Sabtu lepas ,semua anak anak berkumpul di rumah....di tambah dengan 2 menantu dan sorang cucu..kami ke Port Dickson untuk bersantai..Dah lama tak berkumpul ramai ramai begini...So bila aku baca Groupons ada offer apartment 3 bilik kat Glory Beach Resort,aku grab terus..Murah pada ku..cuma bayar RM200 saja untuk semalam.
Apartment yang mengadap laut,beraircond sangat selesa bagi kami semua..Terasa rugi pulak kerana bermalam untuk semalam saja...
Aku bangun awal pagi bangun untuk masak untuk makan tengahari di sana. Nasi tomato,ayam masak merah,kari daging,jelatah...biar lah badan penat tapi hati ku puas...
Cucu pun tak banyak ragam...lepas sorang sorang mengelek dia..macam kena hurung semut!
Aku tak jejak pantai pun..panas sangat..lagi pun meneman kan menantu dan cucu yang tak turun... |
Abah..boring nyaaa... |
apis dapat ikan Talang tapi di lepas kan semula ke laut.. |
Firdaus pun sama mencuba nasib! |
yang duyung terperangkap! |
masing2 pakat buat surprise untuk apis yang birthday dia pasa 4 march, belated birthday buat Alin dan Ezrei pada 21/2 |
bilik kami...selalu nya penuh dengan anak anak pompuan |
belum lagi 2 bulan tapi nampak cerdik sangat... |
Qaid dengan Mummy |
Apa lah PA ni..kita tertidur pun dia nak ambik gambar... |
Balik dari PD...
Rumah kena geledah!
Siapa lah Virus yang buat kerja ni...
Lappy Zira yang baru 3 bulan dia beli hilang..bilik belakang habis bertabur..-nasib baik lappy apis, alin dan lappy aku yang Mira pinjam tak tinggal kat rumah hari tu..kalau tak..kenyang lah pencuri tu...
Tingkap depan dan belakang kesan kena umpil..
Tapi mengikut jiran sebelah, dia dengar bunyi pintu belakang di buka dalam jam 11 pagi hari Ahad..dia tak perasan pulak yang kami tak ada sebab kereta Zira ada kat depan!
Polis cakap ini kerja budak dadah..mungkin dia perasan kami keluar ramai ramai hari sabtu tu..
Aku dah rasa tak sedap dah..sebab yang aku bimbang kan ialah keselamatan anak anak dalam rumah tika kami tiada di rumah...barang yang hilang boleh di ganti..tapi kalau anak anak macam mana ni...
Orang asing boleh keluar masuk sesuka hati dalam rumah ni...
Geram marah semua bersarang dalam kepala..kalau lah aku tau sapa punya kerja ni...mau aku kerat kaki tangan dia ni..Grghhhrrrrrrrrr
siannya rumah kena geledah...sabar yea
ReplyDeleteSeronok tengok you all punya photos kat PD..beautiful family pictures!hehe..kalah keluarga Kardashians!
DeleteTakper Zah..geledah ambik laptop jer..mujurlah nobody kat rumah..syukur2.
Eh eh Zah..kat mana I komen ni?? hehehe
DeleteRumah jiran kakcik (betul2 sebelah rumah kakcik) dipecah masuk pagi Ahad lalu. Selain barang berharga dalam rumah (barang kemas, lappy dan duit), penyamun itu juga bawa lari Merc S-Class! Mujurnya kereta itu dilengkapi sistem satelit, bolehlah dimatikan enjinnya di tengah jalan. :(
ReplyDelete