Sunday, August 14, 2011

kisah masyarakat....

Membaca blog kak Pah yang terbaru ni,
teringat cerita adik ku yang tinggal di Sg Buluh.

Dia bercerita yang satu awal pagi..dalam pukul 3 am,
Polis telah menahan sebuah kereta yang mencuriga kan di BRP...
Di dalam nya terdapat 5 remaja lelaki  berusia 17-23 tahun.
Bila pemeriksaan di buat,
terdapat 4 bilah parang panjang dan sebilah kapak di bonet kereta

Remaja2 tersebut terus di tahan di balai polis berdekatan.
Memang kawasan tersebuat sering berlaku pecah rumah mengguna kan parang panjang dan kapak.
Memecah masuk ke rumah orang sekuka hati ala Gangster dan tiada perasaan takut dan peri kemanusian terhadap orang lain...Kalau melawan terus saja di  slash mangsa tersebut.

Keesokan hari  adik aku  datangi oleh sepasang suami isteri ..
Meminta jasa baik adik aku yang mengenali ramai 'yang berhormat'  agar dapat campur tangan bagi melepas anak anak mereka yang di tahan dalam lokap malam tadi.

Oh..anak anak encik ke...tanya adik ku itu...

Yelaa..mereka tu budak budak...apa nak jadi kalau mereka masuk penjara nanti..
susah laaa...

Adik aku terkedu mendengar kata kata ayah nya...

Lama adik aku berfikir ..

Encik...Pernah tak terfikir perasaan orang yang kena slash tu...
macam mana takut nya mereka bila tiba tiba anak anak abang menyerbu masuk ke dalam rumah mereka sendiri..
Lari masuk bilik utama...mereka pecah kan pintu bilik dengan kapak!
Cuba melawan tapi mereka tetak dengan parang panjang...hampir putus..
tau tak encik kesakitan yang mereka tanggung..
Ibu mereka di hentak dengan ulu parang hingga bengkak bahagian mata kerana mereka ingain kan gelang tangan nya..

Mereka tu Encik..ada lah jiran jiran saya di kawasan ni..

Pernah tak abang terfikir keadaan mereka sekarang ni...

Dan Encik senang kata mereka tu budak budak..

Encik tak sedar ke di mana anak anak encik tiap tiap malam...

kenapa jam 3 pagi masih ada di luar rumah lagi..

Encik tak pernah tanya ke apa mereka buat selama ni....

Kedua suami isteri tersebut senyap tanpa kata...

Di wajah mereka terbayang perasaan malu yang besar.

Tanpa berlengah lagi, mereka berdua berlalu pergi...

Dengar cerita, mereka langsung tak menjenguk anak anak mereka di lokap polis...
dan tak tau lah apa yang terjadi selepas tu...

Sekarang ni...jangan di sangka orang asing saja yang berani buat kerja macam ni...
anak anak melayu kita dah mula berperangai macam syaitan...langsung tak ada belas kasihan terhadap mangsa.
Baik yang meragut atau pun  mencuri...

Mana pergi nya perasaan kasih sayang sesama insan ...



2 comments:

  1. bagus di basuh . kalau nak tau banyak ibu bapa yg sanggup guna kapal sengeyth utk bela anak mereka yg salah., si kapal ni pandai spin, so hakim dan pendakwa pun pening..
    lepas..tapi satu tanah hak dan rumah hak...tergadai....... hanya kerana apa nak jadi "Yelaa..mereka tu budak budak...apa nak jadi kalau mereka masuk penjara nanti..
    susah laaa..."
    rasanya kalau dgn mak bapa macam ni, elok bebudak tu duduk kat penjara, boleh ada didikan disiplin dan sekolah. ada kemahiran.. kurang kurang keluar boleh jadi manusia.. dan boleh belajar ugama juga..

    ni semua mak bapa dah mua dari kecik ....

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger