Sunday, January 2, 2011

Cerita kedai....

Aku berada di sebuah pasaraya mini berhampiran dengan rumah semalam. Mira nak mencari toiletries dan sebagai nya kerana ahad dia kan pulang ke kolej.

Sedang aku mencari cari di mana kah rak minyak masak yang sungguh aku tak faham kenapa kosong saja di semua kedai dan supermarket, aku terdengar suara orang seperti sedang bertengkar di kaunter pembayaran...

Suara lelaki yang aku tak ketahui sama ada rakyat indon atau jawa....agak kuat...dan aku lihat petugas pasaraya yang berbangsa india pun ada situ. PA pun ada berhampiran...

Aku dengar butir butir perkataan lelaki yang tengah marah tersebut...

Apa pasal susu ini mahal...sana ada taruk harga RM1.80...
bila mau  bayar dia cakap harga dia RM3.80...Ini cara Yahudi...
menipu ni...

Petugas tersebut berlari ke tempat lelaki mengambil susu tersebut....

Encik, memang harga dia RM3.80..

Mungkin salah letak harga....minta maaf...

Lelaki tadi berang....

Lu aar..kalau tak tau buat kerja...berhenti saja laaa..
orang lain ada ramai boleh bikin kerja awak ni...
kerja senang pun awak boleh buat silap....

kata lelaki tersebut sambil membuat pembayaran dan keluar..

Pada aku...lelaki tersebut layak marah..
memang selalu terjadi walau pun di supermarket terkenal sekali pun...
letak harga lain tapi bila nak bayar, harga lain pulak...

ada kah ini taktik menipu atau tidak sengaja...

so..... awak ...sila banding kan harga ya sebelum membayar....
jangan main ambik jer...saya ni menggigil tangan nak bayar tau!
eh...aku pulak kena leter...

4 comments:

  1. AsSalam Kak Ezza...

    harga barang keperluan meningkat hari ke hari tanpa kita sedari! :(

    ReplyDelete
  2. Kak Ezza,
    Saya pun menggigil bila ada yang asyik cekup saja masuk troli.Lagi gigil bila tengok cash register tu asyik dok bunyi .Lebih lebih lagi bila tengok RMRM naik naik dan terus naik.Pengsan.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Sekarang sebelum keluar belanja, mesti semak dulu keperluan yang segera dan penting,buat lis. Kalau tidak, entah apa-apa dibeli.

    ReplyDelete
  4. kak ezza,

    i dgn pak usop pernah kena kat tesco and giant...kat rak harga lain, bila nak bayar harga lain...i biar pak usop deal dgn depa dulu, kalau tak jalan i msuk cmpur la...bagi bising mcm drama tamil tu...haaa baru tau...ikut undang2 kita byr harga display, bukan harga kaunter..ikut yg mana murah...lawan je kak kalau jadi kat u...

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger