Kalau di tanya kenapa suka pada hutan dan alam..saya jawap mudah saja..sebab mesra alam dan murah kos nya..nak pergi jauh jauh mana ter-duit..anak ramai nak menempel so ini saja yang termampu..
Sebenar nya, aku punya suami yang paling suka pada sederhana..nak bersama anak anak tak perlu pergi jauh jauh....
Dulu masa anak kecil kecil, kami punya deretan khemah..yang tinggi, yang besar dan cakap saja...sangat sesuai berkhemah tepi laut,dalam hutan atau pergi mandi air terjun...
Siap dengan alatan memasak seada nya..
Aktiviti ni terhenti sebentar di sebab kan anak anak masih belajar banyak duit di perlu kan dan masa PA yang terhad..komitmen terhadap kerja dia pun sekian berat..
Sekarang ni ada lah lega sikit bila anak anak dah mula bekerja..Alhamdulillah...tak seberat macam dulu..
Sekarang ni boleh lah kalau nak membeli gincu yang mahal sikit..beg yang selesa sikit...dah tak jadi masaalah..kalau nak pergi facial pun anak yang akan membawa dan membayar nya...to tell you the truth..ini lah kali pertama saya berfacial...dah naik jeragat muka ni ...
Sabtu lepas, kami sekeluarga tak termasuk apis pergi lagi ke Broga..
Kali ini atas permintaan adik ipar ku Nora yang teringin nak ke sana..
Kami keluar awal dari rumah seawal 430 pagi...langsung tak tidur malam aku ni takut terbabas..
Tiba di simpang masuk ke Broga jam 545 pagi..call alin..kata nya dia dah sampai kajang..
Call adik Ipar ku Nora..kak..kami kat tol Sg Besi ni...
Mak oii..baru sampai tol Sg Besi!!!
Kak..Broga ni kat mana...aku dengar suara adik ku Hj Rozman bertanya...
Aku dah garuk kepala...Kajang..pastu ke semenyih ikut jalan lama...
Ko drive laju lah sikit...tak kan nak panjat bukit waktu matahari dah naik......Panas tau!
Bila dia sampai..jam dah hampiri 7 pagi..buat acara stretcing dan terus naik...ramai betul orang kali ni...
Tapi yang naik tu..diaorang laa termasuk maid adik aku....aku ,Rozman dan Alin tak naik pun...hahahahhaa
Hani dan my menantu Firdaus... |
Nora dan anak bongsu nya Farid... Farid: Ibu ...tak da kipas dan aircond ke kat sini? Payah nak jawap laaa..hehehe |
Jumpak lak orang kampong kat sini/... |
Yaya dan Fatihah |
BFF cum cousin...asyik berborak saja |
Mimi dan Taufik..sepupu |
Big applause to me kerana berjaya turun dari Alphard saja...hehheeh |
Alamak!..Bibik manaaaa..... |
Mira dan Ezrie..minggu lepas keluarga Ezrie datang merisik...So Dec ni jajni di ikat laa |
Akhir nya Bibik di jumpai oleh Fikri dan Taufik yang terpaksa memanjat bukit semula mencari Bibik..yang masih mencangkung kat spot yang sama gak..hahhaha Selesai semua..kami ke Sg Tekala..Mandiiiii |
Perancangan selepas ni...TAMAN ALAM KUALA SELANGOR
seronoknya...
ReplyDeletetak terlarat saya nak naik turun bukit..
cuti ni pun takdan nak kemana-mana - melayan program sibongsu jer ler,..
alam Quennie
DeleteSaya pun dah tak larat nak panjat panjat ni tapi saya bagi semangat kat anak anak supaya beriadah begini...dulu masa muda muda ,perjalanan saya sentiasa di sekat oleh keluarga yang risau kan saya so saya simpan satu azam supaya anak anak tidak rasa apa yang saya rasa dulu...
nak gak smp situ..meriah gile tengok ramainya org mendaki.rasa sedih gak tak dpt mendaki mcm dulu2 kalau pegi pn.bestnye mandi sungai.sy jd takot mandi sungai lepas akak ckp psl kencing tikus tu
ReplyDeletebest tengok org mendaki, meriah, ramai betul ye.mcm nak pegi jugak tp mesti tak mampu nak daki mcm dulu2..lutut dah sakit kan.jeles tengok uols mandi sungai..saya jd fobia lepas akak ckp psl kencing tikus..kt mana la broga ni eh
ReplyDeleteAin
Deletemula nya memang tak nak mandi sungai ni pun tapi di sebab kan budak2 dah berlengas panas dan peluh so terpaksa di ikut kan jugak. Lagi pun kat sini takda papan tanda larangan pasal kencing tikus ni. Tempat lain ada ...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWahhh...meriahnya kak. Saya walaupun duduk dekat tak pernah memanjat bukit broga tu. Nanti anak2 dah besar sikit nak jugak buat aktiviti macam tu.
ReplyDeleteBibik tu kalau tak dijemput smapai ke malam agaknya dia mencangkung kat situ. setia betul!