Thursday, April 21, 2011

Bila pulang nya tidak di nanti

Sedang kami berbual bual sambil makan kueh putu piring
 yang kami beli dari pasar malam dan menghirup teh tarik di kesejukan malam selepas hujan lebat petang tadi, tiba tiba telepon berdering...Tuan rumah bergegas mengangkat talipon dan menjawap nya di dalam rumah. Tiba tiba dia memanggil isteri nya...air muka mereka berdua berubah...

Si isteri keluar dan bercakap dengan suami nya dan kami berdua...dia balik cuti dan dah ada di komuter PK..minta tolong ambil kat sana..Sapa yang pergi ambik ni..suara suami nya kedengaran agak marah. Minta tolong ajis ni..boleh tak ...
boleh boleh..kata suami ku...

Dengan hati yang tidak rela, pergi lah mereka berdua ke PK..

Dalam masa menunggu tu, dia berkata dengan ku..akak rasa dia buat hal lagi ni Zah..
mesti dia buat hal yang sama ni..kalau tak , tak kan dia balik mengejut ni...

Aku memang dah tau masaalah budak ni...bukan kecil masaalah nya, bukan sedikit hati dia suami isteri ini calar menahan derita.

Aku sendiri tiada kata kata untuk menasihati nya...dia lebih tahu..lebih mengerti..dan menanggung segala gala nya kerana perbuatan anak  yang tak berguna. Malu jangan cakap laa..Air mata nya bagai kan empangan yang pecah bila bercakap pasal anak nya ini.

Tapi di sebab kan perasaan seorang ibu ...mana mungkin dia tidak menerima anak sendiri kembali. Biar pun pernah di herdik, di lempar kata kata kurang ajar terhadap nya,  masih mau menerima dia kembali..walau pun dia tahu apa yang bakal terjadi..Si ayah terang terang tak mau dia kembali...masa dalam kereta, langsung tiada kata kata yang keluar..senyap sunyi jer dalam perjalanan tadi..

Ini lah bahagian masing masing. Aku pasti setiap keluarga pasti ada cerita tidak enak tentang anak anak...ini lah yang di kata kan cabaran hidup.

Aku berdoa agar anak nya itu dapat merenung perbuatan nya selama ini......
umur pun dah menghampiri 30..
sudah sudah lah menyeksa mak dan ayah...
Bertaubat lah....
Pandang lah wajah emak dan ayah kamu...
mereka dah tua..dah lelah..

Kalau tak dapat menolong pun,
Jangan lah di tambah bebanan mereka...

Cukup cukup lah tu......

5 comments:

  1. Ezzah... kita semua mempunya anak2... dan setiap anak ada ragam mereka... Diharap semoga anak2 kita semua tidak membebankan kita dengan masalah2 yang berat...

    Anie tak pernah putus berdoa setiap kali solat... agar anak2 anie diberikan taufik & hidayah... serta menjadi anak yang berguna dunia akhirat...semoga diperkenankan doa2 kita yang baik2 kepada anak2 kita semua...

    ReplyDelete
  2. za,
    kita ni mak bapak sentiasa berdoa anak-anak kita berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. menjadi pula manusia yang baik terhadap kita, masyarakat dan negara. Adalah satu bonus besar sekiranya anak2 kita semuanya menjadi.
    Tapi sekiranya ada yang seperti yang za ceritakan itu memang besarnya dugaan yang Allah beri..

    ReplyDelete
  3. Dugaan buat ibubapanya,kita sentiasa diduga dengan berlainan cara.
    Moga2 suatu hari nanti dia menjadi anak yang taat pada ibubapa dan suruhan,insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. kak ezza...

    anak2 dan harta adalah ujian untuk kita sebagai manusia...didikan yg sempurna telah diberikan andai tak menjadi itulah ujian.

    semoga anak ini cepat berubah, mendapat hidayah! sebagai ibu bapa doalah yang terbaik. selalulah berolat hajat...insyaallah...

    takkan ada ibu bapa yang sanggup membuang anak tetapi ada anak2 yg sanggup membuang ibu bapa!

    ReplyDelete
  5. Sedih pulak kak Ezza. Hope dia di beri hidayah...

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger