Tuesday, January 25, 2011

Buta di hati

Aku  sedang menikmati teh tarik dan roti canai pada suatu malam..tiba tiba meja kami di datangi oleh sesaorang...sorang  tu berkaca mata hitam dan memegang tisu dan sorang lagi sebagai penolong nya.

Dia menghulur kan bakul plastil dan di dalam nya ada wang kertas dan siling.

Aku memahami orang sebagai peminta sedekah. lalu ku hulur kan seringgit pada nya dan dia memberi kan ku sebungkus tisu.

PA bertanya pada ku, apa kah benar benar orang ni orang susah?..aku kata entah laa..

Aku perhati kan setiap meja dia singgah..ada yang beri dan ada yang buat tak tahu saja...

Selesai minum, aku ke kereta dan PA pun sedang menjelas kan bayaran.

Tiba tiba aku terpandang kan si pengemis buta dan partner nya mahu melintas jalan ke seberang ..

Partner nya telah kedepan sedikit dan tidak nampak ada kereta yang sedang bergerak di belakang...

Tiba tiba..aku melihat si buta tersebut menarik tangan si celik  ke tepi .....

Menganga  mulut ku melihat kejadian itu...

dan

Kedua dua mereka berjalan ke arah sebuah kereta yang terletak di hujung bangunan...

Dan

Si buta tadi duduk di Driver seat!!!

Menurut seorang kawan ku yang bertugas di Baitulmal KL...golongan buta ini jarang meminta bantuan di sana...
apa tak nya...dengan kerja sebegini

...mereka di anggar kan menikmati pendapatan RM100-200 sehari.

Kalau tanya aku...percaya atau tidak..

aku akan kata kan

Aku Percaya sangat.

5 comments:

  1. kak ezza,
    saya kan memang dah tak bagi duit kat orang yang bawa tisu kat restoran nih, sebab ramai lagi yang lebih teruk keadaan tapi masih bekerja. lebih baik bersedekah di tempat lain, hantar ke rumah anak yatim ke atau pun makcik yang tak pakai spek hitam yang memang sah2 buta kat pasar shah alam tu.

    ada sekali depan alam sentral, duduk seorang lelaki tepi jalan, letak bekas plastik satu depan dia. orang lalu lalang masukkan duit. tiap kali orang jatuhkan duit, dia stop meratib dan buka mata tengok ke arah duit, lepas tu sambung balik maratib. fisikal nampak ok saja. lagi disokong lagi gejala ni berleluasa.

    saya selalu teringat ayah kat kg yang dah lebih 70 masih sibuk kat kebun pisang dan kelapa sawit.

    ReplyDelete
  2. Aunty Ezza,
    Tak baik orang tu tipu my dear aunty. Ingat nombor kereta dia tak? Nanti kita hantar cat patrol. purrrr....meow!

    ReplyDelete
  3. Tak mengapalah sesekali terkena..
    bimbang juga nanti di sana kita akan di tanya.. Apapun..
    Innamal a'amalu binniat...

    ReplyDelete
  4. Laa... kita ingat semua orang yang jual tisu tu betul-betul buta. Ish... siap ada kereta lagi.

    Kak ezza, lain kali snap gambor dia tika dia datang jual tisu... pastu snap gambar dia tika dia drive tu..

    Sebenarnya tak ada masalah orang jual tisu, tapi bila dia pura-pura buta, itu dah satu penipuan....

    ReplyDelete
  5. benda2 macam nilah yg membuatkan saya kadang2 tawar hati hak bersedekah. tak bagi.. takut genuine case. bagi, kena tipu... selalunya bagi jugak. tapi kalau orang tu tipu saya tak redho lahh..

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger