Friday, September 20, 2013

BUKIT LARUT,TAIPING PERAK

Pada mula nya aku dah booked apartment SilverPark Di Fraser Hill..booking dah di buat dalam bulan June lagi..Full payment pun dah buat melalui Agoda.com.
Tergerak hati nak call Apartment tu nak bertanya kan ada tak tempat BBQ disana..Langsung tak angkat walau pun berkalu2 di cuba...tergerak di hati nak call ground office nya...Alang kah terkejut bila mereka mengata kan semua booking telah di batal kan akibat masaalah mereka dengan TNB ker..so seluruh resort tu dah di seal hingga perintah mahkamah selesai. Aku tanya kenapa tak ada sorang pun yang inform saya..mereka cakap mereka dah inform pihak agoda...bila di taya pihak Agoda..mereka cakap mereka tak tau apa apa ..Kecewa dengan tindakan mereka yang berdolak dalik, maka aku minta batal kan booking dan minta full payment balik..
Cuba bayang kan,seandai nya aku tak buat call hari tu..seramai 29 anggota keluarga ku tersadai di tepi jalan apartment tu dalam kesejukan!!

Maka ..aku kena mencari satu tempat lain...Susah nak cari sebab kebanyakan resort lain dah penuh di sebab kan ada cuti Hari Malaysia.
 Dalam masa tercari2 tempat..aku teringat kan Bukit Larut...tengok di google..ada satu banglo terletak di puncak Bukit larut tu..ada 6 bilik tidur dan 4 bilik air..Living room nya besar dan selalu nya pihak banglo hanya menyewa kan bilik2 saja.Di sebab kan kami ramai..kena sewa satu banglo terus dengan kos RM840.00 semalam!
Ok..aku terus booked...dan aku sendiri tak tau apa yang ada kat atas sana...kita teroka sama sama..






Qaid kemain suka kat sini..asyik belari2..tapi menjelang magrib dia akan menangis meraung sekuat hati...pada hari kedua aku suruh abah aku buat air penawar...mana tau kot tertegur ker..Alhamdulillah..dia tidur dengan nyenyak malam tu..


Malam terakhir kami buat BBQ..tetapi barang2 semua kena book dulu..kos nya RM30.00 satu kepala(pekej paling murah sekali)...mahal tu..nak buat camner..banglo tak sedia kan dapor pun..



Ada 3 bilik lain di belakang ni..









Kalau ada sapa yang nak kesini..ada 2  banglo milik majlis daerah di sini yang boleh di sewa..Satu banglo punya 4 bilik dan pun dapaor yang boleh memasak..siap dapor gas,pinggan mangguk dan tempat BBQ...
Harga nya cuma 300 semalam. Ada satu banglo milik raja di hilir yang boleh di sewa..dua bilik kos nya 200.00 saja..Tambang jeep untuk naik dan turun ada lah 7 ringgit bagi dewasa dan 5 ringgit untuk kanak kanak. Jangan lupa bawak stokin dan baju sejuk..dan bekalan makanan yang banyak..kerana cuaca memang sejuk dan perut asyik lapar sajaa.....jangan lupa pakai kasut yang sesuai..untuk bersiar2 atau nak jelajah hutan...kerana kawasan berbukit ..DAN SATU LAGI...PACAT BANYAK ooooo

Monday, September 9, 2013

SEPTEMBER

Assalamualaikum.....semua..

Wah..dah lama benor tak menulis ni....sibuk sangat ke hulu ke hilir mengejar dunia..


Masuk bulan September saja ,aku dah mula sibuk...setiap hujung minggu ada saja pengisian nya...

Kami ke JB kerana jemputan perkahwinan anak sepupu ku yang ke 2..masa anak sulung nya kawin, kali tak dapat datang sebab urusan umrah dulu...so yang ni kami pakat  adik beradik serta abah dan makcik  datang ke sana. Abang sulung tak dapat datang sebab kesihatan isteri nya tidak mengizin kan...

Sepupu ku yang juga Dekan Fakulti Kejuteraan Awam,Prof Dr Shahrin Mohamad sangat berbesar hati melihat kami datang...Majlis nya sederhana tapi meriah..tiada pelamin dan sejujur nya sangat sederhana..Majlis nya berkongsi dengan pihak keluarga perempuan Di rumah Alumni UTM Skudai.
Dapat ku lihat sepupu2 yang lain juga datang...di sini lah kami dapat berjumpa dan bermesra...kalau tak majlis kawin atau pun kematian...tapi Dr Shahrin ni tiap2 tahun datang ziarah abah ku di BC.

Minggu sudah,kami ke Johor lagi tapi kali ni menghantar Hani yang dah habis cuti sem  nya...No more crying ok!
Kali ni di tinggal dlam kolej asrama di dalam U tu sendiri...
Naik patah pinggang mengangkut barang2 nya naik ke atas...bilik yang besar juga..seorang sebilik...
Sempat lah jugak kami ke Pantai minyak beku...entah kat mana lah PA dapat idea ke sana  ni...layan je laaaa

















Tengahari semalam, aku singgah pekan Ayer Hitam untuk mengambil tempahan mug untuk majlis kawin anak perempuan ku awal Nov ini...Jangan bimbang,,semua  yang membaca blog ni akan di jemput

Kata PA bila kotak2 di isi dalam van...udah terjongket uncle ford saya  ni....

Minggu seterus nya ...aku akan berada di sini pulak....

Pinjam gambar kat Google ya...


Kan aku dah kata...memanjang jer kami sibuk bulan september ni...

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger