Aku terpempan bila ada kawan lama mengata kan dia cuma berkawan dengan kawan yang 'menjadi ' saja...
Oh..orang yang tiada kareer bergaji lumayan macam aku ni bukan lah kawan dia.....
Kenapa lah begitu senkek pemikiran kawan yang mengaku dia hebat...ada kerja bagus dan berpendapatan lumayan...
Hina sangat kah aku yang berstatus Suri rumah tangga saja, yang punya anak lapan orang dan mengharap duit suami saja?
Aku pun tak punya rumah besar, kereta besar dan duit berkepuk2 percutian luar negara untuk aku hebah hebah kan...
Mula nya aku tak berapa kisah apa yang dia cakap tu...
tapi lama lama hati menjadi sakit....
Kalau kau tak mau jadi kawan pun tak apa lah...
sebab aku pun punya ramai kawan lain yang tak pernah kisah sapa diri aku ini.
Kawan yang menerima aku seada nya dan aku pun tak kisah nak berkawan dengan sesiapa pun...
Kawan yang boleh berbual,bergelak sakan dan menegur kesilapan aku..
Aku sayang kamu semua..
Motto...kawan biar beribu.....musuh tak mau..
..
Aunty Ezza,
ReplyDeleteToksah kawanlah orang macam tu. Meh kawan Angelina je. Mama kata kadang2 kena juga pilih kawan. purrr....meow!
meh kawan dgn saya kak...
ReplyDeletekita kiss-kiss-hug-hug.
pedulik kan dia. hehehe
Kak, saya pun pernah kena lebih kurang mcm tu jugak cuma ayatnya 'sy berkawan dgn org yg berbaloi je' adoi pedihnya kak, padahal bukan rapat bebenor pun.
ReplyDeleteMalu saya dengar kata-kata orang tu Zah. How could people tergamak cakap macam tu. Allah tu Maha Kaya, hari ni Dia bagi entah esok Dia ambik balik. Sapalah sangat kita dan apalah sangat harta kekayaan kita?
ReplyDeleteTeringat masa budak-budak dulu. Bola bergaduh aje, "tak nak kawan engkau"
ReplyDeleteAngie
ReplyDeletekita pun tak kuasa nak layan orang yang macam tu.....cuma geram jer..
Tijah
ReplyDeletejom kita main masak masak laa...
kak puteri..
ReplyDeleteyang cakap tu kawan baik saya masa tingkatan satu...
dia pernah datang rumah saya dan saya pun pernah tidur rumah dia.
First time jumpa balik after 35 years,
dia cakap dia tak ingat siapa saya...apa lagi bila dah tau saya ni tak berkerja dan punya anak ramai..
Malu betul saya ni bila dia kata macam tu depan orang lain....
Alang...itu budak2 alang..
ReplyDeleteni masing2 dah jadi mak budak...
PT
ReplyDeleteawak pun pernah kena?...tak pa..kawan ngan saya jer...hahahaa
pada saya kawan tu ialah orang yang boleh mendengar kita dan memberi attention kat kita masa kita susah dan senang,dan satu lagi bukan kategori jahatlah. berkawan bukan untuk bagi kita kemewahan pun. so maknanya tak kiralah tua, muda, miskin, kaya.
ReplyDeleteTak rugi kalau tak berkawan dengan orang sebegitu..
ReplyDeleteSemoga dia tak ganggu kita semasa dia kehilangan apa yang selalu dia bangga banggakan...
Zah,
ReplyDeletetu lah kan... kawan baik kita masa sekolah dulu.... kekadang ada di antara mereka yg byk berubah, sampai kita tak leh nk ngam macam dulu. I ada sorg kawan yg selama ini i dok cari dia.. bila jumpa balik di FB, i excited gila nk jumpa dia (after 32 yrs tak jumpa), tp dia macam tak kisah je....
Kita kawan je lah dgn org2 yg nk kawan dgn kita... tinggalkanlah tu sebagai kenangan lama... mmg sedih kan...
I pun baru setahun dua ni je kenal you, tp rasa macam dah lama kenal, esp bila pekena cokodok dgn sampai tumis (hint hint tu!), hehehe....
macam i kata lah... pinggan tak retak nasi tak dingin, org tak nk aku pun tak ingin...