Friday, March 4, 2011

Pesanan buat anak lelakiku...

Yang bakal menjadi suami....


bila suatu hari nanti kamu beristeri
ingatlah bahawa isterimu bukan abdi
padanya kasih wajib kau beri
nafkah zahir dan batin jangan sesekali kau pandang sepi

walau telah banyak wang kau keluarkan
isterimu sama sekali bukan hamba tebusan
bila langkah tidak seiringan
bukan bermakna kau harus mencari persimpangan

isterimu mungkin bukan pilihan hati
tapi dia jodohmu yang ditentukan Ilahi
belajarlah untuk saling mencintai
bukan kesalahan yang sengaja dicari-cari

kalau dia memang yang kau pilih
janganlah suatu hari nanti kau mula berdalih-dalih
rawatlah segala luka dan pedih
mekarkan kasih sehingga pulih

bila sudah hidup bersama
kongsikan segala suka dan duka
jalankan tanggungjawab besama-sama
bukan hanya tahu mengarah sahaja

kalau kalian sama bekerja
jangan kau cuba menjadi raja
bantulah tugasan di rumah sepenuh rela
agar isterimu boleh merawat dirinya

jangan nanti kau mencebik-cebik
kononnya isterimu tidak lagi cantik
sedang penatnya tak pernah kau telek
hanya yang kau tahu memekik-mekik...

apa saja yang kamu laku kan
mesti berlandas kan ajaran agama
mak abah dan adik2 jangan kau lupa
juga si puteh yang sudah tua...


(terima kasih kakcik kerana membenar kan saya copy)

Hari ini dah 27 tahun usia mu..


9 comments:

  1. Aunty Ezza,
    Bila kendurinya? purrr.....meow!

    ReplyDelete
  2. sebelah perempuan 1-2 April ni...

    sebelah akak 10 April..sila lah datang...abang puteh tunggu....

    ReplyDelete
  3. Sama-sama Kak Ezza... semoga anak2 kita memahami... :)

    ReplyDelete
  4. Auw! Abang Puteh ku....tapi kasi mandi dulu biar dia wangi n putih melepak tau! purrrr....meow!

    ReplyDelete
  5. kak ezza tahniah...dah nak bermenantu lepas tu dah nak jadi opah. cepatnya masa berlalukan?

    ReplyDelete
  6. Salam Ezza,

    Wah ! jejaka tu samalah usia anak Kak Yan yang sulung...tapi birthday day lambat lagi, bulan November. Hari ni adalah hari jadu Cik Din yang ke 56 :-)

    ReplyDelete
  7. sedey bila mbaca n3 'pesanan buat anak lelaki'.trmksh bbyk pd penulis yg memahami.klu smua pesanan d'ikuti,Insyaallah tidak ada penceraian dn perbalahan dlm kehidupan b'rumahtangga.(elani)

    ReplyDelete
  8. My partner and I really enjoyed reading this weblog submit, I used to be simply itching to know do you trade featured posts? I'm always looking for somebody to make trades with and merely thought I'd ask.

    ReplyDelete
  9. My neighbor and I had been just debating this specific subject, he's normally searching for to show me incorrect. Your view on that is nice and exactly how I actually feel. I simply now mailed him this website online to point out him your own view. After trying over your web site I book marked and can be coming back to read your new posts!

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger