Wednesday, August 25, 2010

salam 15 ramadhan.,..

Macam macam berlaku di negara kita ni...sakit jiwa bila baca paper,dengar berita di TV...adoiii....

Mula jer berpuasa, kat kawasan aku ni dah berdentum2 bunyi mercun...heran aku....banyak bebenar ke duit orang ni sampai tiap tiap malam membakar mercun....

Kat Terengganu, budak kecil umur 6 tahun, mati terpelanting ke pokok akibat terkena dentuman mercun....

rupa nya bapak sendiri ada stor menjual  mercun!..sapa nak jawap ni...sedih sekali....
yang putus jari, buta mata, pekak telinga semua nua berpunca dari kecerdikan anak anak muda sekarang ni...pi modified semua jenis mercun ni...apa lah bodoh tak bertempat anak anak kita ni....

Semalam....bapa sembelih anak 3 tahun....ni apa cerita ni....apa kena lelaki sekarang ni..semua dah jadi mental disorder kaa....

Hari tu...bekas suami curah asid kat janda nya sebab tak dapat duit RM30.00////dah tu..sampai hati buat kat anak sendiri tu..habis muka anak tu...aku harap dia pun dapat balasan setimpal dengan apa yang dia telah buat...mintak2 supaya Hakim mahkamah tu bagi hukuman yang sama seperti dia buat pada janda dan anak dia....



Semalam, ada pulak tunjuk perasaan orang Indon kat Pejabat Duta Malaysia kat Jakarta..Habis pagar dan laman pejabat tu di lempar najis...
Yang lebih menyakit kan hati tu..bendera kita pun sama di lumur dengan najis..
Betul2 tak sedar kan diri....



Hari ni..aku dengar berita seorang warga mas juga seorang guru tadika, di bunuh di jejantas depan Sunway tu..bunuh sebab nak merompak....apa hal nya jantan keparat ni....ko nak rompak, ambik je laaa je lah..yang pi bunuh orang buat apa...

Esok esok entah apa lah pulak cerita keluar....

Di negara lain, bencana alam melanda...
meranap kan segala harta bende dan nyawa manusia...



Kita di sini mewah makan minum, ada tempat nak berlindung..
masih bebas bernafas dan bersuara...

tapi kadang kadang kita lupa...
untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini...

4 comments:

  1. Kak ezzah, Tie sedih betul tengok budak tu.. Ingat kalau berpeluang nak ziarah dia nanti, nak bagi something sebagai pembakar semangat dia untuk terus bersekolah... kesian betul. Rasa nak siram cuka getah kat kat bapak yang tak sedar diri tu...

    ReplyDelete
  2. bila tiba penghujung zaman, yang logik menjadi tidak logik, haiwan mempunyai tertib seperti manusia, manusia mengambil sifat haiwan. Anak yang di tatang menjadi kurang ajar pada ibu yang menjaga.
    ygmemegang kedudukan hanya pada nama dan status serta keuntugnan sendiri walau pun dia nampak alim sembahyang. - sembahyang for show.
    yg dajal berupa alim untuk mendapat sokongan supaya kedudukan makin kuat, yang berpura pura kerana masih mengejar kekayaan dunia. yang kaya menjadi kaya ...kebajikan derma selalunya datang dari org miskin dari datgn ordg kaya..
    ugama dan hukum dilaksanakan tetapi dengan berat sebelah dan ada exception. cthnya spt di timur tengah- org awam boleh dihukum pancung dan sebat, tapi kesilapan dan kesalahan yg sama oleh keluarga diraja mereka di lepaskan.
    Spt di pakistan, mereka kata mereka menggunakan hukum syariah di mahkamah. tapi perlaksanaannya tidakrata kerana dasar rasuah dan tidak amanah dan perlaksanaan yg membuta tuli hingga tidak ada safeguard utk melindungi yg dianiaya.
    cthnya jika sikaya ada duit dia boleh ambil lawyer yg kaya/hebat ala kapal sengh.(penuh putar belit)
    yg si miskin tak mampu nak di jamin apalagi nak dapat lawyer bantu kesnya. lepas tu si kaya bleh beli witness utk support kesnya. makan si miskin ini tersadai didalam penjara yg maha daif. kalau yg miskin tu boleh disamaratakan tahap macam tinggal dalam tandas.

    bertelagah- kegilaan merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama serta bermuka muka untuk mendapat sambutan, menipu maka rakyat yg innocent tiap hari membuat dosa, mengeji, mengumpat, menyumpah seranah semua org yg dia tak suka - termasuk penyokong parti lawan. padahal mereka semua ada tu islam. kafir mengkafir, dan menggunakan kepentingan sendiri anak beranak dan isteri untuk duduk di tampok kuasa. sanggup mengutip duit rakyat atas nama perjuangan tapi dia duduk empok didlm villa berjuta juta. Kmdian selain bermuka muka , menjadi imam dia bermuka palsu menjadi seorg yg liberal dan menghentam pendirian bangsanya sendiri. makin kerap lah bumi melaysia terasa gegaran gempa bumi...insaf la.. kita..
    jgn gadai bangsa dan negara demi nak jaga kedudukan sendiri..

    ReplyDelete
  3. negara kecil bersatu menjadi negara yg besar dan kuat- skrg eropah sgt kuat menyaingi kuasa amereke.
    negeri yg lemah dan kecil seperti chech republic, poland
    Austria Belgium Bulgaria Cyprus Czech Republic Denmark Estonia Finland France Germany Greece
    Hungary Ireland, Republic of (EIRE) Italy Latvia
    Lithuania Luxembourg Malta Netherlands Poland Portugal Romania Sloveni Spain.
    Setengah negara ini ada tu jarak dan saiz sebesar seremban pun ada. maka mereka lemah dn mudah di takluk. skrg mereka bersatu dan kuat.
    teluk parsi dimakan api- semasa perang teluk api menjulang .
    bila manusia mengejar kekayaan, ibubapa sudah lupa nak mendidik anak anak benda yang halal dan haram dan baik serta salah.
    maka makin dekat lah dunia ke penghujungnya

    salam selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  4. Dear Anon..

    lelah membaca tapi komen awak sangat bagus,,terima kasih..

    ReplyDelete

Share my thought

iklan

Translate

iklan

Iklan

award from kjee

award from kjee
Award from kjee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger