby
I , I Love You Like a Love Song Baby
And I Keep Hittin' Re-pea-pea-pea-pea-pea-peat

Constantly , Boy You Played Through My Mind Like a Symphony
There's No Way To Describe What You Do To Me
You Just Do To me .. What You Do

And It Feels Like I've Been Rescued
I've Been Set Free
I'm Hypnotized By Your Destiny

You are Magical , Lyrical , Beautiful... You Are
And I Want You To Know Baby

I , I Love You Like a Love Song Baby
I , I Love You Like a Love Song Baby
I, I Love You Like a Love Song Baby
And I Keep Hittin' Re-pea-pea-pea-pea-pea-peat
I , I Love You Like a Love Song Baby
I , I Love You Like a Love Song Baby
I , I Love You Like a Love Song Baby
And I Keep Hittin' Re-pea-pea-pea-pea-pea-peat

No One Compares , You Stand Alone
To Every Record I Own
Music To My Heart , That's What You Are
A Song That Goes On And On...

I , I Love You Like a Love Song Baby
I , I Love You Like a Love Song Baby
I , I Love You Like a Love Song Baby
And I Keep Hitin' Repea-pea-pea-pea-pea-peat
I , I Love You Like a Love Song Baby
I , I Love You Like a Love Song Baby
I , I Love You Like a Love Song Baby

I Love You...
Like A Love Song...

****************************************************************************

Thursday, January 12, 2012

Orang Baru...

Saja nak bagitau yang saya dah dapat Title baru...

Dah jadi Maktok laa..

Semalam masa saya sampai PPUM,kelihatan apis sedang duduk sengsorang kat sofa di wad bersalin...

ada family lain juga kat sana..menunggu jugak macam dia jugak...

Mak..tadi nurse tu cakap baru buka 4 cm..sejak pagi baru bukak 1 cm jer...

Lama tu pis...rasa nya tengah malam nanti baru beranak ni...

kami berbual bual dengan keluarga laii di sana..tiba tiba pintu wad di buka..

Nadhirah..siapa suami Nadhirah...

Apis bangun tetiba....ya saya..

Isteri awak dah bersalin ya...



Dia terpingga pinga..lepas tu senyum nya kemain besar lagi...hahahaha

macam tengah terbang jer ropa nya...

Yaya pun kemain seronok..yaya dah jadi mak usu yea!
(sanggup tak ke Ko ko sebab nak ikut ke hospital)

Abah dah tua..kata Hani dan Mimi...abah dah jadi atok...

Sebentar kemudian apis di panggil masuk ke wad untuk meng-azan kan bayi nya..

Masa nurse menolak troli baby ke wad ,  kami bagai kan semut menghurung nya..

Kulit putih melepak dan mata nya melilau lilau memandang sekeliling...

Qaid Qhalif bin Abd Hafiz


Alhamdulillah semua nya selamat...

Tuesday, January 10, 2012

Aku orang Minang

Dulu kalau balik kampung di Sg Serai,Kuang Selangor aku selalu terpinga pinga bila mendengar nenek datuk dan adik berdik mak berborak.

Pelik dan memang tak berapa faham...tapi nenek dan mak kalau bercakap dengan kami dia berbahasa melayu biasa. Bahasa agak kasar sikit....kadang kadang aku tergelak bila mendengar bicara mereka...

Mak orang Minang..arwah atuk berasal dari.seberang...tapi bukan Medan...rasa nya daerah Batang Kapas.

Yang aku ingat arwah atuk seorang yang tinggi dan berbadan sasa...hitam orang nya.

Berkahwin dengan nenek dalam usia agak tua..tak tau kenapa dan aku pun tak pernah bertanya.

Yang aku ingat dia suka senyum dan seratus peratus berbahasa minang tulen...

Arwah mak pun tak pernah bercakap minang di rumah...tapi abah selalu mengajuk2 mak bila nenek datang menziarah kami semua...sebab mak akan berbual lama dengan nenek dalam bahasa minang nya...

Bahasa yang di guna kan jauh berbeza dari orang nogori....

Sebagai contoh....

Wa'ang nak paie mano....

Den dah litak ni....

jangan bamain atas kasur tu....

manggatar waang iko

dan entah apa lagi..hehehee

waang ado duit kacik tak...

Nenek sebelah abah pun rasa minang gak..tapi lebih ke minang gombak...

lain sikit bunyi nya...

Rasa nya lepas ni aku nak cuba tanya kakak  mak , Maklong yang dah tua ni....asal usul nenek dan atuk....

Tapi ada masaalah jugak sebab Maklong ni dah hilang semua gigi...memang kena dengar betul betul butir butir perkataan yang dia cakap....

Rasa nya rugi betul tak mempelajari bahasa bahasa begini...

Aku masih ingat lagi anak saudara arwah atuk yang masih hidup tinggal di Sg Pusu Gombak...dia mengata kan kami masih punya saudara mara di seberang..dekat Bukit Tinggi ker... dari Batang Kapas dan tanah arwah atuk masih ada lagi...
Anak anak nya masih berhubung dengan saudara mara di sana..
Mengikut kaata nya jangan sesekali nak menuntut hak tanah kat sana..kang tak dapat balik lah kita ke Malaysia ni...Tinggal arwah jer...

Dah dengar macam tu sapa yang berani nak tanya dah..pergi pun tak mau....

Yang paling aku suka..rendang daging orang minang tersangat lah sedap..seperti mana arwah mak aku selalu buat bila dia masih hidup dulu..lengkap santan cili dan awas awas nya...
Aku sendiri tak dapat belajar sangat masak rendang daging dengan mak...
Bila di tanya..sekilo daging..3 biji kelapa..tu jer yang aku tau..
berapa banyak bawang kecil,serai dan kerisik tak sempat tanya ....
Memang sangat rugi..

Orang minang tak buat rendang ayam...
Selalu nya masak rendang daging di di campur sekali dengan paru,limpa dan hati...
Tapi tu lah...
kebanyakan orang kita ni pasti ada penyakit kencing manis,kolestrol tinggi dan darah tinggi!
Apa tak nya..pokok kelapa pun berderet kat belakang rumah...

Aku masih ingat lagi arwah nenek menyuruh aku menumbuk sambal..

Ambiek sagamgam cili api tu..kauu potong bawang basar tu...tumbuuk hinngo pacah...campuur kan ikan bilih sagamgam...tumbuuk laie......parah kan limau ijau kat siko....sampai menunjuk kan mangkuk kecil kat aku...

Dalam bahasa senang nya dia mengajar aku buat sambal gesek..tapi dalam bahasa nenek sambal ni kami panggil sambal ketuk!

Bila cerita kan anak anak pasal keturunan minang ni...mereka gelak jer..
tak payah lah mak...kita ni orang Malaysia jer...

Tu yang putus semangat nak mencari asal usul ni.....

Monday, January 9, 2012

Datang dan Pergi.....

Akak memang tak berapa sihat lately ni tapi malas nak bising2 kat rumah..

Tapi sejak jumaat akak dah tak tahan dah..hidung berair..muka gatal mata berair dan asyik bersin...

Ingat kan nak demam ke..rupa nya allergic dengan bulu kucing...bukan dengan si Puteh tapi dengan anak anak kucing yang baru dua bulan beranak...Anak anak suka bawa masuk rumah dan biar kan mereka ni bermain dalam rumah....
Bukan nya tak pernah tegur tapi kali ni mereka buat tak tau saja...

Kali ni abah nya buat keputusan tegas...jaga kat luar atau abah akan sedekah kan orang semua kucing2 ni  kecuali Puteh kat orang lain....Kamu lebih sayang kan kucing dari mak...dah tau mak alah dengan kucing tapi kamu degil jugak....

Dalam pada itu, penyakit kencing kotor berulang semua...sakit nya tuhan yang tau..
Bangun tidor dengan pinggang yang sakit dan kepala yang berdenyut...
Asyik berlari ke tandas saja dan sukar di kawal pundi pundi kencing ni...
Alhamdulillah..setelah mendapat rawatan dari klinik semalam...sakit nya berkurang ...
Doktor menyuruh aku minum air banyak  banyak dan air barli dan kelapa juga baik untuk penyembuhan..
Apa! ..air kelapa...bukan ke bomoh jer yang suka guna air kelapa ni...tanya PA..
Akak malas nak jawap..kang sakit jiwa lagi...

Semalam..besan Shah Alam kami telah kehilangan anak bongsu nya..(adik ipar apis...)
Masa hari sabtu, kami telah berkejar ke PPUM bila apis memberitau yang adik ipar nya nazak..
Ahmad Danial ialah anak istimewa..lahir nya normal tapi di sebab kan  demam panas dan penyakit kuning sejak lahir,keadaan fizikal dan mental menjadi berubah.
Selama 14 tahun ibu ayah menjaga nya dengan penuh kasih sayang..begitu terjaga dan bersih..kakak abang juga amat menyayangi nya..tetapi Allah lebih sayang kepada nya.
Reda kan pemergian nya...
Jannah tempat nya...
Dia di sambut malaikat ke sana...

Akak melihat besan menangis...
Akak pernah berada di tempat nya...
Tahu bagaimana pilu nya hati..
Tapi...semua ni milik Allah..
sampai masa nya di ambil semula..

Alfatihah buat Ahmad Danial
dan anak ku
Abd Hakim...

Friday, January 6, 2012

Anak anak ku....

Mak selalu cakap, semua perlakuan anak lahir dari masa anak dalam perut lagi.
Dia akan mengikut cara ibu nya..dia mendengar dan merasa segala gerak laku ibu,

Aku rasa memang terasa kebenaran nya.
Tak payah cari orang lain ..Diri sendiri sebagai contoh...
Masa mengandong anak sulung dan seterus nya..memang berbagai bagai ragam ku...
Ada masa moody..garang,asyik nak menangis saja...relax dan berbagai bagai..
Hidup berumah tangga pasti ada waktu pasang surut nya,

Aku beranak ramai dan bersusun paku...
berbagai karenah dan ragam yang ada..
aku tahu dan sedar, aku ibu yang garang..
tanya lah apis..Alin dan Zira..
kalau mak dia naik angin..apa yang akan terjadi..
birat lah tangan dan kaki..
rambut sapa yang tak pernah aku tarik..
memang ada masa nya aku stress sangat..

Abah nya kerja di KL..
keluar awal pagi dan balik bila malam melabuh kan tirai...
Bila sampai rumah..ada masa nya dia penat sangat..
Aku dan anak anak seharian di rumah..
di perumahan yang begitu asing dari kehidupan sebelum nya..
Duit belanja sekadar yang perlu sahaja...

Apa yang aku penting kan dalam kehidupan ini ada lah supaya anak anak menjalani kehidupan yang lebih baik dari kami...
Mak dan abah tak dapat nak menyedia kan barangan emas untuk menyaluti tubuh kamu semua..
kerana kami tidak mampu.....
Cuma kami hanya mampu menyedia kan pelajaran yang sebaik mungkin untuk kamu sebagai bekalan di masa depan..

Dan kami amat berharap..
Hidup dalam keimanan
dan saling hormat menghormati orang tua dan adik beradik yang lain.

Aku tahu..anak anak sekarang punya pendapat sendiri dan aku memahami nya..

Cuma..bila meluah kan perasaan..ikut lah adap sopan nya..jangan meninggi kan suara..apa lagi menengking2 atau mengguna kan kekerasan..
Aku dan abah nya memberi peluang mereka bercakap dan kemudian nya baru lah kami beri pendapat....

dan ..


jangan cuba nak melangkah garis panduan yang kami beri kan...

Segala perbuatan akan mendapat balasan Allah

Dari itu..fikir fikir kan lah kalau ingin melaku kan sesuatu yang kurang cerdik..

Ingat kan Allah dulu..
Pandang lah wajah mak abah dulu..
bangsa kita
keluarga kita
dan negara kita...

p/s
sekira nya ada sapa sapa nak bagi pendapat..sila  sila kan lah...
terima kasih..

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger