Monday, January 14, 2013

Berehat sekejap ya......

Alhamdulillah...

Majlis menerima menantu abang PA telah selamat berlangsung di Dewan Taman Perpaduan,Ipoh Perak dengan meriah nya..siap pakai baju adat istiadat polis bagai..masa pengantin masuk di iringi oleh band polis...

Maaf lah ya, gambar yang di ambil ada lah kamera Hafiz,kami tertinggal kad reader pulak so tak boleh nak transfer gambar ke Laptop..kena tunggu dia upload gambar kat fb dulu..

Rasa nya ini ada lah entry terakhir saya setakat ni. Selepas ni saya akan bersiaran semula dalam bulan March ya...
Banyak benda yang saya nak laku kan sekarang ni...nak perbaiki diri..nak belajar ,nak menghafal dan kena perbanyak kan solat taubat,hajat sebelum saya dan suami bermusafir ke tanah suci kelak.




Terlebih dulu ,saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog saya ni kalau kalau tulisan saya pernah membuat kamu semua terasa hati dan terluka. Ampun maaf dari saya.

Doa kan kami agar dapat mengerja kan umrah dengan jiwa yang tenang,semuga Allah permudah kan segala urusan kami di sana,di beri kesihatan yang baik dan yang penting dapat melaku kan umrah dengan ikhlas hingga selesai. Kami  pergi bersama adik perempuan saya Ayu serta suami nya serta kakak kepada adik ipar kami...
Doa kan kami ya

Sekira nya adik adik dan kakak semua yang pernah melaku kan umrah dulu dan punya nasihat dan panduan yang baik,saya mengalu alu kan segala pandangan anda di sini. Tulis lah apa apa doa supaya kita dapat berkongsi pandangan untuk memudah kan first timer macam kami ni.
Saya jugak banyak melayari blog mereka mereka  yang pernah membuat umrah/haji ni..banyak info yang saya dapat. Semuga Allah memberi hidayah kepada kamu semua.

Selamat tinggal semua..Jumpa lagi ..InsyaAllah..

p/s
penerbangan saya selepas tahun baru cina...




iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger