Wednesday, September 5, 2012

Cuti cuti merdeka....

Cuti hari Kemerdekaan yang lalu kami anak beranak bersantai bersama sama,kecuali Alin dan suami nya yang tak dapat bersama kerana ada urusan lain.

Kali ini kami ke Bukit Gambang Resort Kuantan Pahang.

Perjalanan bermula selepas solat Jumaat dan menghantar kucing kucing ke rumah penjaga ....

Aku dan PA menaiki uncle ford bersama ration untuk 3 hari...

Anak anak yang lain menaiki kereta bersama kakak kakak nya.

Apis dan isteri dan anak nya bertolak awal ke sana dari Shah Alam kerana Nadhirah ada tugas di Gambang..sekejap jer kata nya..

Oh ya..Penginapan kali ni di taja oleh Nadhirah yang kebetulan bertugas di ibu pejabat Gambang Resort di Serdang.

Turut serta dalam percutian kali ni ada lah tunang Mira, Ezrei dan kawan Zira, Shafiq dan anak buah ku , anak istemewa Ikhmal Jamil...

Memang seronok betul cuti2 ni...Apartment kami  Arabia , mengadap kolam renang yang membiru baru saja siap..sangat cantik dan puas hati. Dan hanya kami saya penginap nya ...hahahha

Kami tiba hampir senja. Selesai memunggah barang, masing2 mencari pinggan ,,lapar kata nya.

Sejak pagi aku masak..sambal tumis udang petai,ayam goreng kunyit dan kari daging serta sawi tumis kicap...

Selesai Maghrib, kami keluar ke Mini Funfare yang terletak di bangunan lobby..wah ada pedati berkuda ala ala cerita Cinderella...

Masing masing nak naik crazy bus..sebab nampak comel jer bas nya...aku nadhirah serta cucu tak naik pun...seram aku nengok...

Bila mula bas bergerak, aku dapat dengar suara anak anak ku menjerit...makoii..kemain nya kuat!!

Bas comel ni bergerak ke atas dan kebawah boleh buat sakit kepala dan senak.....

Yang naik nya satu hal, yang melihat pun naik seriau!





Lepas tu mereka naik ni...

Entah apa nama nya..kekdah nya macam masuk dalam mesen basuh muatan depan jer...eeiii...



Bila keluar, masing masing mengeluh pening dan mual...

Tapi masih tak serik lagi tu...

Menonong jer naik bende ni pulak....


Nampak macam ok jer tapi yang ni lah paling seriau....

Bila selesai...ada yang muntah terbeliak..termasuk lah PA..

Hmm..ingat kan terer sangat bang oii...

Kesudahan nya...

Semua balik awal..telan panadol dan ada yang sambung muntah kat apartment....

Esok nya...

bangun awal..breakfast kat cafe..dan mula masuk water theme park...



Selepas selesai mandi manda, kami bercadang nak dinner  seafood di Tj Lumpur Kuantan...


 Kedai ni kami pilih sebab banyak entry pasal ikan bakar di internet. yang di tambah petai. Tapi service nya lembab dan lala yang tak fresh membuat kami semua sakit perut hingga berangkut ke hospital pada tengah malam ...

sepatut nya video ni di bawah sana..salah letak dan tak boleh di undo....

Selesai lah cuti hujung minggu kami.Lepas ni 3 orang anak anak ku akan menghadapi peperiksaan besar. Yaya akan menghadapi UPSR minggu depan, Mimi pula dengan PMR nya dan Hani dengan SPM nya...
Kepada kawan kawan yang ada anak macam saya ni....sokong lah mereka walau apa pun keputusan nya....Anak anak sekelian,selamat maju jaya...Banyak kan doa dan solat hajat...

2 comments:

  1. salam za. seronoknya jalan-jalan dan berkumpul dengan keluarga.

    Pasal rendang tu. Bawang merah e memang coet je. Macam tak percaya sebab kalau kita merendang, bawang mesti banyak. Diorang kata bawang tu yang buat rendang lembap. Sebab tu sikit tapi santan kena banyak. Kunyit tak payah. Kerisik tak payah. Bawang putih haah.. 3 labu. Kalau besar besar 2 labu setengah pun cukkup. Cubalah za. Sedap.

    ReplyDelete
  2. Seronok jalan2 sekeluarga..makchaq la ni jarang dapat jalan sekeluarga, pakchaq susah sangat nak cuti.. dia suruh kami pi anak beranak, tapi tak best pulak bila dia tak ikut..
    minggu ni pun dia dah beli tiket nak balik sini, tiba2 telefon cakap bos dia nak buat meeting hari sabtu, kat kedah dah la cuti jumaat sabtu.. burn ja la tiket..

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger