Tuesday, December 6, 2011

Woodland resort..

Semasa di Taman Negara, kami tak da buat reservation penginapan, main redah jer..

Tapi banyak chalet chalet di tepian Sg Tembeling..rasa nya penuh semua nya..

Bila kami nampak Rainforest resort, kami pun masuk jer jalan ke dalam...rupa nya ada satu resort lain di situ.

Woodland resort nama nya...




Ok jugak resort ni...rupa nya ada bilik kosong..kami mintak bilik besar ..satu jer...

kami di beri bilik deluxe yang ada 1 katil kingsize dan dua katil singles..dan ada ruang yang agak luas jugak..sesuai untuk solat dan tidur..

 Aircond nya ada dua unit dan keperluan asas yang lain.

Harga tak mahal pun..cuma RM220.00 semalam..bersebelahan dengan swimming pool..


budak lelaki tu ada lah anak sedara I..Taufik nama nya..



ada free breakfast untuk 4 orang..tapi kami ada 7 orang semua nya..yang selebih nya kami bayar laa..

Rupa rupa nya cuma kami saja penyewa nya,,,,hahhaahaa...

pool tu cuma  anak anak kami yang mandi...



Buffet pun hanya kami jer yang makan...

Resort tu cuma 10 minit berjalan kaki ke jeti sungai..ok laaa

Dinner secara ala carte..

Di sebab kan tak da orang lain, mereka cuma ada ayam dan daging lembu saja dan sedikit sayuran..

Maka ini jer dinner kami...

tomyam ayam,telur dadar dan daging goreng kunyit...


Tak mahal pun dia charge..RM 88.00 saja untuk 7 perut yang lapar...hahahaha

Nak menunggu makanan siap...dari mula berita pukul 8 malam hingga start Majalah 3..sejam menunggu walau pun tak da orang lain....

Nasib baik sedap  atau perut kami yang lapar!

P/s
Kalau nak ke sana pasti kan anda membawa cash ya..card credit ni susah sikit sebab line talipon dan internet selalu rosak...Dekat sini tiada ATM pun yang yang paling dekat kat pekan Jerantut yang jauh nya 56 km atau sejam perjalanan. Jangan dok fikir jalan dari Kuala Tahan  ke Jerantut ni  macam jalan kat tempat kita ya...very bumpy road ..sekejap kat atas sekejap kat bawah...Lembu lembu banyak berkeliaran di tepi jalan dan ada banyak jerangkap samar@taik lembu...Dan pasti kan tank kereta anda penuh!





3 comments:

  1. kenapa tak ada orang lain sewa situ. mujur ada bilik kosong. saya tertarik nak cuba.

    ReplyDelete
  2. Banyak orang cancel reservation sebab musim tengkujuh kot...dua minggu sebelum ni banjir besar kat Taman Negara ni..tapi masa kami ada, terang benderang saja..rezeki kami lah tu...

    ReplyDelete
  3. Best gak tu tak kongsi dgn orang lain. Monopoli kolam renang.

    Terimakasih info yang berguna.

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger