apa istimewa nya bulan ni..
Tak da pun melain kan pada 19 dan 20 hb tu birthday makcik dan abah...
Tapi...pada tahun ni, perasaan risau mengganggu aku..
Kenapa ya..
Kerana satu satu nya adik perempuan ku telah di sah kan ada kanser payudara. full stop!
Selepas raya hari tu, dia rasa sakit bila membuat kerja rumah...dan dia rasa kan ada ketulan yang bergerak gerak di payudara nya. Lantas dia pergi membuat pemeriksaan di klinik panel nya dan doktor menyuruh dia ke Hosp Selayang untuk pemeriksaan lanjut.
Aku cakap usah risau, maybe kelenjar atau sist kot...
Pada hari tersebut, dia pergi sorang saja ke hospital..dengan harapan apabila selesai dia terus ke pejabat dengan teksi. Mengikut cakap makcik,biopsi dan mamogram tu tak seteruk mana...
Apa yang terjadi lain sekali...selesai mamogram doktor cakap tak nampak sangat rupa nya, tapi bila buat biopsi..walau pun telah di bius, sakit nya tuhan yang tahu..susah betul nak ambil sampel tisu di payudara dia sebab benjolan tu bergerak gerak...Adik ku menangis kesakitan dan setelah 4 kali percubaan,baru selesai.
Lepas dua minggu, dia datang dengan anak nya untuk mengambil keputusan. Memang sah dia ada kanser.
Walau sekuat mana dia dalam kehidupan nya,berita ni bagai kan meroboh kan tembok besi dalam hati nya..airmata nya bagai kan empangan pecah bila keputusan di keluar kan oleh doktor..berpelukan lah dia dan anak nya...I wish I was there too...
Doktor telah set kan tarikh pembedahan...dia minta tunda sebeb dia perlu mengatur semua jadual kerja nya di pejabat..So Sabtu depan, dia akan menjalani pembedahan ...
Entah laa..keluarga sebelah arwah mak atau abah tak ada sapa sapa yang dapat penyakit ni...baru baru ni mak tiri kami yang kena..tapi kami tiada langsung pertalian darah dengan dia..
Penyakit datang secepat kilat dan pergi bagaikan siput bergerak...
Bersabar lah dengan dugaan yang datang...
Aku ada di samping mu...begitu juga yang lain...
Semoga ianya masih di peringkat awal dan dapat diubati segera. Amin.
ReplyDeletesalam za. Penyakit kalau dah nak datang, dia takkan menoleh tempat lain lagi dah. Kami doakan yang tebaik buat dia. Berat mata memandang berat lagi bahu yang pikul.
ReplyDeleteSalam Ezza,
ReplyDeleteSyafakallah untuk adik, moga ia tabah mengharungi ujian ini.
Zah,
ReplyDeleteSemoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesabaran kepada adik Zah serta keluarga menghadapi ujian ini. Doa: 'Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.' Amiiin.
Mudahan kak ayu kuat semangat.Moga Allah berikan yg terbaik utk dia.amin
ReplyDelete