Thursday, March 22, 2012

Pantun teka teki

Ikan selar dalam kuali,
Kuali diletak celah dapur;
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor? 

Tanam pisang sulung tahun,
Malam-malam tanak nasi;
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

Buah cermai di dalam dulang,
Tepung digaul minyak sapi;
Anaknya ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-api?

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun?

sila lah bagi jawapan....

7 comments:

  1. Ezza pun dah main pantun teka teki...

    Tak apa, kakcik bagi peluang orang lain jawab. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik
      pantun saya bukan ori pun,,ciplak orang punya...pening mikir kan jawapan nya tu yang taruk kat blog ni..heheheh

      Delete
  2. Aunty Ezza,
    Ooohhh...pantun memantun ye? Meh kita jawab.

    Buah pisang di dalam peti,
    Cempedak goreng di mangkuk sia,
    Ambil pinggan makan semuanya;
    Teka teki kita tak reti,
    Kita kan kucing bukannya manusia,
    Tidur ngan makan aje tahunya.

    purrr.....meow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa..kalau kucing tau jawap...kita bagi sekor kingfish..nak tak angelinaaaaa

      Delete
  3. jawapan no 2, lemang. no 5 payung. no 4 mancis. yang dua lagi, malas nak pikio.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la tu Alang..amboi amboi...nak gi umrah ya.tadi tak cakap pun....Selamat Pergi dan kembali Nek lang dan Nek Ngah...Semoga mendapat ganjaran dan pahala di sana...

      Delete
    2. Aik, satu dunia sudah tau ke? Ezza, kita merancang, Allah menentukan....tak jadi, masa tu tati belum tau lagi. Alang pun tak nak beritau Ezza. Tapi saya Ameeen kan doa Ezza, InsyaAllah, ada rezki. sihat dan panjang umur, akan pergi juga Umrah.

      Delete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger