Thursday, November 10, 2011

Cik Manja kita.....





Manjakani" (Oak galls di dalam bahasa Inggeris) datangnya daripada pokok Oak asli ke Asia dan Persia. Ianya terhasil apabila daun pokok oak (nama saintifiknya dikenali sebagai Quercus Infectoria) disuntik tebuan berbisa. Reaksi kimia secara spontan yang disebabkan daripada suntikan itu menstimulasikan daun itu untuk menghasilkan bebola keras yang dipanggil manjakani.


Kaya dengan tanin, vitamins A dan C, kalsium, zat besi, asid tanin dan gallic, serat, protein dan karbohidrat, manjakani mengandungi suatu keunikan ubatan dimana berfungsi untuk memulihkan kesihatan, semangat dan tenaga dalam vagina. Telah dikenali sejak zaman dahulu kala, orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu secara tradisionalnya telah menggunakan manjakani selepas kelahiran dan merawat vagina dan jangkitan berkaitan.






Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakanya di import daripada India.Ia mempunyai sifat astringen,antiseptik dan hemostatik.Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan,peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.
Manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.


Kegunaan @ Khasiat

1.     Awet Muda – Anti oksidan dalam manjakani dapat mengurangkan proses penuaan.
2.     Pencegahan Diabetis - Gallic Acid dapat membantu mencegah diabetis ;  asma.
3.     Pencegahan dari kanser serviks dan payu dara
4.     Pencegahan dari bau yang kurang menyenangkan / keputihan (kandungan  estrigent dalam manjakani membantu menyingkirkan jangkitan bakteria, ragi dan fungus yang mendatangkan bau kurang menyenangkan di kawasan intim).
5.     Menyembuhkan tisu vagina (tannins dalam manjakani dapat menegangkan otot faraj dan melawan kehilangan keanjalan kulit selepas kelahiran bayi, proses penuaan dan pertukaran hormone).
6.     Mengurangkan lebihan mukus, membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga.
7.     Kecantikan kulit & mencegah jerawat
8.     Kesihatan mata-memperbaiki tahap penglihatan
9.     Rawatan Payudara
-tabiat meminum manjakani dapat mengembalikan keanjalan payu dara.
10. Rawatan tulang & gigi
-kalsium dalam manjakani dapat menguatkan gigi dan tulang
11. Memelihara kebersihan mulut
12. Mencegah dari kulit kering dan berminyak
13. Merawat barah kronik
14. Kaya dengan vitamin
15. Mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran


I ambil dari blog sapa ntah.....


bagus untuk kita ni...

7 comments:

  1. Zah? Manjakani..hehehe
    Lama I tak take it..must lah walaupun dah divorce..afterall it's for good health too..:DD

    ReplyDelete
  2. salam kenal

    singgah sini terus follow

    kalu sudi, jom follow ai pulak

    selamat berkenalan

    ^_"

    ReplyDelete
  3. Kak Ezza...
    Aina ambik pil aje...nak rebus2 dan minum airnya yang pahit2 kelat tu tak tertelan kecuali masa dlm pantang...tu pun terpaksa...

    ReplyDelete
  4. gitu rupanya buah manjakani.Sekali tengok ingat buah laici.

    ReplyDelete
  5. baru tau rupa manjakani dan khasiatnya. patutlah saya tak awetmuda.

    ReplyDelete
  6. Ya, mungkin karena itu

    ReplyDelete
  7. manjakani kalau nak makan, elok minum air rebusan dia jer, jgn makan ngan isi2nya, getah dia kalau dah melekat kat usus, bahaya, lama2 jd penyakit takleh nak ubat lg...

    manjakani teman baikku..hehehe...

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger