Wah..dah lama benor tak menulis ni....sibuk sangat ke hulu ke hilir mengejar dunia..
Masuk bulan September saja ,aku dah mula sibuk...setiap hujung minggu ada saja pengisian nya...
Kami ke JB kerana jemputan perkahwinan anak sepupu ku yang ke 2..masa anak sulung nya kawin, kali tak dapat datang sebab urusan umrah dulu...so yang ni kami pakat adik beradik serta abah dan makcik datang ke sana. Abang sulung tak dapat datang sebab kesihatan isteri nya tidak mengizin kan...
Sepupu ku yang juga Dekan Fakulti Kejuteraan Awam,Prof Dr Shahrin Mohamad sangat berbesar hati melihat kami datang...Majlis nya sederhana tapi meriah..tiada pelamin dan sejujur nya sangat sederhana..Majlis nya berkongsi dengan pihak keluarga perempuan Di rumah Alumni UTM Skudai.
Dapat ku lihat sepupu2 yang lain juga datang...di sini lah kami dapat berjumpa dan bermesra...kalau tak majlis kawin atau pun kematian...tapi Dr Shahrin ni tiap2 tahun datang ziarah abah ku di BC.
Minggu sudah,kami ke Johor lagi tapi kali ni menghantar Hani yang dah habis cuti sem nya...No more crying ok!
Kali ni di tinggal dlam kolej asrama di dalam U tu sendiri...
Naik patah pinggang mengangkut barang2 nya naik ke atas...bilik yang besar juga..seorang sebilik...
Sempat lah jugak kami ke Pantai minyak beku...entah kat mana lah PA dapat idea ke sana ni...layan je laaaa
Tengahari semalam, aku singgah pekan Ayer Hitam untuk mengambil tempahan mug untuk majlis kawin anak perempuan ku awal Nov ini...Jangan bimbang,,semua yang membaca blog ni akan di jemput
Kata PA bila kotak2 di isi dalam van...udah terjongket uncle ford saya ni....
Minggu seterus nya ...aku akan berada di sini pulak....
Pinjam gambar kat Google ya... |
Kan aku dah kata...memanjang jer kami sibuk bulan september ni...
No comments:
Post a Comment
Share my thought